Gambar Hiasan |
Punggah !! Betoi ka ada susu tin hilang dalam kejadian curi di sebuah kedai runcit semalam ? Hah tu dia ada kena mengena dengan insiden di Sungai Limau ka ni ? Jom baca tengok..
Pemilik sebuah kedai runcit di Parit Buntar kerugian lebih RM1,000 selepas premisnya dipecah masuk pencuri.
Ooi Kim Leng, 56, berkata, sewaktu hendak memulakan perniagaan pada jam 8 pagi kelmarin, dia terkejut mendapati bumbung kedainya pecah dan keadaan dalam kedainya berselerak.
“Sewaktu melangkah masuk, saya hairan mendapati cahaya matahari masuk ke dalam kedai dan terkejut mendapati bumbung kedai saya ditebuk.
“Menyedari ada tanda-tanda kedai dipecah masuk, saya segera memeriksa tempat menyimpan wang dan rak menyimpan rokok namun hampa setelah mendapati kesemuanya lesap dilarikan pencuri,” katanya sewaktu ditemui media di kedainya di Taman Pekan Baru, di sini kelmarin.
“Peliknya, tiada sebarang harta benda bernilai dikenal pasti dilarikan pencuri terbabit melainkan beberapa botol minuman keras yang berselerak di atas lantai premis itu.Baca Selanjutnya
Uihh di Parit Buntar sana noo..Jauh sangat kalau nak mencuri di sana untuk bawa sampai ke Sungai Limau ni !! Tapi kata orang kalau dah nekad macam-macam boleh buat.
Tapi ampa jangan risau insiden kecurian di Parit Buntar tu tak ada kena mengana dengan pilihanraya di Sungai Limau cumanya tindakan pencuri tu , pecah masuk tempat orang lepas tu main ikut suka ja nak ambik barang orang .. Ish dah semacam puak-puak pembangkang di Sungai Limau main ikut sedap mulut ja MENIPU !!
MMI
No comments:
Post a Comment