Followers

Thursday, 1 August 2013

Harimau Malaya & Dunia Poltik


Hari malang bola sepak negara berterusan apabila kebangkitan yang diharapkan akhirnya bertukar menjadi igauan ngeri apabila Harimau Malaya ‘diajar’ pasukan tangga ke-11 J-League 2, Tokyo Verdy 0-5 dalam perlawanan persahabatan di Jepun, semalam.

Apa yang pasti, kekalahan semalam ibarat ‘mencurah minyak ke dalam api’ setelah skuad kebangsaan teruk dikritik akibat dibelasah juga 0-5 oleh kelab Jepun, Shonan Bellmare, Sabtu lalu.

Kekalahan semalam juga pastinya memberikan kesan besar terhadap nasib jurulatih Datuk K. Rajagobal apabila Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM bersidang hari ini untuk membincangkan kedudukan pengendali kebangsaan itu.

Apakah Rajagobal masih berkesempatan membawa cabaran Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Bahrain dan Qatar pada Oktober serta November ini?

Lebih memburukkan keadaan, tiada satu gol pun dapat dijaringkan oleh Harimau Malaya dalam tiga perlawanan di Jepun termasuk kalah 0-2 kepada satu lagi kelab kelab Jepun, Shimizu S- Pulse dalam perlawanan persahabatan pertama.

Sebaliknya, dalam ketiga-tiga aksi persahabatan tersebut, gawang skuad kebangsaan dibolosi 12 kali.

Kecewa dengan kekalahan terbaharu itu, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang ditemui di sini semalam enggan menjawab soalan mengenai nasib Rajagobal sebaliknya meminta wartawan menunggu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM hari ini.

“Maaf... saya tidak mahu jawab fasal bola sepak.. tunggulah esok, jangan rosakkan mood saya pada majlis ini, " katanya pada penyampaian insentif kecemerlangan kepada pemain hoki kebangsaan, di sini.

Pada perlawanan semalam yang dibahagikan kepada tiga separuh masa permainan, Malaysia ketinggalan 0-2 pada babak pertama sebelum Tokyo Verdy menambah dua lagi gol pada babak kedua dan melengkapkan kemenangan 5-0 dengan satu lagi jaringan pada babak berikutnya.

Sementara itu, Rajagobal mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut kerana menyangka anak-anak buahnya pasti akan bangkit selepas mengalami dua kekalahan.

“Memang saya tidak puas hati, namun perlu diakui aksi menentang kelab J-League adalah medan terbaik untuk persiapan kita bertemu Bahrain pada Kelayakan Piala Asia," katanya.

Kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad negara sepanjang di Jepun juga tidak disenangi oleh bekas pemain kebangsaan era 70-an, Dali Omar.

Beliau yang dihubungi bertegas bahawa Rajagobal tidak sewajarnya memberikan banyak alasan sebaliknya sudah sampai masanya melepaskan tanggungjawab sebagai pengendali skuad kebangsaan.

“Janganlah bagi sebarang alasan kononnya bermain pada waktu petang atau alasan berpuasa.

“Saya sebagai bekas pemain tahulah, tidak perlu hendak memberikan alasan-alasan sebegini. Punca utama kita kalah disebabkan bola sepak kita di ambang kemerosotan dan kita berada pada peringkat paling berbahaya jika kita tidak lakukan apa-apa dari sekarang.

“Saya rasa pemain tidak wajar dipersalahkan kerana mereka mengikut arahan jurulatih, apa yang saya nampak mereka tidak diberi kesempatan yang banyak untuk bermain.

“Macam mana jurulatih mahu menilai pemain jika hanya dimasukkan sekejap-sekejap dan menukar dengan pemain lain, sekiranya saya menjadi jurulatih pun, saya pasti mahu menilai daripada aspek kawalan bola, keupayaan menggelecek dan tahap penyudah di depan gawang. Ini tidak, saya nampak dia terus bereksperimen dalam setiap perlawanan.

“Pesanan saya kepada Rajagobal, selepas balik Malaysia nanti, eloklah melepaskan jawatan secara terhormat, sudah sampai masanya dia berbuat demikian, " katanya.

Apa yang MMI lihat berlaku dalam skuad bolasepak kebangsaan sama juga berlaku dalam dunia politik hari ini.Sebagai jurulatih atau bos kita boleh merancang namun yang melaksanakan perancangan itu adalah orang lain.

Bukan mudah untuk dapatkan kombinasi terbaik di antara anak buah dan ketua kerana satu kesilapan mudah ianya sudah pasti menjadi barah kepada sesiapa sahaja.

Percaya atau tidak kekalahan bolasepak turut di rasai oleh kebanyakkan peminat dan penyokong Harimau Malaya yang sentiasa memberikan sokongan malah sanggup berhabis wang ringgit dan sudah semestinya ianya sama dengan mereka yang memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Silap langkah bukan sahaja Harimau Malaya hilang dari kancah dunia bolasepak tetapi Barisan Nasional juga boleh hilang dari peta politik negara.

Ingat Rajagopal sudah di minta meletakkan jawatan !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels