Followers

Tuesday, 16 July 2013

KJ Desak WISMA PUTRA Hantar Nota Bantahan !!


Pemuda BN mahu Wisma Putra menghantar nota bantahan kepada kerajaan Vatican kerana campur tangan dutanya di Malaysia Biskop Joseph Marino yang menyokong kempen gereja tempatan menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' di kalangan penganut agama Kristian.

Menurut pengerusinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, perkara itu amat sensitif dan beliau berharap nota protes berkenaan akan menghentikan komen-komen seumpama itu yang bakal mengeruhkan keadaan sedia ada.

"Ini soal campur tangan asing dalam hal ehwal kita dan pandangan beliau amat tidak membantu.

“Majoriti masyarakat Islam di negara ini tidak bersetuju (dengan perintah mahkamah) dan meminta mahkamah untuk menyemak semula keputusan. Namun ia adalah hal ehwal negara dan biskop itu tidak perlu campur tangan," katanya selepas sidang media mengenai Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional 2013 di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Sokongan terbuka biskop Marino kepada gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' mendapat tentangan hebat beberapa kumpulan Islam.

Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sensitif dan menghina umat Islam serta orang Melayu.

Mengulas lanjut, Khairy berkata isu kompleks itu mesti ditangani dengan teliti.

“Kita mesti ambil kira pandangan majoriti (rakyat) dan juga penganut Katholik tanpa campur tangan biskop," katanya

Khairy yang juga adalah Ketua Pemuda Umno bagaimanapun tidak mengulangi kenyataan kumpulan pendesak Melayu seperti Jalur Tiga (JATI) dan PERKASA yang mahu pejabat Vatican di Kuala Lumpur itu ditutup dan Biskop Marino diusir pulang.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan saman Gereja Katholik Malaysia untuk membatalkan larangan kerajaan terhadap penerbitannya yang menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada tuhan.

Bagaimanapun, perintah penangguhan diperolehi sementara menunggu rayuan. Keputusan rayuan kes berkenaan oleh kerajaan persekutuan masih belum bermula.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman sendiri hari ini berkata, Malaysia tidak membenarkan campur tangan atau pengaruh asing dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Anifah berkata lagi, sebagai negara berdaulat, campur tangan sebegitu hanya menyemarakkan sentimen keagamaan di negara ini serta tidak membantu ke arah memastikan keharmonian kaum dan agama.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels