Followers

Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label Lahad Datu. Show all posts

Monday, 12 August 2013

GEMPAR 8 Tentera Malaysia TERBUNUH Di Lahad Datu ??


Malaysia menolak dakwaan "tidak berasas" bahawa lapan askar yang terbunuh oleh lelaki bersenjata Sulu dalam serangan hendap di Lahad Datu baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek berkata, dakwaan jurucakap bagi pihak kumpulan yang diketuai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai Sultan Sulu Jamalul Kiram III adalah tidak berasas dan merupakan sebahagian daripada usaha propaganda untuk menyebarkan ketakutan di kalangan rakyat.

"Mereka membuat pelbagai dakwaan untuk mewujudkan keharmonian dan rasa takut di kalangan rakyat.Saya menyeru orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan tersebut yang tidak berasas oleh individu-individu (Sulu) yang menggunakannya sebagai propaganda," katanya ketika dihubungi pada Isnin mengenai laporan dalam beberapa akhbar Filipina bahawa kumpulan bersenjata Sulu telah memmbunuh lapan tentera.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib turut menafikan laporan itu dan mengesahkan bahawa tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu.

Laporan berita itu memetik jurucakap kumpulan berkenaan, Abraham Idjirani sebagai berkata bahawa "tentera" Sultan yang diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram (lebih dikenali sebagai Azzimuddie) telah memaklumkan kepadanya bahawa lapan anggota pasukan Malaysia terbunuh selepas diserang hendap oleh sekurang-kurangnya 50 anggota kumpulan "Pasukan Keselamatan Diraja" Sultan yang diketuai oleh pegawainya Utuh Ubie di kawasan Felda di Lahad Datu pada Jumaat.

Idjirani mendakwa beliau dimaklumkan oleh Agbimuddie mengenai kejadian tembakan itu menerusi panggilan telefon.

"Tidak ada asas terhadap dakwaan itu. Tiada sebarang insiden sama sekali," kata Mohammed, sambil menambah bahawa keselamatan diperketatkan berikutan terdapat khabar angin bahawa kumpulan lelaki bersenjata Sulu merancang untuk mengadakan serangan "gelombang kedua" semasa Hari Raya.

"Ia adalah Hari Raya yang tenang, jadi tidak ada sebab untuk orang ramai bimbang atau panik," katanya.

Mohammad berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau memerlukan apa-apa penjelasan mengenai sesuatu insiden boleh menghubungi Bilik Operasi mereka di 089 863181 di Lahad Datu.

"Ia beroperasi 24 jam seminggu dan orang ramai boleh menghubungi pada bila-bila masa," katanya.mstar

Nampaknya puak-puak Kiram ni masih lagi menyimpan rasa untuk kembali ke Sabah.Seperkara yang MMI mahu ingatkan hati-hati dengan tindakan mereka kerana mungkin selepas ini mereka akan memilih laluan lain selain dari Lahad Datu.

MMI

Saturday, 3 August 2013

NAJIB Iktiraf MeloyaKini ??? BAGUS Sangatlah Tu ...


Semalam berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Media bersama YAB Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana Putrajaya.Di beritakan lebih dari 1 ribu pengamal media dari pelbagai cabang hadir bersama-sama YAB Perdana Menteri.

Dalam majlis yang sama juga telah berlangsung penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada pengamal media yang membuat liputan insiden Lahad Datu tempoh hari.Syabas dan tahniah kepada semua pihak termasuk penerima anugerah kerana kerja kuat dan pengorbanan meninggalkan keluarga untuk berada di perbatasan bagi membuat liputan dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat di hargai.

Cumanya MMI agak terkejut dengan berita yang kini sedang tersebar apabila mendapat tahu wartawan Malaysiakini antara penerima anugerah yang agak tinggi darjatnya ini. Dua wartawan Malaysiakini tersebut adalah Nigel Aw dan Lee Long Hui. Sebelum ini anugerah yang sama telah diberikan kepada pejuang-pejuang negara seperti anggota Polis dan Tentera yang berkhidmat di Ops Lahad Datu.

Bukanlah MMI berdengki dengan mereka-mereka yang menerima anugerah tersebut kerana rakan-rakan bloggers juga antara yang  terpilih untuk menerima anugerah yang sama , kena faham yang tu noo...

Tetapi apabila ianya melibatkan wartawan MeloyaKini , rasanya seperti ada yang tak kena.

Persoalan yang bermain di fikiran MMI adalah mengapa mereka yang selama ini memutar belit kenyataan dan melakukan spin paling dasyat dalam sejarah politik tanahair sehinggakan kerajaan sendiri pun terkesan dengan berita-berita yang mereka keluarkan DIIKTIRAF peranannya ?

Tak pastilah atas kapasiti apa mereka di anugerahkan pingat sedemikian tetapi berdasarkan rekod rasanya MeloyaKini seharusnya tidak di senaraikan.

Berlambak lagi portal dan media pro-BN yang bertungkus-lumus bukan sahaja menyampaikan maklumat malah memperbetulkan setiap tohmahan serta pertahankan serangan politik pembangkang terhadap kerajaan kepada rakyat marhein sebelum ini yang seharusnya di berikan perhatian.

PELIK kenapa iktiraf MeloyaKini ???

JIKA BENARlah , agaknya inilah strategi baru pihak-pihak tertentu untuk terus memperkasakan kerajaan dan Barisan Nasional.

TAHNIAH lah .... Lagi berita Baca Sini 

MMI

Saturday, 13 July 2013

Lahad Datu ~ Pengganas Mungkin Menanam Senjata Mereka & Meresap Di Kalangan Penduduk


Lima bulan lalu perang terbuka di tanah air Malaysia mengejutkan kerana negara ini tidak pernah melihat pertumpuhan darah dengan cara ini selama berdekad dengan 65 orang terbunuh.

Dalam sekelip mata sahaja Lahad Datu yang menjadi penempatan nelayan menjadi sasaran jet pejuang, kereta kebal, polis dan askar bersenjata untuk menggempur penceroboh asing yang mendakwa tanah itu milik sultan mereka yang kini selamat berlindung di Filipina.

Walaupun kini peperangan sudah tamat, penduduk kampung diselubungi dengan ketakutan baru.

