MMI tak pastilah apa perjuangan puak-puak PAS ni , kalau bab kalimah Allah pun sanggup di gadaikan rasanya banyak lagi perkara yang boleh di gadaikan mereka kononnya atas nama pejuang Islam.Selama ini pun PAS bukanlah sebuah kumpulan yang benar-benar berjuang atas nama Islam malah dalam beberapa keadaan pimpinan PAs sendiri di lihat seolah-olah menjilat ludah sendiri.
Banyak fatwa dan kenyataan yang di keluarkan sebelum ini langsung tidak menunjukkan mereka konsisten dengan apa yang mereka sendiri perjuangkan.
Masih ingat bagaimana larangan di Kelantan untuk tidak membenarkan wanita mengambil bahagian dalam pertandingan tilawah Al-Quran kerana suara mereka di katakan aurat ? Namun setelah beberapa tahun kemudiannya larangan itu di tarik balik.Di manakah aurat yang dikatakan sebelum itu ?
MMI kalau bab dengar orang mengaji ni taklah sampai naik nafsu shahwat bagai..mungkin puak-puak PAS yang setuju dengan insiden dalam gerabak keretapi dan kaunseling jam 3 pagi tak boleh tahan kot !! Mengaji beb takkan kepala otak nak melayang sampai benda-benda merapu ?
Itu ok lagi , kalau yang dalam video kat bawah ni macam mana pula ? Siap menyanyi bagai , mana auratnya ?
Ada mana-mana puak PAS nak jawab tentang perkara ni ? Begitulah antara sikap puak PAS yang sanggup tutup mata demi kepentingan politik songsang mereka.
Barangkali kerana kesongsangan itulah di saat kalimah Allah yang kini sedang menantikan keputusan di peringkat mahkamah , berlaku satu insiden semalam bilamana Mujahid Yusof Rawa telah di halau oleh seorang pemilik restoran wanita yang rasanya bimbang malah tidak percaya dengan tindakan puak-puak PAS khususnya Mujahid untuk mengadakan dialog antara Islam dan Kristian.
Majlis dialog antara Islam dan Kristian anjuran Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa di sebuah restoran di Jalan Kampung Benggali di sini malam tadi kecoh apabila pemiliknya menghalau penganjur dan para peserta program berkenaan.Pemilik premis makanan itu yang merupakan seorang wanita mendakwa dirinya ditipu kerana tidak dimaklumkan tujuan sebenar orang ramai berkumpul di situ.Dialog tersebut pada mulanya dijadual berlangsung di sebuah gereja yang terletak kira-kira satu kilometer dari situ tetapi diubah lokasi pada saat-saat akhir oleh penganjur bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.Ketika Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan isterinya, Datin Zuraida Husin tiba pada kira-kira pukul 9 malam, wanita berkenaan dilihat meninggikan suara dan meminta penganjur mengosongkan tempat berkenaan menyebabkan beberapa peserta berang dan menyifatkan tindakannya sebagai biadap.Keadaan itu memaksa penganjur kembali ke lokasi asal penganjuran iaitu Gereja St. Mark.Di luar gereja pula, kira-kira 40 anggota polis dilihat berkawal bagi mengawal keselamatan.Sebelum ini, majlis berkenaan mendapat bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang membuat laporan polis kerana bimbang ada pihak tertentu menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam. - UTUSAN ONLINE
Moralnya apa yang berlaku semalam menunjukkan rakyat semakin bimbang dengan politik keterlaluan PAS yang sanggup melacurkan agama Islam sendiri demi kepentingan politik dan nafsu untuk berkuasa waima sanggup bekerjasama dengan mereka yang terang-terangan menolak Islam.
Munafiq !
MMI
Di Parit Buntar makin ramai penganut Syiah. Sebab itu PAS dapat hidup subur. Kesian arwah bapanya dulu seorang pejuang Islam, tapi anaknya kini seorang perosak Islam. Ni semua gara-gara banyak dapat habuan dari DAP. Hati pun jadi kotor.
ReplyDeleteBuat malu kat orang Perak jer!
Bila dia kata org kafir boleh guna Kalimah Allah (swt) bg merujuk tuhan tuhan mrk, mk agama apa yg dia wakili ? Islam selamanya tidak akan akur bila Allah swt disyirikkan.
ReplyDeleteJahil lagak alim, fatwa ikut suka ikut musim, kesyirikkan dibenarkan dan direstui, teguran ulama' bila tak sependapat diremehkan, ayat Quran dan Hadis pun bila tak spt kehendak mrk dipinggir diabaikan begitu sahaja.
ReplyDeleteBismillah...
ReplyDeleteAku ni tak suka sangat ngata orang...Nabi saw marah kalau umatnya mengumpat rupa paras seseorang...
Ya ...Apa kan daya...Aku insan lemah yakni Al insannu daiffah ..Hari ini aku sangat marah pada Mujahid si KATIK dan si PENGKAQ ini...harami sial...
Meracuni pemikiran Jamaah dan Ummah ! Ditakdirkan masok Neraka biar MAMPOS si Dajjal Kechil ini....
Mengikut faham aku pandangan Harun din.ia ni dah MURTAD !
..the RADAR Man...