Datuk Suhaimi Ibrahim yang juga bekas setiausaha politik kepada bekas menteri Kabinet Datuk Sharizat Abdul Jalil, ditahan SPRM pada Jumaat, dan dibebaskan hari ini dengan ikat jamin RM100,000.
Beliau ditahan untuk membantu SPRM berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.
Menurut cakap-cakap di luar sana SPRM turut merampas 10 kenderaan mewah yang di katakan milik bekas setiausahah politik itu. Kenderaan itu termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Bangunan SPRM, Putrajaya.Sejauh mana kebenaran tentang kenderaan mewah terbabit MMI sendiri kurang pasti.
Menurut Timbalan Pengarah SPRM Datuk Shukri Abdul, Suhaimi ditangkap untuk membantu siasatan, dan belum didakwa lagi.
Suhaimi yang juga merupakan bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Pahang dibawa dari bangunan SPRM dengan tangan bergari ke kompleks mahkamah di Putrajaya.
Apa pun siasatan sudah di lakukan dan seperti mana kenyataan Timbalan Pengarah SPRM pendakwaan belum di lakukan jadi sama-sama kita tunggu apakah Datuk Suhaimi benar-benar terlibat atau tidak.
Bagi MMI mudah sekiranya beliau di dapati bersalah ambil tindakan yang sewajarnya dan jika tidak pasti pihak SPRM akan membersihkan nama beliau dalam sedikit masa lagi.
Dalam bab macam ni kita kena rasional sebab Anwar yang ada video tu pun boleh di bebaskan dari tuduhan jadi tak perlu ribut-ribut serahkan pada SPRM mereka tahu apa yang perlu di lakukan.
Baru-baru ini beliau mengumumkan akan bertanding Ahli Majlis Tertinggi parti pada 19 Oktober 2013.Rasanya tunggu dululah bagi selesai yang ni dulu ...
Psst betul ka kereta tu dia punya ??
MMI
No comments:
Post a Comment