Lawatan ke Lahad Datu semalam mendapati ketua kampung gementar dengan ketakutan serangan balas dendam yang beliau dan yang lain percaya akan berlaku.

Beliau memberitahu mengenai khabar angin ketua penceroboh Agbimuddin Kiram yang selamat merancang serangan gerila dan akan menyebabkan kampungnya dalam bahaya sekali lagi.

“Orang kampung datang kepada saya dengan ketakutan dan kebimbangan kerana mereka dengar khabar angin Agbimuddin merancang serangan balas dendam. Terdapat 1,200 penduduk di dua kampung dan mereka orang biasa yang menjadi nelayan dan petani untuk hidup. Mereka sudah cukup terseksa semasa perang pertama pada Mac,” kata Ketua Kampung, Mahmud Mallang ketika ditemui.

Beliau merujuk kepada pencerobohan bersenjata oleh pemberontak Sulu yang mengambil alih Kampung Tanduo di Sabah. Pasukan bersenjata Malaysia berjaya menghalau pemberontak keluar dan mendirikan kem sejak itu.

Tetapi Mahmud berpendapat pasukan itu masih belum cukup untuk berhadapan dengan serangan balas dendam. Penduduk kampungnya percaya pemberontak itu menyorokkan senjata apabila merasakan tidak boleh menang pertempuran dengan pasukan bersenjata Malaysia dan mereka kemudian meresap ke dalam populasi penduduk.

Penduduk kampung kini percaya mereka ini akan kembali menyerang. Polis mungkin berkongsi kebimbangan sama.

Pada Mac, seorang pemimpin kanan polis menyatakan kebimbangan mengenai pemberontak Sulu berkemungkinan menanam senjata mereka dan meresap ke dalam penduduk kampung.

Bercakap dengan syarat namanya dirahsiakan pegawai polis itu memberitahu pengganas Sulu tahu pada ketika itu mereka berada di pihak kalah dan mungkin membuat keputusan bersembunyi sehingga situasi tenang.

“Terdapat kemungkinan besar mereka akan memulakan perang gerila sebaliknya untuk berhadapan dengan pasukan lebih kuat.

“Pencerobohan Lahad Datu memberi indikasi berlawan satu lawan satu dengan pihak berkuasa Malaysia akan menemui jalan gagal kerana pasukan mereka lebih kecil dan kurang bersenjata.

“Sebab itu, pihak berkuasa bimbang sebaik sahaja situasi tenang dan majoriti tentera pulang ke berek, pemberontak Sulu yang masih ada akan melancarkan serangan gerila.”

The Malaysian Insider melawat Kampung Tanduo dan mendapati tentera ditempatkan di situ bagi menghalang pengganas Sulu kembali menjadikan kampung itu sebagai kubu mereka.

Tentera tidak mahu memberi maklumat apabila ditanya tentang misi mereka, hanya menyatakan mereka ditempatkan di sana selama-lamanya dan penduduk asal dihalang daripada kembali.

Mahmud mengatakan terdapat pasukan kecil tentera ditempatkan di tepi pantai di Tanjung Batu tetapi menyatakan kebimbangan beliau mereka mungkin tidak dapat menangkis penceroboh.

“Kami mahu kerajaan tempatkan lebih ramai tentera di kawasan ini dan tingkatkan keselamatan. Pada ketika ini hanya tentera mengawal keselamatan dalam kawasan dan polis tidak meronda di sini.”

Difahamkan kerajaan sedang berunding dengan Felda untuk memindahkan penduduk Kampung Tanduo ke lokasi lain.

Pencerobohan Lahad Datu berlaku pada Febuari tahun ini apabila lebih 200 pemberontak bersenjata mendarat menggunakan bot dari Pulau Simunul, Tawi-Tawi di Selatan Filipina.

Mereka mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dipimpin oleh Agbimuddin, adik kepada lelaki mendakwa dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.

Agbimuddin mengatakan mereka mahu menyelesaikan pertikaian Filipina terhadap kawasan wilayah timur Sabah.

Pertempuran bermula pada 1 Mac diantara pasukan keselamatan Malaysia dengan pemberontak bersenjata menyaksikan sembilan rakyat Malaysia dan 56 penceroboh terbunuh. Terdapat enam kematian membabitkan orang awam.

Pihak berkuasa mengatakan Agbimuddin dilaporkan sudah kembali ke Filipina walaupun ini dinafikan oleh Jamalul dan pengikutnya.

Setakat ini, 29 lelaki dan wanita sudah didakwa dengan pelbagai kesalahan berhubung dengan pencerobohan termasuk melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agong, menjadi ahli, melindungi atau merekrut individu menjadi ahli kumpulan pengganas.

Pihak berkuasa juga menahan lebih 100 orang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma. Mereka yang tidak didakwa di mahkamah Malaysia kemudiannya dihantar pulang ke Filipina untuk berhadapan dengan pertuduhan di sana.

Mahmud mengatakan apabila pencerobohan berakhir, penduduk kampung yang tinggal kembali memulakan kehidupan di perkampungan ini, iaitu di mana terletaknya rumah mereka.

“Kami tidak mahu melaluinya sekali lagi, dan bimbang kehidupan biasa kami terganggu sekali lagi.” sumber 

MMI

Sunday, 30 June 2013

Ops Sanggah Di Lancarkan !!


Ops Daulat bagi menentang kumpulan penceroboh di Lahad Datu, hari ini secara rasmi diambil alih Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) dengan operasi yang dikenali sebagai Ops Sanggah.

Penyerahan tugas dilakukan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mantek, di FELDA Sahabat 16, di sini, sebentar tadi.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman merangkap Pengerusi ESSCOM.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Semoga kehadiran anggota keselamatan dan pemantauan yang ketat ini dapat mengelakkan daripada berlakunya sekali lagi insiden pencerobohon seperti mana di Lahad Datu.

MMI

Saturday, 27 April 2013

VIDEO Tian Chua Kena Maki Di SABAH !!


Berikutan kenyataan puaka Tian Chua terhadap insiden di Lahad Datu banyak pihak bangun menyanggah kenyataan paling bangsat pernah dibuat oleh seseorang yang mengaku pemimpin.Tian Chua sememangnya layak di maki oleh rakyat Malaysia kerana setiap tindakannya selama ini jelas merupakan tindakan provokasi dan pecah belah.

Tian Chua bukan sahaja sudah menyakitkan hati setiap warga Malaysia yang cintakan negaranya tetapi turut menghina para wira negara kita yang mempertahankan tanahair dari pencerobohan pengganas khususnya mereka-mereka yang gugur.

Tian Chua tidak layak diangkat sebagai pemimpin masyarakat kerana langsung tidak mempunyai rasa hormat terhadap rakyat sendiri.

Video di bawah merupakan luahan hati dan rasa marah warga PERKEP Sabah terhadap Tian Chua kerana menghina anggota keselamatan..



Rakyat harus menolak Tian Chua dan Pakatan Haprak dalam PRU13 ini sebagai pengajaran paling berguna !! Jom kita nyahkan mereka dari bumi Malaysia..UNDILAH Barisan Nasional !!

MMI.

Thursday, 11 April 2013

TERKINI OPS DAULAT Sabah Kembali Normal #PeaceSabah #LahadDatu


Insiden di Lahad Datu yang menyaksikan pencerobohan puak-puak pengganas Kiram III menjadi sejarah hitam buat negara.Insiden yang menyebabkan gugurnya anggota keselamatan negara ini sudah pasti akan menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.

Setelah Ops Daulat berjaya menggempur penceroboh-penceroboh Sulu di Sabah dan berkat kesabaran serta kecekapan kerajaan di bantu semangat juang yang tinggi oleh pasukan keselamatan negara akhirnya krisis di Sabah ini berjaya di atasi.

Kini Sabah kembali tenang dan keselamatan rakyat di daerah-daerah yang terlibat mula terjamin semula.

Selain dari itu sekolah-sekolah juga mula di buka semula dan kebanyakan murid yang ditemui mengakui, mereka sudah tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan biar pun kawasan itu masih dikelilingi ratusan anggota keselamatan.

Bagi murid tahun enam SK Tanjung Labian, Andrian Musli, 12, perkara yang paling ditunggu-tunggu adalah untuk bertemu semula dengan rakan-rakan sekolahnya.

"Sejak berpindah ke pusat pemindahan sementara, saya tidak lagi berjumpa rakan-rakan sekolah. Saya tidak sabar untuk bertemu mereka semula apabila sekolah dibuka esok.Baca Seterusnya 


Pihak kerajaan negeri juga akan membantu penduduk untuk membina semula rumah-rumah yang musnah di Lahad Datu.Tanpa memberi tempoh tertentu, Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan kontraktor secepat mungkin untuk diberikan tanggungjawab itu.

"Di peringkat awal, kami akan membantu membina semula 20 rumah yang dikategorikan sebagai musnah teruk. Selepas itu, insya-Allah semua rumah musnah akan dibina semula secara berperingkat.Selanjutnya 


Sehingga entri ini ditulis rakyat dan penduduk Sabah khususnya di Lahad Datu yang terlibat dengan Ops Daulat kini sudah mula kembali ke rumah masing-masing.Selain dari itu penubuhan ESSZONE sememangnya kena pada masanya dan ianya sudah pasti bukan saja dapat menjamin keselamatan di Sabah dan Malaysia tetapi turut melegakan penduduk Sabah yang terlibat dengan insiden pencerobohan ini.

Terdapat juga penduduk yang kembali ke rumah masing-masing menyatakan tanda terima kasih mereka kepada para wira negara yang bertungkus-lumus memastikan keadaan kembali terkawal dan aman.



Kepada anda yang mahu mengikuti dengan lebih lanjut tentang perkembangan di Lahad Datu bolehlah melawati laman web rasmi Ops Daulat KLIK SINI 

Apa pun kita sebagai rakyat Malaysia harus mengakui bahawa insiden pencerobohan ini merupakan satu peritiwa pahit buat negara dan MMI ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada wira-wira negara yang telah berkorban jiwa dan raga demi untuk memastikan keselamatan negara terjamin.

Sesungguhnya pengorbanan para wira negara besar ertinya...



MMI.

Tuesday, 9 April 2013

PAS + Tabung + Derma = PRU13 ?!!! #GE13 #TolakPR


Banyak pihak sudah pasti faham benar istilah tabung ini cukup sinonim dengan parti PAS.Sebut saja dalam mana-mana pentas ceramah sudah pasti pelancaran demi pelancaran akan diumumkan kononnya bagi tujuan sebuah perjuangan.

Maka tak hairanlah dalam beberapa isu besar juga pihak yang sama turut berlumba-lumba menubuhkan tabung masing-masing.

Dalam insiden Lahad Datu misalnya Dewan Pemuda PAS dikatakan mengadakan kutipan derma, kononnya untuk mangsa pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.

Sejauh mana ampa yakin kutipan derma ini tidak diselewengkan untuk kempen PRU13?


Melihat kepada gambar diatas sudah pasti ianya merupakan satu usaha untuk sama-sama membantu mereka-mereka di Lahad Datu dengan pelancaran Tabung Rakyat Prihatin.Mendermalah seluruh rakyat Malaysia dengan niat yang suci untuk membantu rakan-rakan kita di Lahad Datu.Tahniah PAS kerana sama-sama memikul tanggungjawab ini.

Namun seperkara yang harus ampa semua tahu adalah sejauh mana KEWUJUDAN TABUNG RAKYAT PRIHATIN itu benar-benar WUJUD ? 


Apakah PAS sedang bersandiwara dengan rakyat ? Kepada penderma sejauh mana keyakinan ampa yang sumbangan itu bakal di terima oleh mereka-mereka yang sememangnya memerlukan sekiranya setiap penderma memasukkan derma mereka ke dalam akaun yang jelas tertera kepunyaan PARTI ISLAM SEMALAYSIA dan bukannya TABUNG RAKYAT PRIHATIN?

Ada beza akaun TABUNG RAKYAT PRIHATIN dan juga PARTI ISLAM SEMALAYSIA !!!

Dalam hal ini wujud satu persoalan mudah , Bagaimana PAS boleh menentukan jumlah sebenar kemasukan wang derma dan wang parti sekiranya semuanya berada dalam satu akaun ?

Paling penting sejauh mana para penderma yakin setiap derma yang telah diberikan untuk mangsa Lahad Datu tidak digunakan oleh PAS untuk membantu kempen pilihanraya mereka ?

