Followers

Friday 23 August 2013

Alo Brader Lu Duduk Diam-Diam !! Terbaik @Zahid_Hamidi


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

Beliau mengulas tindakan Waytha Moorthy mempersoal penjelasan polis bahawa lima penjenayah yang ditembak mati di Pulau Pinang baru-baru ini terbunuh dalam insiden tembak menembak dengan polis. Waytha Moorthy dilaporkan akhbar sebagai berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid berkata sebagai seorang anggota pentadbiran kerajaan, Waytha Moorthy perlu mengetahui bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan, tidak boleh bercanggah dengan dasar yang ditentukan oleh kerajaan.

"Beliau (Waytha Moorthy) jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan (berfikir sebagai) pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dalam insiden itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan. Ahmad Zahid berkata apa yang berlaku dalam insiden itu adalah tugas polis biarlah polis buat kerja kerana mereka lebih arif.

Agaknya mungkin kerana yang kena tibai tu bangsa dia kot , Alo brader lu sudah jadi Timbalan Menteri jadi bersikaplah sebagai seorang Timbalan Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.Jangan dok kira macam dalam NGO naa ..

Rasanya Waytha Moorthy ni merak buih kot maklumlah dah jadi Timbalan Menteri !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels