MMI cuba sebolehnya untuk pendekkan penulisan kali ini , bukan apa isu yang bakal diketengahkan ini barangkali dah muak untuk tatapan pembaca namun MMI memilih untuk meneruskan artikel ini memandangkan masih ada perkara yang belum selesai.
Sejak petang tadi sewaktu meneliti kamar-kamar penulisan para sahabat , MMI sempat singgah dan menatap beberapa garapan berkaitan isu dan perkembangan 1MDB.Pelbagai perkara dapat kita baca dan dalam banyak-banyak tu ianya masih berkisar kepada hala tuju 1MDB.
Sesuatu yang MMI perhatikan adalah , hakikatnya isu ini bakal membawa kita kepada 2 keadaan yang cukup berbeza.Malah mungkin ada diantaranya bakal mengorbankan karier seseorang dan mungkin juga memantapkan kedudukan politik seseorang.
Namun yang pasti sejak isu 1MDB menerjah masyarakat kita , kita lupa bahawa sudah ada usaha-usaha untuk menyelesaikannya.Tak salah juga kalau MMI sebut ianya sudah sampai ke tahap peperangan saudara.
Pastinya pembaca sedar apa yang MMI maksudkan kerana disitulah segalanya menjadi terlalu kompleks dengan ramuan tambahan berbentuk persepsi yang amat menggerunkan.
Jawapan yang diberikan dianggap sebagai pelengkap atau pelindung kepada kerosakan dan kita lebih mengagungkan tuduhan berbentuk persepsi kerana disitu adanya rasa yang mungkin memenuhi selera kita.
Sesuatu yang pasti isu 1MDB bukanlah isu biasa dan ianya perlu ditangani dengan penuh berhemah agar tiap keputusan nanti tidak akan menyebabkan mana-mana pihak teraniaya.
Dan dalam konteks ini , MMI mahu menekankan bahawa jika berlaku kesilapan di mana-mana atau kita tersalah langkah maka RAKYATlah yang paling teraniaya kerana kita sering kali TERUJA dengan perkataan WANG RAKYAT !
Apa pun MMI optimis bahawa isu 1MDB bakal selesai dalam sedikit masa lagi dan kita bakal mendapat jawapannya.
Seperti kata orang tua-tua , apabila kita melakukan perjalanan jauh sudah pastilah tempoh masa yang diambil itu akan benar-benar terasa namun sewaktu kita memulakan langkahan pulang tempoh waktunya seakan-akan cepat berlalu.
Kerana itu MMI tertanya-tanya bersediakah Tun Mahathir untuk mendepani hari yang sedang dinantikan itu ?
Kerana itu juga MMI tertanya-tanya bersediakah kita untuk menerima hakikat bahawa keputusan telah dimuktamadkan sewaktu jawapan mula dirungkaikan ?
Kedua-dua soalan itu timbul kerana MMI percaya kepada sikap dan keperibadian manusia !
Apakah kita benar-benar boleh menerima apa jua keputusannya nanti ?
Atau kita akan menjadi sebahagian daripada mereka yang kekal EGO walaupun apa yang telah kita lakukan itu jauh daripada benarnya ?
Mungkin juga ada dikalangan pembaca blog MMI tertanya-tanya kenapa tidak bertanya tentang kesediaan Najib menerima realitinya nanti ?
Oh MMI kata tak perlu bertanya lagi kerana Najib dah lama memberikan jawapan tatkala beliau mengarahkan Jabatan Audit Negara untuk melakukan siasatan terhadap laporan audit daripada Deloitte yang kemudiannya di minta supaya dibentangkan pula kepada Jawatankuasa PAC yang juga terdiri daripada wakil-wakil pembangkang.
Dan MMI yakin bahawa laporan hasil daripada siasatan kedua-dua badan ini tidak akan sesekali cuba untuk menyelamatkan sesiapa!
Akhir kalam , MMI ulang sekali lagi .. Tidak ada sesiapa yang membeli penulisan MMI dan tidak ada mana-mana pihak yang memaksa atau memohon pertolongan untuk mempertahankan sesiapa.Apa yang MMI lakukan adalah untuk sekurang-kurangnya mengajak semua pihak untuk kembali kepada fitrah kita iaitu bertindak atas BUKTI bukannya menghukum untuk kepuasan naluri.
Salam Perjuangan Tun Mahathir & Salam Tranformasi Datuk Seri Najib
MMI
sebabkan kebaculan PM bugis..cina singapura gelak berjaya bodohkn pemimpin melayu..pembinaan jambatan bengkok yg memberi laluan kapal lebih singkat dari menyusuri seluruh singapura mmberi kesan ekonomi yg sgt baik pada negara..dengan pembatalan jambatan bengkok..tambak johor akan kekal dan yg trbaru adalah pembinaan keretapi dr singapura ke johor mnjadikan singapura kekal selama2nya mnjadi pelabuhan termaju dr kita akibat KEBACULAN PEMIMPIN MELAYU KINI...
ReplyDeleteI LOVE. PM
Terbaik bro!
ReplyDeletebail out ABU DHABI apa citer.macam tak kena je.ah jib bor n the gangs makin panas.satu lagi aku lihat,smuanya tentang ABU DHABI,ABU DHABI...........?