Mau seleweng ke bro ??? Baca juga di SINI

Psst teringat isu Memali !!

MMI.

Monday, 1 April 2013

Puteri KIRAM & Anwar Apa Kes ??


Dua renungan oleh dua manusia yang mungkin mempunyai persamaan tetapi berbeza dari sifat dan sikapnya.Perbezaan ini di pisahkan dengan puteri Kiram dipihak pengganas kerana insiden Lahad Datu manakala Anwar pula di pihak pengkianat kerana tindakan yang dilakukannya bukan saja isu kaitannya dengan insiden Lahad Datu tetapi juga isu-isu sebelumnya.

Namun yang lebih menarik kedua-duanya kini dilihat mempunyai persamaan apabila saling bertaut di laman media sosial.


Memang SAH... Jacel Kiram jadi follower twitter Anwar Ibrahim! Musykil kan! Atau secara kebetulan atau sebagai peminat biasa kepada Raja Penipu Dunia Sekelian Alam ini. Mungkin ada yang akan bertanya, mengapa isu jadi follower twitter mahu dijadikan isu politik ? Banyak sebab! Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi adalah dirancang. Jarang sekali secara kebetulan. Banyak kaitan antara Anwar dan Sulu yang telah dibongkar sebelum ini. So! Tidakkah isu follower twitter Jacel Kiram - Anwar secara yang dirancang?

Dengan media sosial khususnya twitter yang dimaksudkan, segala perhubungan dan arahan menjadi lebih pantas dan cepat melalui Direct Message (DM). Apa yang berada di dalam isi kandungan DM antara mereka berdua, tidak diketahui! Tak gitu?

Cuba korang baca cerita Gelombang WangsaMaju dibawah,

Mengapa Jacel begitu berminat mengikuti Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR yang sudah semakin galak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Musykil, Musykil dan Musykil ...

Apakah Jacel Kiram mahu mengambil hati Anwar Ibrahim, dan bakal menabalkannya menjadi 'Princess of Sabah' dalam sebuah kerajaan autonomi sekiranya pembangkang berjaya memerintah Malaysia nanti?

Perlu diingat, Anwar Ibrahim adalah MAKHLUK yang menawarkan kerajaan autonomi Sabah kepada pengganas Jamalul Kiram III.

Cukup menghairankan kerana Jacel Kiram menjadikan Anwar Ibrahim, SATU-SATUNYA, ahli politik di dunia ini yang diikuti melalui twitter.

Bukankah ini suatu PETANDA JELAS mereka ini boleh dikaitkan mempunyai matlamat dan perancangan yang sama dalam peristiwa pencerobohan pengganas Jamalul Kiram III di Sabah?

Lebih menarik lagi, Jacel Kiram pernah disiarkan dalam media Filipina menaiki jet peribadi entah milik siapa.

Cukup musykil ... Bagaimana puteri kesayangan pengganas Jamalul Kiram III secara tiba-tiba mampu menaiki dan menyewa sebuah jet peribadi, walhal Jamalul Kiram III mendapatkan rawatan dialisis hasil ehsan Jabatan Kebajikan Filipina.perakkayangan 

MMI.

Pemimpin Al-Ehsan Ada Kaitan Dengan Insiden Lahad Datu ???!!


Ai apa ke halnya ni ? Polis hari ini telah mengeluarkan sekeping gambar seorang lelaki yang merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan berpangkalan di Pulau Pinang bernama Muhammad Ridzwan Sulaiman. 

Sumber brader menyatakan gelaran Dato Seri yang diperolehi oleh YDP ini datangnya daripada Kesultanan Sulu.Jadi sudah tentulah beliau diperlukan untuk membantu siasatan berhubung krisis di Lahad Datu.

Sumber brader menyatakan terdapat 3 kumpulan yang menuntut kedudukan pengitirafan sebagai Sultan Sulu. 

YDP ini sangat rapat dengan salah seorang daripada mereka yang menuntut jawatan ini.

Walaubagaimana pun difahamkan YDP Muhammad Ridzwan tidak bersama dengan kumpulan Kiram yang telah mencentuskan pergolakan di Lahad Datu. 

Tetapi menyatakan beliau mengetahui penglibatan siapa DALANG yang terlibat di sebalik kejadian serangan di Lahad Datu. 

YDP Muhammad Ridzwan sangat kerap ke Sulu berjumpa dengan kumpulan di sana.Kemungkinan kerana itu polis memerlukan bantuan beliau untuk menjalankan siasatan.


Majlis Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan memohon tidak dikaitkan penglibatan Pertubuhan ini dengan YDP Muhammad Ridzwan kerana ia merupakan hal peribadi YDP. 

Dan pihak Majlis akan mengambil tindakan susulan selepas keputusan siasatan oleh pihak PDRM SEKIRANYA YDP terlibat dengan krisis di Lahad Datu. 

Jika terbukti YDP terlibat, Pertubuhan akan mengadakan AGM dan Sidang Akhbar untuk menjelaskan isu ini.Baca Seterusnya 

Komen MMI , sebelum apa-apa siasatan dijalankan rasanya adalah lebih baik sekiranya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi untuk memudahkan urusan pihak polis.Cuma seperkara sahaja yang MMI nak tegur sikit khususnya kepada pertubuhan-pertubuhan seperti Al-Ehsan dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Mengambil contoh kepada isu ini seharusnya Al-Ehsan juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku dan kenyataan menyatakan itu adalah hal peribadi Ridzwan amatlah tidak masuk akal kerana sekiranya beliau di sahkan terlibat dengan insiden di Lahad Datu pihak pertubuhan mahu pula mengambil tindakan.

Amat tidak wajar sekali..rasanya adalah lebih baik kerahkan semua ahli yang mengaku taat setia itu untuk segera mencari YDP Ridzwan dan serahkan kepada pihak polis supaya siasatan dapat segera di jalankan.

MMI memberikan pandangan sebab banyak pihak di luar sana yang mengaku bersumpah taat setia bukan sahaja kepada pemimpin tetapi juga kepada Islam tetapi dari segi praktikalnya langsung tidak sama dengan apa yang di sumpahkan.

Malah selalunya berbalah sesama sendiri , sumpah kemana bangsa sendiri yang merana !!!

MMI.

Friday, 29 March 2013

Mengapa Mereka Menyerang ???? #LahadDatu


Sejak kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, banyak perkara yang menyedarkan kita berkaitan nilai sebuah keamanan. Sebab itu, banyak pihak berpendapat untuk mengekalkan keamanan, perlu ada ada sistem yang baik. Disokong dengan pelan tindakan yang bagus, supaya tidak wujud pihak yang berkecil hati dan pihak yang merasakan dirinya dipinggirkan.

MMI antara yang tersentuh bila membaca kisah-kisah anggota pasukan keselamatan, yang berkorban jiwa dan raga untuk negara. Rasanya MMI tidak segagah mereka untuk pergi bertempur, mungkin sumbangan nya dari sudut yang lain pula. Sudah pasti mereka bertahan dan bertugas dalam suasana yang tidak selesa, sama ada tempat tidur, makan minum dan pakaian. Wah memang perlu ada kekuatan. Tu belum masuk bab meninggalkan ahli keluarga untuk satu tempoh masa yang mereka sendiri tak pasti.

Pernah kita terfikir alasan apakah yang mereka berikan kepada anak-anak kecil yang bertanya "Papa nak ke mana "? Aduh terasanya hati kecil ini , MMI sebagai seorang bapa faham benar perasaan itu dan ianya bukan sesuatu yang mudah.

Kadang-kadang, akal ini tak mampu berfikir; kenapa penduduk dari puak suluk tersebut sanggup mengangkat senjata dan melancarkan perang di Sabah ? Secara logiknya, untuk menang, sememang mustahil dengan kekuatan seramai 200 orang pengikut.

Bahkan membahayakan dirinya sendiri. Takkan disebabkan kesetiaan kepada pemimpin, sampai sanggup mengambil tindakan diluar batas pemikiran manusia.MMI yakin mereka yang menceroboh juga tahu akan keadaan ini kerana pengganas-pengganas itu dikatakan pengganas yang terlatih.

Apatah lagi dari segi strategi dan taktikal dalam medan perang kekuatan seramai 200 orang untuk berdepan dengan kekuatan seluruh pasukan tentera sebuah negara seperti Malaysia ianya boleh diibaratkan sebagai kerja gila.

Namun kerja gila itu tetap diteruskan tanpa banyak soal.Apakah ada sesuatu yang menyakinkan mereka untuk terus mendarat di Lahad Datu ?

Entahlah, walau pun banyak pihak yang menggunakan peristiwa ini sebagai modal kempen politik, tapi MMI sentiasa berharap moga ianya dapat berakhir dengan segera.

Al-Fatihah untuk wira negara yang gugur di Lahad Datu..


MMI.

Thursday, 28 March 2013

Video Mesti Tonton #LahadDatu


Apa yang boleh MMI katakan air mata mengalir dan perasaan sedih serta sebak tiba-tiba muncul dalam diri tatkala menonton video di bawah.Apa lagi yang MMI boleh katakan melainkan hanya mereka yang tidak berhati perut sahaja mampu mengeluarkan kata-kata hina dan cercaan terhadap setiap usaha kerajaan Malaysia mendepani serangan terancang pengganas Sulu di Lahad Datu.

Pada ketika kerajaan sedang bertungkus-lumus mempertahankan negara , ada pihak lebih suka mengambil kesempatan bagi meraih sokongan rakyat.

Pada ketika pasukan keselamatan negara dengan berani dan penuh tanggungjawab melaksanakan tugas mereka , ada pihak lebih suka memperkecilkan kemampuan serta menghina mereka.

Pada ketika perajurit-perajurit negara gugur di tangan penceroboh , ada pihak ketawa dan menyalahkan kerajaan dengan menyatakan ini merupakan konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

Pada ketika para isteri , anak dan saudara mara meratapi pemergian insan tersayang , ada pihak mencari peluang untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri.

Pada ketika seluruh rakyat mendoakan keselamatan perajurit dan negara , ada pihak sibuk memfitnah serta berkempen ke seluruh negara.

Sebagai sebuah negara merdeka seperti Malaysia , seharusnya seluruh rakyat tanpa mengira Agama,Bangsa dan politik bersatu padu memberikan sokongan kepada kerajaan menangani masalah keselamatan negara bukannya dengan asyik mengata.

Sesuatu yang perlu ampa semua renungkan , melihat dari kronologi tindakan pembangkang semenjak insiden di Lahad Datu bermula apakah ianya seperti sudah di rancang ?? Ampa tentukan !!



Terima Kasih para wira negara sesungguhnya pengorbananMu cukup besar ertinya dan MMI terharu kerana pengorbanan itu menjamin masa depan anak cucu kita.

Al-Fatihah buat wira negara yang gugur di Lahad Datu.

MMI.

Saturday, 23 March 2013

Panazzz Wartawan Amerika Dedah Campur Tangan Luar #LahadDatu


Gambar diatas adalah Nile Bowie, wartawan Amerika Syarikat kelahiran NY City, kini bertugas di Kuala Lumpur bagi pihak media Kanada, Global Reserach.

Nile Bowie banyak menulis artikel yang mendedahkan kelicikan Anwar Ibrahim yang mahu merosakkan Malaysia,dan sekongkolan Anwar Ibrahim dengan Amerika khususnya sekongkolannya dengan Zionis Amerika. 

Bowie juga sering melaporkan campurtangan Amerika di Malaysia, sepertimana campurtangan Amerika di Russia, Mesir dan negara2 lain, bagi menjatuhkan kerajaan BN stail "Arab Spring"untuk digantikan dengan kerajaan PR di mana Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri akan lebih memenuhi kepentingan Amerika di Asia Tenggara.

Amerika, mengikut Nile Bowie kini sedang memusatkan kembali kekuatan ketenteraan dan pengaruh politiknya di Asia-Pasifik bagi mengekang kebangkitan China, dan ia memerlukan sekutu yang benar2 pro-Amerika, bukan sekadar neutral atau berkecuali. 

Malaysia pada Amerika sangat strategik kerana ia berpesisir dengan Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua perairan yang sangat penting yang menjadi laluan bekalan bahan mentah untuk China serta laluan dagang penting juga untuk Russia dan Iran.

