Followers

Wednesday 20 November 2013

Bekas Ahli DAP , RAZALI Anggap PAS Hanya Bersandiwara !!


Pas dianggap hanya bersandiwara apabila berterusan mendesak Pengerusi DAP, Karpal Singh memohon maaf selepas didakwa berbohong menafikan kenyataannya meminta pendaftaran parti tersebut dibatalkan.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, ketegasan sedemikian cuba ditonjolkan oleh calon-calon yang akan bertanding dalam Muktamar Pas Ke-59 pada 22 November ini bagi meyakinkan para perwakilan seterusnya meraih undi mereka.

Menurutnya, beliau yakin isu berkenaan akan senyap selepas muktamar tersebut.

"Sejak bila Pas berani mempersoalkan Karpal dan DAP sedangkan sebelum ini pelbagai tindakan pemimpin DAP yang menyakiti perasaan umat Islam, Pas hanya berdiam diri?

"Sejak bila pula Pas mempercayai cakera padat (CD) sedangkan pemimpin Pas pernah berkata semua itu besi kerana tidak mempunyai mata dan telinga?

"Bagi saya ini merupakan satu sandiwara terbaharu yang dimainkan oleh Pas terutama calon-calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti, minggu ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kalau melihat dari segi lagaknya pemimpin PAS sekarang bukan main malah jauh lebih hebat dari segala segi.Jika sebelum ini di lihat DAYUS kini tidak lagi , dengan keberanian yang ada MMI yakin Guan Eng mahupun Karpal sekalipun akan tunduk dengan telunjuk PAS.

Tapi ada sesuatu yang harus PAS BUKTIKAN !! Jangan bercakap dan bergebang sahaja kerana sejarah telah tercatat pimpinan PAS akan terkencing dalam seluar tatkala pemimpin DAP bersuara.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels