Dengar khabarnya Tun M sudah berada di Wad A 457, Institut Jantung Negara (IJN) semenjak pagi Sabtu yang lalu disebabkan sakit dada. Tiada pelawat dibenarkan melawat menemui Tun M disebabkan mahu memberikannya lebih masa berehat. Alhamdulillah, hari ini beliau semakin sihat dan kelihatan lebih ceria. Rehatlah Tun...
Tun M ni sebenarnya penat. Penat memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan berusaha memertabatkan negara walaupun sudah bersara 10 tahun daripada jawatan rasminya. Pandangan dan idea beliau yang sentiasa mahu didengar oleh dunia membuatkan Tun letih yang teramat, tidak cukup rehat disebabkan komitmen teruknya bekerja. Lebih teruk bebannya berbanding dengan Menteri yang masih berada dalam kabinet sekarang. Kesian Tun...
Semoga Tun sihat dan pulih seperti sedia kala.
KAMI SAYANG TUN...
MMI
No comments:
Post a Comment