Kerajaan BN dilihat terlalu neutral oleh Amerika sedangkan Anwar Ibrahim pula dilihat sangat pro-Amerika dan jelas menyebelahi Amerika, termasuk kenyataan Anwar bahawa dia akan gerenti keselamatan Israel, ini sangat menyedapkan telinga Amerika.

Anwar juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat intim dengan pemimpin2 Amerika seperti Jon Mc Cain, Al Gore, Paul Wolfowitz dan lain2 serta hubungan rapat dengan agensi2 Amerika seperti IMF, NED, IRI dan lain2 lagi. Semua ini adalah tanda2 betapa intim, mesra dan isi dengan kukunya hubungan Anwar Ibrahim-Amerika.

Amerika mungkin berharap kerajaan Malaysia pimpinan PR akan membenarkan Amerika membuka pangkalan tentera di Malaysia, mungkin di Sabah, sebagai persiapan perang dengan China, Iran dan Russia berbanding kerajaan BN yang cuba neutral dalam isu Amerika-China, Amerika-Russia dan Amerika -Iran serta keberatannya membenarkan Amerika berpangkalan di Malaysia.

Nile Bowie menulis bahawa Amerika Syarikat mungkin berkomplot dengan Pembangkang Malaysia, khususnya dengan Anwar Ibrahim, dalam konflik serangan pengganas2 Sulu di Sabah yang hingga kini masih belum selesai..Baca Sini 

Dalam artikel ini, Nile Bowie menceritakan keburukan dan kelicikan Anwar Ibrahim serta hubungannya dengan Amerika dan pemimpin2 serta agensi2 kerajaan Amerika yang bertanggungjawab mengeksport revolusi stail "Arab Spring" ke negara2 yang Amerika mahu tukar rejim, termasuk Malaysia. 

Nile Bowie percaya isu Sabah adalah sebahagian dari perancangan Amerika-Anwar Ibrahim bagi menukar rejim di Malaysia.Baca Selanjutnya 

Apa yang pasti Anwar dan seluruh juak-juaknya termasuk PAS hampir pasti tidak akan menyebut perkara ini di setiap pentas ceramah mereka dan begitu juga dengan media pro pembangkang "confirmed" tak keluar.Kalau keluar sekalipun sidah pasti dengan berita yang diubah untuk menghentam kerajaan UMNO dan BN.

Puak-puak ni perangai macam siamang !!!

MMI.


RETAKE !! Kampung Tanduo Kini Di Bawah Pengawasan Tentera Malaysia #LahadDatu


Anggota tentera akan mendiami Kampung Tanduo sebagai jaminan bahawa kampung yang menjadi lokasi pendaratan penceroboh militan itu bebas daripada ancaman pengganas, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memastikan penduduk yang mendiami 12 rumah di kampung itu kembali yakin dan bersedia untuk menjalani rutin harian mereka.

"Sebagai permulaan penempatan itu akan dilakukan dalam tempoh seminggu atau dua minggu dan tempoh itu sedia dipanjangkan bergantung kepada keadaan semasa.

"Ini bagi memastikan penduduk tidak berasa takut untuk menyambung semula rutin harian mereka selepas insiden pencerobohan itu," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan "ada sesuatu yang disembunyikan dan belum diselesaikan" di kawasan itu selepas pasukan keselamatan enggan membenarkan penduduk kampung terbabit pulang ke rumah walaupun Kampung Tanduo diisytihar bersih dan bebas daripada ancaman kumpulan pengganas sejak 11 Mac lepas.

Sambil menafikan andaian itu, Zulkifeli berkata, tindakan itu dibuat kerana tentera dan polis terlalu komited dalam memastikan keselamatan penduduk benar-benar terjamin sebelum mereka dibenar pulang.

Beliau berkata, sebagai bukti kesungguhan pasukannya, beliau akan memastikan nelayan yang turun ke laut juga akan dikawal dan diringi pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia sepanjang tempoh itu.

Katanya, apa yang diharapkan adalah penduduk sama-sama menyalurkan maklumat bagi membolehkan pasukan keselamatan bertindak sekiranya terdapat individu atau berlaku insiden mencurigakan di kawasan mereka.

Pada sidang akhbar sebelum itu, Zulkifeli menjelaskan, penduduk Kampung Tanduo akan dibenar pulang selepas berakhirnya penilaian yang dilakukan Majlis Keselamatan Negara, Majlis Daerah Lahad Datu dan Ibu Pejabat Polis Lahad Datu di kampung itu yang akan bermula selewat-lewatnya esok.

Katanya, kelewatan membenarkan penduduk pulang ke rumah ialah bagi memastikan kewasan kampung itu yang di kelilingi paya, hutan dan semak samun, benar-benar selamat daripada ancaman selepas ia menjadi sasaran utama militan selain berlaku banyak pertempuran di situ sebelum ini.sumber

Tahniah pasukan keselamatan kita !! Jasamu tetap ku kenang..

MMI.

Friday, 22 March 2013

Pengganas SULU Kini Kelaparan #LahadDatu


Satu pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan sekumpulan pengganas di sebuah rumah tinggal di Kampung Kembara Sakti Felda Sahabat tengah malam tadi.

Menurut sumber, pasukan keselamatan menggempur rumah berkenaan yang menjadi tempat persembunyian sekumpulan empat pengganas bersenjata yang dilaporkan menawan seorang suri rumah selama dua jam, petang semalam untuk mencari makanan.

Pasukan keselamatan juga dikatakan mengepung setiap penjuru Kampung Kembara Sakti bagi memastikan kumpulan kecil pengganas itu tidak dapat melarikan diri.

Sehingga awal pagi ini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa tentang jumlah kematian atau tangkapan pengganas terbabit, bagaimanapun sumber pasukan keselamatan mengesahkan usaha dijalankan bagi menumpaskan kumpulan pengganas bersenjata yang dikatakan lolos daripada kepungan di zon merah itu.


Terdahulu petang semalam, sekumpulan empat lelaki bersenjata dipercayai saki baki pengganas yang melarikan diri daripada kepungan pasukan keselamatan bertindak mengikat tangan dan kaki seorang wanita di Kampung Kembara Sakti selama kira-kira dua jam sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari makanan.

Ketika kejadian, kira-kira jam 2 petang itu, suri rumah berusia 40-an sedang berada di dalam rumah manakala suaminya keluar bekerja.

