Followers

Monday, 18 March 2013

Lancarkan Serangan Gerila !! KIRAM III & ANWAR Adik Beradik ???


Mungkin bagi sesetengah pihak tindakan Kiram III yang menarik balik gencatan senjata yang diumumkan beliau dan kemudiannya mengarahkan pengganas peliharaannya untuk melancarkan perang gerila terhadap kerajaan Malaysia di anggap sebagai satu perjuangan.

Namun jauh di lubuk hati MMI sendiri menyatakan inilah sebenarnya pemimpin paling PENGECUT dan DAYUS kerana berada jauh beribu batu dari medan perang sebenar sedangkan mereka yang mengaku malah mungkin bersumpah taat setia terhadap beliau berjuang bersendirian.

Jika sebelum ini kita pernah mendengar cemuhan yang mengatakan anggota keselamatan negara yang gugur itu sebagai mati katak rupa-rupanya KIRAM III lah sebenarnya yang membiarkan pengikut-pengikutnya MATI KATAK.

Pada ketika pengikut-pengikutnya mati memperjuangkan nafsu seorang manusia yang mengaku dirinya Sultan , Sultan palsu ini mungkin barangkali sedang disuap anggur ke mulutnya.


Bukan soal mahu mengkeji mereka yang telah pergi kerana hidup mati kita terletak ditangan yang maha esa Allah swt namun kerana sikap bongkak dan besar kepala Kiram III maka mungkin inilah yang beliau mahukan terjadi kepada pengikut-pengikutnya.

Untuk makluman mayat-mayat ini tidak di kebumikan dengan sempurna oleh pengganas yang bertempur dengan anggota keselamatan negara dan ianya hanya ditutup dengan sekeping papan.

Dalam soal ini tidak ada lagi kompromi dengan KIRAM III dan pengganas peliharaannya , pilihan sudah pun diberi sama ada meletakkan senjata atau dihapuskan !!

Ternyata pemimpin paling PENGECUT dan DAYUS ini tetap memilih untuk mengorbankan pengikut-pengikutnya dalam satu perjuangan sia-sia kerana Sabah bukan lagi milik mereka.Klik Sini 

Tindakan KIRAM III itu sebenarnya memberikan mesej jelas bahawa pasukan tentera dan anggota keselamatan Malaysia sudah pun mendapat arahan baru secara tidak sengaja iaitu HAPUSKAN SEMUA SAKI BAKI PENGGANAS SULU YANG BERADA DI LAHAD DATU !!!

Terima kasih KIRAM III , kerana arahan kamu itu maka MMI yakin insiden di Lahad Datu bakal berakhir dalam sedikit masa lagi.Kepada seluruh rakyat Malaysia berikan kepercayaan kepada pasukan keselamatan negara insyaallah mereka mampu melakukannya.

Dalam masa yang sama rupa-rupanya Malaysia juga tidak ketinggalan turut mempunyai seorang pemimpin PENGECUT dan DAYUS seperti mana KIRAM III.Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim !!

Dalam insiden di Permatang Pauh semalam , jelas sekali Anwar juga membiarkan pengikut-pengikutnya untuk berada di jalanan bagi memenuhi tuntutan nafsu beliau untuk menjadi Perdana Menteri.Kepada semua ampa saksikan sendiri aksi dan sikap pengikut-pengikut Anwar menggila.


Apa mungkin kedua-dua pemimpin ini ada kaitan ? Kita sama-sama tunggu penyelesaiannya nanti ....

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels