Followers

Thursday, 15 August 2013

BAHAYA Menyembah Jesus Dalam Masjid AGENDA Evangelis


Umat Islam di Tanah Air digemparkan dengan laporan pelbagai media yang menyiarkan gambar penganut agama Buddha mengerjakan upacara keagamaan mereka di sebuah surau dalam sebuah taman peranginan di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Namun, puak evangelis Kristian telah lebih jauh merancang untuk penganut Kristian melakukan penyembahan kepada Jesus mereka di dalam masjid. Ini tidak mereka sembunyikan. Ini telah dilaporkan dalam majalah utama mereka awal tahun ini. Mereka juga telah pun menguar-uarkan antara lain turut membolehkan orang-orang Kristian meniru solat orang Islam sebagai salah satu strategi menarik orang-orang Islam untuk murtad.


Untuk itu satu Wacana Agenda Kristian yang akan diadakan pada hari Sabtu 17hb Ogos 2013 nanti antara lain akan mendedahkan pelbagai tipu muslihat para evangelis pendakyah Kristian untuk memujuk orang-orang Islam terutama orang-orang Melayu di Tanah Air kita untuk murtad meninggalkan agama Islam.

Program anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) akan diadakan seperti berikut.



Apakah mereka kini sudah melakukan upacara baptis untuk orang-orang Melayu yang murtad atas nama ALLAH ?

Wacana ini akan mendedahkan pelbagai penipuan tersebut dari sumber bahan-bahan Kristian sendiri yang tersimpan dalam peti-peti besi mereka dan juga yang dari dokumen-dokumen sejarah serta dari pelbagai bahan bacaan yang boleh kita sebagai orang awam aksesnya dengan mudah.

Dalam masa yang sama pasti ramai yang bertanya kenapa perlunya dibuat Wacana Agenda Kristian Sedunia di waktu umat Islam di Malaysia masih sibuk berhari Raya dan ada yang masih belum sempat pulang dari kampung.

Dan di bulan Syawal ini pula terdapat banyak jemputan rumah terbuka Hari Raya. Mengapakah penganjur tidak memilih tarikh lain?

Sebenarnya umat Islam di Tanah Air ini perlu ingat bahawa 22hb Ogos terdapat pendengaran notis perbicaraan kes di Mahkamah Rayuan berhubung rayuan kes kalimah Allah. Pendengaran kes pada hari tersebut amat penting dan kritikal. Ianya merupakan pendengaran notis batal rayuan oleh pihak gereja terhadap rayuan kerajaan, jabatan-jabatan agama Islam negeri serta MACMA.

Jika pada 22hb Ogos (Khamis), Mahkamah Rayuan yang  mendengar notis tersebut bersetuju untuk membatalkan rayuan umat Islam maka secara automatik rayuan penuh kes ini yang akan bermula pada 10hb September gugur dengan sendirinya.

Maka habislah maruah umat Islam di Tanah Air ini dan keputusan kes kalimah Allah yang dibuat pada 31 Dis 2009 akan berkuatkuasa dengan membenarkan pihak gereja bebas mengguna kalimah Allah.

Oleh yang demikian MMI bersetuju dengan PEMBELA dan MAIM untuk menyeru seluruh umat Islam untuk memberi perhatian serta sokongan untuk sama-sama hadir sesi taklimat khas dalam Wacana Agenda Kristian Sedunia pada 17hb Ogos (Sabtu) di Dewan Muktamar Pusat Islam nanti.

Nantikan artikel seterusnya berkenaan kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan , Putrajaya.



MMI

No comments:

Post a Comment

Labels