Menurut jiran mangsa dikenali sebagai Mutiya Mambalusah, 41, kemunculan empat lelaki bersenjata itu secara tiba-tiba mengejutkan jirannya itu kerana kampung berkenaan terletak kira-kira 25 kilometer dari Kampung Tanduo dan tidak dikategorikan dalam zon merah sebaliknya diisytihar sebagai kawasan selamat.

“Sebaik memasuki rumah, seorang daripada lelaki itu yang boleh berbahasa Melayu meminta makanan manakala dua yang lain bersembunyi di atas loteng mungkin sebagai persediaan jika ada orang lain memasuki rumah.

“Apabila dimaklumkan tiada makanan, mereka terus mengikat kaki dan tangan jiran saya sebelum menggeledah rumah itu untuk mencari makanan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, jirannya itu berjaya membuka ikatan berkenaan dua jam kemudian sebelum bertindak melarikan diri ke rumahnya.

“Saya yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus membantunya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis. Ketika itu tidak diketahui sama ada kumpulan terbabit masih berada dalam rumah jiran saya itu,” katanya.

Mutiya berkata, sebaik laporan polis dibuat, pasukan keselamatan kemudian mengarahkan semua penduduk berpindah ke masjid berhampiran.metro

MMI.

TERESA KOK Perajurit Di Lahad Datu DIMANGSAKAN ??!!


Rakaman video di bawah jelas memperlihatkan bagaimana Teresa Kok salah seorang pemimpin pembangkang dengan jelas menyifatkan perajurit negara yang kini sedang bertugas mempertahankan Sabah sebagai MANGSA @ DIMANGSAKAN.

Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa @ dimangsakan ? Apakah beliau melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi ? Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang maka MMI rasa mereka bukan saja melalut tetapi juga jauh menyimpang.

Kepada Teresa jangan bercakap saja tampilkan bukti-bukti kukuh bagi membuktikan tuduhan sedemikian kerana apa yang rakyat lihat dan tahu sekarang adalah sebaliknya.

Dengan begitu banyak sekali pendedahan tentang  keterlibatan pemimpin pembangkang negara dengan insiden di Lahad Datu , maka MMI yakin pembangkanglah sebenarnya yang menyebabkan perajurit negara kita yang kini di perbatasan menjadi MANGSA kerakusan politik mereka untuk menjatuhkan kerajaan.

Malah sehingga kini pembangkang yang mendabik dada dengan buku jinggaynya langsung tidak pernah membantu rakyat Sabah yang kini terpaksa berdepan dengan kesulitan.

Apa sumbangan pembangkang kepada rakyat Sabah khususnya mereka-mereka di Lahad Datu semenjak insiden ini tercetus ?

Hahaha melihat dari aksi Teresa dalam rakaman di bawah mungkin beliau mabuk agaknya...



Kredit to UMBWP

MMI.

Wednesday, 20 March 2013

Sabah Conflict Inside Story #LahadDatu


Entri ini bakal menyajikan satu forum yang dianjurkan oleh Al-Jazeera berkenaan insiden di Lahad Datu.MMI bukan mahu mencetuskan apa-apa tanggapan tetapi sekadar mahu berkongsi dengan semua tentang krisis yang sedang berlaku di Lahad Datu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main.

Apatah lagi dalam suasana negara bakal menghadapi pilihanraya tidak lama lagi krisis ini amat perlu diselesaikan secepat mungkin.Pelbagai tanggapan dari banyak pihak sudah pun kita dengar malah hampir setiap hari ada saja maklumat-maklumat terbaru berkaitan insiden di Lahad Datu.

Dalam kita memberikan tumpuan kepada apa yang sedang berlaku , MMI tak nafikan terdapat juga sebahagian dari kita yang masih merasa selesa seolah-olah negara seperti sebelumnya sedangkan hakikatnya krisis di Lahad Datu mampu mencetuskan sesuatu yang pasti meresahkan rakyat sekiranya kita gagal mengawal situasi dengan baik.

Untuk itu rasanya video di bawah amat sesuai untuk kita sama-sama tonton kerana ianya bukan saja sekadar forum tetapi menunjukkan betapa serius pihak-pihak luar sana dengan apa yang sedang berlaku di negara kita.


Malaysia adalah negara kita oleh itu pertahankanlah ia selagi mana kita mampu pertahankan.Berikan sokongan kepada pasukan keselamatan yang kini berhempas-pulas memastikan keselamatan kita.

Paling penting jangan biarkan sejarah robohnya kota Melaka berulang !!

MMI.

Lahad Datu & Jabidah Sejarah Yang Cuba Di Ulang


Presiden Filipina, Benigno Aquino melihat pencerobohan di Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.

Media Filipina melaporkan, Aquino menyamakan kedua-dua kejadian tersebut sebagai tindakan menggadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro untuk kepentingan diri pihak tertentu, ketika orang yang menjadi dalang hidup dengan selesa.

"Tidakkah kita melihat pengulangan sejarah dalam kejadian di Sabah yang berlaku beberapa minggu lalu. Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu tragedi seperti mana yang berlaku di Jabidah.

"Namun, tragedi yang lebih besar adalah kita tidak belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang sebagai jalan terbaik menghadapi cabaran yang dihadapi," katanya ketika merasmikan ulang tahun Pembunuhan Jabidah ke-40 di sini, semalam.

Pembunuhan Jabidah yang juga dikenali sebagai Pembunuhan Corregidor berlaku selepas Marcos melancarkan rancangan rahsia untuk menceroboh Sabah.

Apabila pelatih beragama Islam yang ditempatkan di Corregidor pada 3 Januari 1968 enggan mengambil bahagian dalam misi itu selepas mengetahui rahsia berkenaan, mereka dibunuh oleh pegawai mereka pada 18 Mac 1968.

Aquino turut mengkritik dalang utama dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan Malaysia melancarkan serangan udara dan darat.

"Di sebalik memberitahu pengikut mereka supaya pulang kerana nyawa lebih penting, ketuanya (Jamalul Kiram III) terus mendesak dan membangkitkan kemarahan. Ini yang boleh saya katakan, jika orang lain menganggap nyawa penduduk Moro tidak penting, pandangan ini adalah salah.

