Followers

Thursday, 6 June 2013

PANIK ~ RBA Kini Umpama Cacing Kepanasan !! ANWAR Terlibat ??


Pembongkaran Red Bean Army milik DAP telah mencetus kepanikan melampau dikalangan pemimpin pembangkang. Kekuatan pembangkang sebenarnya bergantung 80% kepada Red Bean Army kerana mereka tidak mempunyai sebarang kecemerlangan dalam pentadbiran. Oleh itu, fitnah berterusan yang pembangkang sampaikan melalui Red Bean Army telah berjaya mempengaruhi mereka yang mempunyai akses internet iaitu terutamanya penduduk bandar. 

Lim Kit Siang cuba memutarbelitkan hakikat kewujudan Red Bean Army dengan menuduh ianya merupakan konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.  Antara  tuduhan Lim Kit Siang yang kononnya tidak berasas “Mereka mendakwa DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu membiayai tentera siber “Red Beans Army” bertujuan membunuh karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.  Kenyataan ini cuba sedaya upaya dinafikan oleh Lim Kit Siang kerana ini merupakan kebenarannya. Lucunya apabila Lim Kit Siang menuduh bahawa kewujudan Red Bean Army ini hanya merupakan imiginasi sahaja. Sebenarnya mereka jadi amat kelam kabut apabila senarai Red Bean Army ini dibongkar, begitu juga dengan senarai fanpage milik askar kacang merah mereka ini. 

DAP dan pembangkang tahu bahawa sekiranya Red Bean Army mereka lumpuh atau dapat dipintas maka segala pembohongan dan fitnah mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional akan gagal yang bermaksud sokongan terhadap DAP bakal merosot dan angan-angan untuk menawan dan menakluk Negara akan musnah. 

Kejayaan Anwar mencipta “wave” demonstrasi jalanan bersiri selama ini sememangnya bergantung kepada kekuatan media sosial mereka yang bergerak begitu agresif dan ganas. Mereka mencipta persepsi negatif yang dengan senang dapat mempengaruhi rakyat yang berjiwa kacau. Oleh itu demi mencapai maksud jahat mereka, maka pembangkang telah digambarkan sebagai pembela penjenayah terutama mereka yang telah mati kerana kejahatan namun polis pula yang dipersalahkan. Keluarga penjenayah akan diheret sama ke dalam kancah politik mereka yang kotor semata-mata demi undi. 

Sesungguhnya apabila manusia diuji  maka wajah sebenar diri mereka akan terbongkar.  Lakonan Anwar Ibrahim yang kononnya berperawakan warak terdedah apabila sisi gelap moral beliau telah terbongkar yang menyebabkan beliau telah bertindak ganas dengan bersekongkol dengan musuh UMNO dan Barisan Nasional untuk memastikan dendam kesumat terbalas.  Sebenarnya Red Bean Army ini merupakan gabungan DAP dan Anwar. 

Namun bangsa Melayu lebih terdedah kepada kebenaran kerana UMNO sentiasa menerangkan tentang hakikat dan duduk perkara sebenarnya. Namun MCA telah gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk “counter attack” segala fitnah yang ditabur oleh DAP melalui Red Bean Army dan The Star. MCA yang dipimpin oleh mereka yang agak berumur gagal melihat keperluan media sosial . 

Semua komponen Barisan Nasional bertanggungjawab menangani dengan serius masalah Red Bean Army ini. Kita tidak akan mampu menghapuskan mereka. Oleh itu kita harus mencantas segala fitnah dan hasutan yang mereka taburkan.  UMNO, MCA dan MIC harus mempunyai kumpulan mereka sendiri yang bertanggungjawab menangkis serangan Red Bean Army dari segala peringkat.sumber 

Komen MMI , RBA kini di kianati oleh pemimpin mereka sendiri.Pelik bin ajaib apabila ada pihak yang sudah mengaku tetapi di satu pihak yang lain menafikan terus kewujudan RBA.Yang pasti panas ini akan berpanjangan dan hampir pasti kepanasan ini bakal menyebabkan cacing-cacing ini timbul dengan sendirinya.

Anwar ?? Hmmm biar kawan-kawannya dari luar sana sahaja yang mengajarnya nanti.

MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels