KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno menolak cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal yang akan mewakili masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sistem parti komponen dalam BN yang mewakili kaum tertentu dilihat masih relevan dalam amalan politik di Malaysia.
"Masanya belum sesuai untuk BN dijadikan parti tunggal.
"Pemuda Umno mahu komponen dalam BN kekal sebagai parti yang mewakili bangsa masing-masing seperti sedia ada," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.
Ini merupakan mesyuarat pertama Exco Pemuda selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.
Cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal disuarakan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti.
Chang sebelum ini berkata usaha ke arah itu perlu dilakukan kerana PRU-13 menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.
Mengulas lanjut Khairy sebaliknya mencadangkan supaya resolusi yang diluluskan Dewan Tertinggi BN sebelum ini bagi membuka keahlian terus tanpa menjadi ahli kepada mana-mana komponen BN diaktifkan semula sebagai alternatif kepada cadangan BN menjadi parti tunggal.Sumber: Mstar
MMI.
No comments:
Post a Comment