"Atas alasan ini, saya meminta adik Jamalul Kiram, Azzumudie dan pengikutnya supaya berundur dan pulang kerana keganasan tidak membawa apa-apa hasil dan hanya perbincangan merupakan pendekatan lebih produktif," katanya.sumber

MMI.

Tuesday, 19 March 2013

TERKINI Sidang Media Ops Daulat #LahadDatu


Operasi oleh pasukan tentera masih di teruskan di zon atau kawasan merah yang kini menjadi tumpuan operasi bagi membersihkan saki baki pengganas yang masih bersembunyi.Setakat ini tidak ada mana-mana anggota keselamatan yang mengalami kecederaan serta kemalangan jiwa.Turut dilaporkan berlaku beberapa pertempuran sejak awal pagi dengan pengganas.

Pasukan tentera sudah pun mempertingkatkan keupayaannya dengan kereta perisai berantai ADNAN yang kini sudah pun berada di Lahad Datu.

MMI.

Monday, 18 March 2013

Lancarkan Serangan Gerila !! KIRAM III & ANWAR Adik Beradik ???


Mungkin bagi sesetengah pihak tindakan Kiram III yang menarik balik gencatan senjata yang diumumkan beliau dan kemudiannya mengarahkan pengganas peliharaannya untuk melancarkan perang gerila terhadap kerajaan Malaysia di anggap sebagai satu perjuangan.

Namun jauh di lubuk hati MMI sendiri menyatakan inilah sebenarnya pemimpin paling PENGECUT dan DAYUS kerana berada jauh beribu batu dari medan perang sebenar sedangkan mereka yang mengaku malah mungkin bersumpah taat setia terhadap beliau berjuang bersendirian.

Jika sebelum ini kita pernah mendengar cemuhan yang mengatakan anggota keselamatan negara yang gugur itu sebagai mati katak rupa-rupanya KIRAM III lah sebenarnya yang membiarkan pengikut-pengikutnya MATI KATAK.

Pada ketika pengikut-pengikutnya mati memperjuangkan nafsu seorang manusia yang mengaku dirinya Sultan , Sultan palsu ini mungkin barangkali sedang disuap anggur ke mulutnya.


Bukan soal mahu mengkeji mereka yang telah pergi kerana hidup mati kita terletak ditangan yang maha esa Allah swt namun kerana sikap bongkak dan besar kepala Kiram III maka mungkin inilah yang beliau mahukan terjadi kepada pengikut-pengikutnya.

Untuk makluman mayat-mayat ini tidak di kebumikan dengan sempurna oleh pengganas yang bertempur dengan anggota keselamatan negara dan ianya hanya ditutup dengan sekeping papan.

Dalam soal ini tidak ada lagi kompromi dengan KIRAM III dan pengganas peliharaannya , pilihan sudah pun diberi sama ada meletakkan senjata atau dihapuskan !!

Ternyata pemimpin paling PENGECUT dan DAYUS ini tetap memilih untuk mengorbankan pengikut-pengikutnya dalam satu perjuangan sia-sia kerana Sabah bukan lagi milik mereka.Klik Sini 

Tindakan KIRAM III itu sebenarnya memberikan mesej jelas bahawa pasukan tentera dan anggota keselamatan Malaysia sudah pun mendapat arahan baru secara tidak sengaja iaitu HAPUSKAN SEMUA SAKI BAKI PENGGANAS SULU YANG BERADA DI LAHAD DATU !!!

Terima kasih KIRAM III , kerana arahan kamu itu maka MMI yakin insiden di Lahad Datu bakal berakhir dalam sedikit masa lagi.Kepada seluruh rakyat Malaysia berikan kepercayaan kepada pasukan keselamatan negara insyaallah mereka mampu melakukannya.

Dalam masa yang sama rupa-rupanya Malaysia juga tidak ketinggalan turut mempunyai seorang pemimpin PENGECUT dan DAYUS seperti mana KIRAM III.Siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim !!

Dalam insiden di Permatang Pauh semalam , jelas sekali Anwar juga membiarkan pengikut-pengikutnya untuk berada di jalanan bagi memenuhi tuntutan nafsu beliau untuk menjadi Perdana Menteri.Kepada semua ampa saksikan sendiri aksi dan sikap pengikut-pengikut Anwar menggila.


Apa mungkin kedua-dua pemimpin ini ada kaitan ? Kita sama-sama tunggu penyelesaiannya nanti ....

MMI.

PT-91M Malaysia Bersedia Hadapi Sebarang Kemungkinan !!


Ops Daulat sudah memasuki hari ke-13 hari ini dan dikejutkan dengan pengisyhtiharan Jamalul Kiram untuk melancarkan perang gerila keatas pasukan keselamatan habis-habisan.

Sebenarnya pasukan keselamatan sudah bersedia menghadapi kemungkinan menghadapi peperangan yang lebih besar ekoran musuh iaitu pengganas Sulu mendapat suntikan dana dari Individu tertentu yang mahukan Malaysia kucar-kacir menjelang pilihanraya ke-13.

Sehubungan dengan itu beberapa kereta kebal jenis berantai (MBT) PT-91M telah tiba di Lahat Datu bagi menghadapi kemungkinan tersebut.

Kereta kebal ini mempunyai kuasa tembak daripada meriam Smoothbore 2A46MS berkaliber 125 milimeter buatan Slovakia dengan peningkatan ketepatan tembakan sehingga 23 peratus berbanding meriam asal. Ia mampu memusnahkan semua jenis kereta kebal yang ada di dunia pada hari ini sehingga jarak lima kilometer.

Kegagahan PT-91M bukan hanya terletak pada meriam utamanya tetapi turut disokong dengan sistem navigasi SIGMA 30 dan blok armor reaktif ERAWA-2 pada bahagian hadapan, bumbung dan sisi hadapan. Ia bertujuan mengurangkan impak hentaman daripada sistem peluru berpandu anti-armor dan juga perobek armor.


KERETA kebal tiba di Lahad Datu hari ini sebelum dibawa ke FELDA Sahabat dengan diiringi trak tentera dan polis untuk membantu Ops Daulat.

Difahamkan pasukan keselamatan telah mengaturgerak bagi menghadapi kemungkinan kemasukan pengganas-pengganas Sulu ke Sabah dengan meletakkan perairan Sabah dalam keadaan berjaga-jaga.


MMI.

Labels