Followers

Monday 28 October 2013

Dah Kata Dah Bukan Setakat Mat Sabu RAKYAT Pun MARAH !!! #PRKSungaiLimau


Ternyata PRK DUN Sungai Limau telah membuktikan betapa parti PAS yang selama ini mengaku sebagai yang terbaik akhirnya di TELANJANGKAN !! Sejak dari awal lagi MMI melihat PAS dan jenteranya di Sungai Limau seakan-akan gentar dengan kehadiran PRK bagi mencari pengganti Allahyarham Ustaz Azizan.

Dengan jentera Barisan Nasional yang kini semakin mantap , PAS di lihat semakin pincang sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan sendiri dengan menipu pengundi di DUN Sungai Limau.Dakyah dan penipuan ini nampaknya berterusan dengan penipuan gambar kononnya calon PAS sudah lama mesra dengan Allahyarham Ustaz Azizan.


Gambar di atas telah di cetak dalam risalah kempen parti PAS yang di edarkan di DUN Sungai Limau sedangkan hakikatnya ia adalah gambar PALSU yang telah di ubah suai.Berikut merupakan gambar asal yang sebenarnya melibatkan gambar 2 orang wartawan daripada SINAR.


Gambar asal memaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhammad Mat Yakim bersama Ketua Biro Utara, Mohd Idros Mohd Ali bertemu Azizan di pejabatnya pada 25 Mei 2011.

Serentak dengan itu PAS kemudiannya telah mengaku bahawa gambar tersebut adalah PALSU dan sedang menyiasat bagaimana ianya boleh berlaku.

Paling menarik mudah ja puak-puak ni menyalahkan pereka grafik sedangkan kalau diikutkan dari penerangan wakil PAS tersebut setiap profil yang siap akan di serahkan kepada pihak lain bagi tujuan penambaikan , edit dan sebagainya.

Alo brader itu COVER LINE !! Memang ampa nak keluarkan pun !! Tapi bila dah KANTOI biasalah kena ada KAMBING HITAM untuk di salahkan.

Apa pun hanya pengundi di DUN Sungai Limau sahaja yang mampu mengajar puak-puak ini dan ianya mampu di jadikan sebagai PENGAJARAN paling berguna kepada parti PAS supaya lain kali jangan suka MENIPU..

Dah jadi perangai macam puak-puak cauvinis DAP dah MMI tengok !!!!!!!!

MMI

1 comment:

  1. Tolong sebarkan demi kebenaran.

    Yang jadi masalah kepada orang melayu ini adalah mereka sangat mudah percaya kepada orang yang mangaku dirinya " Ustaz ".

    Berita dalam Harian Metro : Seorang Ustaz dari Kemboja datang kutip derma dari orang melayu di Malaysia konon nak buat surau dan mesjid, dan konon nak bantu orang miskin di Kemboja. Tahu2 dia bina banglo macam istana di sana. Tak apa lah setidak2nya orang melayu yang menderma tu dapat juga pahala kerana menolong Ustaz itu membina istana untuk keselesaan diri dan anak isteri dia.

    Berita PRK DUN Sungai Limau : Calon Pas seorang yang bergelar Ustaz. Ustaz mana boleh menipu, Ustaz mana boleh cakap bohong. Tapi Ustaz calon Pas ini bukan tipu setakat satu dua orang sahaja, malah dia berani dan tergamak menipu beribu2 orang melayu pengundi Sungai Limau dan beratus ribu orang2 melayu Pas seluruh Malaysia melalui gambar yang memaparkan pertemuan dia dengan arwah Ustaz Azizan di pejabat MB semasa Ustaz Azizan jadi MB Kedah. Pada hal dalam gambar tu hanya kepala sahaja adalah milik Ustaz Azam calon Pas ini sedangkan badan adalah milik orang lain. Benda ini bukan fitnah, tapi telah diakui oleh Pengarah Pilihanraya Pas iaitu Ir Amirudin. Sekarang satu negara dah tahu Ustaz Pas tak boleh dipercayai, sanggup menipu untuk nak menang pilihanraya.

    Tak tahu lah kalau orang Sungai Limau masih lagi mempercayai Ustaz Pas ???????????

    Ana Muslimah

    ReplyDelete

Labels