ReplyDeleteItu yang terbaik buat masa ini. Beri lah yang pakar dalam bidang masing2 dan selesaikan dengan budi bicara berhemah. Itu lah sebaik-baik orang Islam.
ReplyDeleteBersalah tetap jua di hukum. Tidak beramanah dan rasuah, mesti di sumbat ke dalam penjara dan di rampas apa saja milik haram nya. Allah SWT sangat melaknat mereka tidak beramanah dan makan rasuah, makan riba dan makan harta anak2 yatim. Mencuri itu perkara amat berat salah nya di sisi Islam. Juga umpama mencuri dalam solat.
Kepada penabur finah, tiada lain mesti di hukum dan di asingkan. Mereka ada lah bara api yang bisa menyemarak, membakar, meruntuhkan sistem ekonomi negara dan eko-sosial peradaban atau sesuatu ketamadunan yang suda berevolusi selaras cara Islam dan selaras nilai-nilai baik agama dan fahaman lain semenjak azali.
Mereka yang bersalah, semua mesti di renjat ! Jika tiada, itu lah sebaik-baik jalan lurus Allah.
Siapa nak percaya. mula mula konon kerajaan jamin beberapa billion . Bila orang cakap milik penuh MOF baru teringat nak cakap kononnya sebuah syarikat liabiliti terhad. lani pasai apa tak cerita pasai jaminan terhad kerajaan dan liabiliti terhad. Bukan nak rugi byk pun sebab jaminan kerajaan 5 billion saja. Tutup 1Mdb kerajaan rugi 5b saja.dari dulu lagi yg dok kelentong rakyat pasai apa.
ReplyDeleteharta di spore. apa dia..cash ka , unit apa?
dak keluar plan pemulihan. dulu kata 1mdb syarikat teguh..kelentong lagi.
duit standby credit 950m bila nak bayar?
cuma yang tak blh faham ada juga org masih percaya kaki kelentong.
lani tak ada beza org umno dgn pkr ,masing2 percaya kelentong boss
tahniah! usaha yang terpuji.
ReplyDeleteMasyarakat Melayu Malaysia tiada lain bergaduh sesama sendiri kerana kepentingan ugama dan politik.
ReplyDeleteSiapa yang beruntung?
1. Pedagang pemerdagangan manusia Rohingya dan Bangla.
2. Politikus dari Myanmmar
3. Orang pelarian Rohingya dan orang pelarian Bangla.
4. Politikus dari Thailand.
5. Perdana Menteri Bangladesh Hasina
6. Pembangkang Myanmmar Aung San Suu Kyi NLD for Burma
Siapa yang jadi Maharaja Terima Beban?
Malaysia dan Indonesia
Siapa yang jadi mangsa kesengsaraan?
• Pegawai orang bawahan seperti pegawai polis dan askar Malaysia dan Indonesia.
• Rakyat jelata Malaysia kerana menanggung beban kemiskinan beribu-ribu pelarian Rohingya dan Bangla yang tak berguna.
Ugama saja yang dipentingkan, dimana kemahiran dan kepandaian pelarian ini? Tiada langsung. Mahu makan percuma, tempat tinggal percuma, semua percuma dari Malaysia. Kerana Islam konon.
Buat anak sampai ramai-ramai datang ke Malaysia, jadi penceroboh ekonomi Malaysia. Menangis tak terhingga nak cari belas kasihan.
Tapi bayar pedagang pemerdagangan orang ada duit.
Akhirnya generasi baru Rohingya akan datang memberontak mintak kerakyatan.
Padan muka engkau semua pemimpin Melayu Malaysia.
Siapa yang RUGI akhirnya?
Semua orang Melayu Malaysia, beban hutang negara semakin naik.
SIAPA YANG KETAWAKAN MALAYSIA?
AMERIKA SYARIKAT, AUSTRALIA, UNHCR. Mereka hanya mahu Malaysia, Indonesia tanggung beban yang besar ini.
SIAPA YANG BODOH?
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA, KEMENTERIAN LUAR DAN DALAM NEGERI.
Kerana banyak sempadan Negara Malaysia dan sempadan laut sekeliling Negara Malaysia tidak dikawal dengan rapi.
Bila dah terjadi, baru nak menengadah.
Buatlah apa saja jenis "transformasi" hatta Najib bertukar menjadi "Transformer Auto Prime" sekali pun, rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan beliau kerana terlalu banyak putar belit terhadap isu 1MDB.
ReplyDeleteSetuju. Kita mahu masalah 1mdb segera berakhir.Dan semoga jadi pengajaran dan iktibar kepada semua.
ReplyDeleteTujuan 1MDB ditubuhkan pada hakikatnya adalah baik untuk rakyat dan negara kerana projek2nya yg mesra rakyat seperti IPP dan pembangunan rumah. Ia dibina berasaskan hutang bukan cash money. Mungkin sebahagian aset di Timur Tengah boleh dilepaskan semula untuk mengurangkan hutang dan menambah kecairan syarikat.
ReplyDeleteDah tak Percaya dgn najib, Buatlah apa pun Semuanya tak jadi, rosak dan gagal. Berhentilah utk kebaikan Malaysia. Jangan pentingkan diri.Sendiri saja.
ReplyDelete