Followers

Monday, 12 August 2013

Isu SURAU ~ JAIJ Telah Bertindak Tapi ...


Isu surau dijadikan sebagai tempat beribadat pengikut buddha panas sejak petang tadi.Banyak pihak melahirkan rasa kurang senang mereka dengan tindakan sedemikian.Dari pemerhatian MMI puak-puak ni langsung tak faham dan tak reti nak hormat orang Islam yang majoritinya adalah penduduk di Malaysia.MMI rasa kalau di negara luar mesti ada yang dah tergolek dok dah.Baca SINI

Berbalik kepada insiden di surau tu , ampa semua jangan susah hati sangat sebab pihak Jabatan Agama Islam Johor sebenarnya sudah pun mengambil tindakan.YES ! Sekurang-kurangnya tindakan tu cepat dan ADA TINDAKAN.

UNTUK PERHATIAN : Bagi umat Islam terutamanya di Johor usahlah bimbang dengan tindakan seseorang membenarkan SURAU di kawasan persendiriannya 'DIPINJAM' oleh Penganut Buddha/Hindu untuk melakukan 'ibadah' mereka.

Ini kerana pihak berkuasa termasuk JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR telahpun mengambil langkah segera membenteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini dengan pantas beberapa hari lalu. 

Difahamkan, pemilik tanah di Tanjung Sedili ini yang hanya dikenali sebagai SYED dan dipercayai warganegara Singapura telah melarikan diri, termasuklah SAMI yang mengetuai penganut Buddha/Hindu itu melakukan 'ibadah', setelah pihak berkuasa bertindak bersama orang-orang kampung. 

Turut difahamkan Jabatan Agama Islam akan turut membuka kertas siasatan untuk mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab ini, sambil pihak-pihak berkuasa dan jabatan-jabatan yang berkenaan akan ketempat tersebut hari ini (Isnin).sumber 

Di sebalik insiden ni sebenarnya ada cerita yang sepatutnya kita fikir dan jadikan pengajaran.

Pertamanya sudah banyak pihak langsung tidak ada rasa hormat terhadap Islam.

Keduanya pemilik tanah di Tanjung Sedili tu warganegara Singapura.

Dah la tak reti hormat sensitiviti orang dan agama Islam , lepas buat onar terus lari balik Singapura ..... Hmmm cuba pikiaq tengok !!

MMI

1 comment:

Labels