Followers

Friday, 30 August 2013

Desak PM Letak Jawatan ! Alo Brader Dah Habis PIKIR Ka ??


MMI dah lama perhatikan NGO-NGO yang mengaku kononnya perjuangkan Melayu ni.Dalam beberapa keadaan tindakan dan gerakan mereka MMI setuju namun ada juga yang bikin sentap beb..

Terkini berkenaan isu ketua pemuda PERKASA ni yang tiba-tiba sahaja buat kenyataan minta PM letak jawatan.Apa hal dia ni ? Setakat yang MMI dengar ianya di sebabkan kerajaan pimpinan Najib meminggirkan kaum pribumi di negara kita sedangkan dalam masa yang sama mengagungkan kaum lain.

Alo brader lu lupakah apa yang Ibrahim Ali kata sebeluum PRU13 lalu ? PERKASA akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.Hah jaga mulut tu sikit bro !! Kalau bukan dengan program tranformasi yang Najib lakukan sebelum ini rasanya kaum pribumi pun tak dapat merasa pembelian barangan di kedai 1 Malaysia.

MMI nak tanya orang kaya ka yang beli di kedai 1 Malaysia ni ? Banyak lagi perkara lain kalau MMI nak tulis kat sini tapi MMI nak tanya satu perkara kepada ketua pemuda PERKASA ni ...

Waktu PRU13 yang lalu sebahagian besar puak yang berpaling tadah dan tidak menghormati keputusan pucuk pimpinan adalah puak-puak dari PERKASA !!

Hang kena ingat tu bro !! Apa ampa buat bila puak ampa sendiri yang sailang calon UMNO masa PRU13 lalu ?  Huh ampa banyak diam ja !!! 

Dalam masa yang sama MMI bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia & Sukan YB Khairy Jamaluddin apabila mengulas tentang isu ini.
Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan kedudukan Ketua Pemuda Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berhubung kenyataan beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
Menurut Khairy, Irwan Fahmi seharusnya tahu di mana kedudukannya sekarang ini dan desakan tersebut seharusnya diberikan kepadanya.
"Siapa dia yang mahukan Perdana Menteri letak jawatan? Sebelum dia desak Perdana Menteri, seharusnya dia yang letak jawatan dulu.
"Dia hanyalah Pemuda Perkasa. Sedangkan presiden dia pun kalah dalam Pilihan Raya Umum lalu," katanya kepada media pada Rumah Terbuka Aidilfitri di Stadium Juara di sini hari ini. 
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Irwan Fahmi yang mendesak Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa Perdana Menteri itu masih lagi menggunakan kaedah lama yang masih lagi meminggirkan kaum pribumi di negara ini dan mengagungkan kaum lain.
MMI bukannya ada untung apa-apa pun cuma nak bagi sedar sikit ketua pemuda PERKASA ni yang dalam pertubuhan dia sendiri pun sebenarnya ada PENGKIANAT kepada bangsa MELAYU !!

Hang mau reti sikit Irwan oi !

MMI

9 comments:

  1. Harap Perkasa daftar sebagi parti politik. Kami akan menyokong Perkasa pada PRU14 nanti. BN & UMNO sudah tidak relvan lagi utk Melayu & kaum bumiputra.

    ReplyDelete
  2. Bila lagi Perkasa akan ddaftarkan sebagai parti politik? UMNO, PKR & Pas semua nya hampas. Tidak bolih melindungi org melayu & bumiputra, semuanya parti pondan. Perkasa akan menjadi pilihan kami pada PRU 14 nanti.

    ReplyDelete
  3. MMI, kamu nampak tak menghormati motto kamau yang panjang berjela tu.

    Pada aku usikan Irwan ni bagi menyedarkan PM kita yang nampak terpesong akhir2 ni. Biar PM kita sedar ada orang yg tak suka beberapa perkara yang dia buat. Kalau PM kita tu tidak lari dari perjuangan org Melayu dan UMNO tak mungkin ada suara2 sumbang dari Irwan dan saya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku salute kamu bro. kamu benar benar prihatin kepada keadaan sekeliling. terima kasih bro kerana telah membuka mata aku. inilah yang dinamakan tulis tak serupa bikin. kalau tak boleh tegur, buangkan ajer moto yang panjang tuh.

      aku senang ajer - katakan CUKUP pada NAJIB/KJ. sila lihat video ini:

      http://www.youtube.com/watch?v=ixlbB9VAeNM

      Delete
  4. Aku sokong UMNO tetapi menolak Najib dan Khairi, ada kah aku juga akan ditanya SIAPA AKU? Kalau aku dan kawan kawan berkata yang sama juga, ada kah soalan itu juga yang perlu kami jawab? Kalau kebanyakan orang Melayu yang menjadi ahli UMNO dan ahli PERKASA berkata yang sama juga ada kah kami turut ditanya SIAPA KAMI? Ahli UMNO terdiri dari 100% sebahagian orang Melayu. Ahli PERKASA terdiri dari 100% sebahagian lagi orang Melayu samada tidak berparti atau dari kalangan ahli UMNO/PAS/PKR dsb. Jika suara PERKASA mewakili ahlinya, soalanya telah pun dilontakan?

    Ada kah kepimpinan UMNO hari ini tidak langsung boleh dicabar? Sepatutnya, apabila berlaku pertembungan pendapat dikalangan orang MELAYU, hendaklah dimuafakatkan dan jangan SEGERA melenting. Walalu pun betul, nampak sangat nak MEMBODEK. Kami diluar sini nampak dengan jelas, oleh kerana PAU dah semakin hampir, barulah terdengar suara KP KJ. Kemana kah KJ semasa DONGDZONG membuat pelbagai tuntutan? Dimana kah KJ semasa agama dicabar? Tak payahlah nak cakap banyak banyak, ramai yang faham PAU is just round the corner.

    Aku harap cabaran IRWAN akan dilihat semasa PAU kelak. Soal KJ ketepikan saja dan biarkan perwakilan yang membuat penentuan. Kita terima saja keputusanya kelak dengan dada yang lapang samada ternafi dengan cabaran atau pun terbuktinya kebenaran.

    ReplyDelete
  5. Gua tertarik dengan artikel ini dan komen2 di atas..Gua nak ucap tahniah pd MMI sebab pandai main dan gua tau style MMI,dah lama gua ikut blog ni..Klu korang nak tau itulah sebenarnya yg MMI nak kalau tidak komen korang tak akan di publishkan..Steady MMI.Kpd puak perkasa yg komen tu gua nak pesan jgn lah melenting mcm MMI cakaplah utk menegur kita mesti sedia di tegur jadi masing2 dah main peranankan !

    ReplyDelete
  6. Apakah orang melayu sekadar layak digula gula kan dengai kedai Rakyat1Malaysia saja, sedang kan kaum lain Najib tatang bagai minyak yang penuh? Itu saja kan point yang mampu MMI ketengahkan? Kita peribumi, kita la pemerintah mengapa mesti Najib ikut acuan orang lain? Najib tak mampu nak kendalikan apa yang pemimpin pemimpin terdahulu buat, nak bawa kemajuan, nak buat rakyat rasa selesa jauh sekali, pemimpin sebegina kita nak bela? Nak tunggu nasi jadi bubur baru nak bising?

    ReplyDelete
  7. Dia ni marahkan PM bukan sebab apa.... Dia marah (kalau betul marah) sebab dia rasa dikhianati... Banyak org yang undi UMNOpun rasa dikhianati... Saya sendiri pun rasa dikhianati... Saya undi UMNO bukan sebab UMNO... Saya undi UMNO sebab survival bangsa MELAYU.

    Sebelum PRU13, Kalau ikut cyberwar... UMNO dah habis... Kerajaan dah pun bertukar tangan... Nasib baik ada ahli ahli UMNO yang duduk kat kampung2 besusah payah meyakinkan orang kampung "KALAU PKR MENANG.. CINA PERINTAH!!!!" Kat bandar besaq... UMNO dah habis!!! Saya pun ikut sama meyakinkan org kat tempat saya supaya sokong pangkah UMNO,MCA, MIC. Hasilnya walaupun taklah berapa banyak... Tapi bolehla buat org PAS pangkah UMNO pasai kami kata "KALAU PKR MENANG.... CINA PERINTAH!!!

    Untok pengtahuan Tuan Admin... Saya ni minta nak jadi ahli UMNO pun tak dapat dapat... Alasan depa..
    1) Borang tak dak.
    2) Nak kena tunggu komputer sampai dulu.
    Alasan macam budak budak...
    Saya ni mengaji tak lah tinggi mana... Tapi kita taulah antara org nak perbodoh kita atau tidak...

    Lepas PRU13 Syukur UMNO menang... Hasil dari sokongan ahli-ahli UMNO yang taat... Pengundi PAS yang tak berapa suka PAS gabung dengan PKR & DAP.. Dan ORANG MELAYU YANG TAK MAU CINA PERINTAH TANAH MELAYU!!!!

    Kami bukan nak minta apa... Cuma kami rasa... PM patut tumpukan kepada penyokong-penyokong UMNO lebih sikitdari dok melayan atau cakap kasaqnya... "dok bodek Cina" lagi... Banyak keputusan yang kerajaan buat nampak macam tak berapa nak masuk sebelah pengundi-pengundi UMNO masa PRU13...

    Kami bukan nak minta projek 100 ribu... 200 ribu.. sejuta.. 2 juta... Cuma nak minta kerajaan yang PM kita pimpin sekarang ni buatlah keputusan yang untongkan orang Melayu.... Untok Survival UMNO...
    Untok survival Bangsa Melayu...

    Cubalah kita tengok bangsa kita... Kesian kat depa 10 tahun lagi... 20 tahun lagi... Apalah nasib bangsa kita ni... Mudah-mudahan Allah S.W.T. selamatkan Tanah Melayu dan bangsa Melayu dari agenda jahat musoh-musoh nyata dan tidak nyata...

    Bila kita duduk diatas awan... Kita tengok semua manusia diatas bumi nampak kecik..... Tapi kita jangan lupa.... Orang diatas bumi pun nampak kita kecik jugak... Bezanya kita diatas... diorang dibawah...

    Semoga Di-Berkati Allah....

    ReplyDelete
  8. Aik... Kena dapat approval dulu ka....

    ReplyDelete

Labels