Followers

Wednesday 30 October 2013

Siapa Lebih Mulia FAKTA Atau AUTA ?? #PRKSungaiLimau


Seluruh kawasan DUN Sungai Limau hari ini gegak gempita dengan salakan macai-macai pembangkang yang tak sabar-sabar nak sebarkan maklumat tentang Tan Sri Muhyiddin yang telah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan berkenaan kenyataannya yang di dakwa menghina bekas menteri besar Kedah itu.

Di beritakan jalan-jalan di sepanjang kawasan di Sungai Limau sesak dengan motorsikal yang bergerak laju ke setiap bilik-bilik gerakan PAS untuk mewar-warkan berita tersebut.Malah sms di hantar bertalu-talu kepada penduduk dan pengundi di DUN Sungai Limau memaklumkan tentang apa yang berlaku.

Dan selebihnya di khabarkan jentera-jentera PAS sudah tak sabar-sabar lagi nak tunggu tibanya waktu malam kerana pentas-pentas ceramah malam ini akan di isi dengan berita permohonan maaf daripada Timbalan Perdana Menteri yang dah melakukan kesilapan.

Ish ish sampai macam tu sekali puak-puak ni punya seronok !!

Oh ya , MMI nak tanya ampa semua ada dak dengaq-dengaq cerita yang calon PAS di Sungai Limau MOHON MAAF tentang penyebaran gambar "superimposed"nya dengan Allahyarham Ustaz Azizan ? 

Rasanya sampai ke hari ini tidak ada sebarang permohonan maaf di lakukan oleh beliau malah boleh pula dengan BANGGA mengeluarkan kenyataan seperti berikut ,
"Perkara itu (risalah kempen) telah pun dijelaskan oleh kepimpinan. Apa yang penting sebenarnya maklumat berkaitan diri saya, pengalaman, kerjaya dan sebagainya adalah benar.Baca Sini  
Habis macam mana dengan penipuan gambar tersebut ? Bukan MENIPU ka tu ???????????

Inilah sebenarnya sikap dan perangai orang-orang kita (Melayu) mereka sangat mudah percaya kepada orang yang mangaku dirinya " Ustaz ".

Berita dalam Harian Metro : Seorang Ustaz dari Kemboja datang kutip derma dari orang melayu di Malaysia konon nak buat surau dan masjid, dan konon nak bantu orang miskin di Kemboja. Tahu2 dia bina banglo macam istana di sana. Tak apa lah setidak2nya orang melayu yang menderma tu dapat juga pahala kerana menolong Ustaz itu membina istana untuk keselesaan diri dan anak isteri dia.

Berita PRK DUN Sungai Limau : Calon Pas seorang yang bergelar Ustaz. Ustaz mana boleh menipu, Ustaz mana boleh cakap bohong. Tapi Ustaz calon Pas ini bukan tipu setakat satu dua orang sahaja, malah dia berani dan tergamak menipu beribu2 orang melayu pengundi Sungai Limau dan beratus ribu orang2 melayu Pas seluruh Malaysia melalui gambar yang memaparkan pertemuan dia dengan arwah Ustaz Azizan di pejabat MB semasa Ustaz Azizan jadi MB Kedah. 

Pada hal dalam gambar tu hanya kepala sahaja adalah milik Ustaz Azam calon Pas ini sedangkan badan adalah milik orang lain. Benda ini bukan fitnah, tapi telah diakui oleh Pengarah Pilihanraya Pas iaitu Ir Amirudin. Sekarang satu negara dah tahu Ustaz Pas tak boleh dipercayai, sanggup menipu untuk nak menang pilihanraya.

Tak tahu lah kalau orang Sungai Limau masih lagi mempercayai Ustaz Pas ???????????

Sekarang jom kita bandingkan siapa yang lebih mulia keperibadian diri diantara mereka.

Kes 1. 

TS Muhidin Yasin bukan ustaz pun tapi mudah saja minta maaf kepada keluarga Ustaz Azizan atas kenyataan beliau berkaitan gula dan kencing manis, pada hal beliau sendiri tak pasti sama ada sebut atau tidak perkara yang dibangkitkan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz tapi liat mahu minta maaf atas keslahan menipu orang2 melayu dalam DUN Sungai Limau dalam isu gambar superimposed, pada hal kepimpinan tertinggi Pas Kedah mengakui bahawa gambar itu " memang superimposed ".

Kes 2.

Datok Chua Soo Lek juga bukan seorang ustaz malah bukan penganut islam pun, tetapi beliau dengan senang hati mengaku kepada media (surat khabar dan tv) bahawa " lelaki dalam gambar bersama dengan seorang perempuan cina dalam bilik hotel itu adalah dirinya dengan berkata " saya mengaku, lelaki dalam gambar itu adalah saya " dalam isu fitnah skandal sex beliau satu masa dulu semasa masih sebagai Menteri Kesihatan.

Calon Pas Mohd Azam adalah seorang ustaz malah seorang penganut islam lagi tapi liat mahu mengaku bahawa beliau sebenar tidak ada bersama dalam pertemuan dengan Ustaz Azizan seperti yang disiarkan dalam gambar risalah kempen Pas dalam isu gambar superimposed.

Saya ada 2 versi jawapan :

Jawapan pertama : Kalau orang itu penyokong Umno maka dia akan kata " Sudah tentu TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada Ustaz Mohd Azam berdasar kepada fakta ".

Jawapan kedua : Kalau orang itu penyokong Pas maka dia akan kata " Sudah tentu Ustaz Mohd Azam adalah lebih tinggi keperibadiannya daripada TS Muhyidin Yasin dan Datok Chua Soo Lek kerana Mohd Azam walau pun telah terbukti menipu tetapi dia adalah seorang ustaz ".

Ulasan saya adalah : Jawapan pertama adalah berdasarkan kepada FAKTA , manakala jawapan kedua adalah berdasarkan kepada AUTA.

Pengundi2 dalan DUN Sungai Limau boleh memilih sama ada FAKTA atau AUTA pada 4 Nov 2013. Apa juga pilihan pengundi DUN Sungai Limau, itu adalah CERMINAN KUALITI OTAK orang2 melayu di Sungai Limau.

#Berani Hijrah atau terus PARAH !!!

kredit to Ana Muslimah

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels