Followers

Friday 22 November 2013

Empat Wakil Sayap UMNO DiLantik Ahli MT TAHNIAH @azwanbro @ZahidaZarik


Empat wakil daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, kata Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka adalah Naib Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Azizah Mohd Dun; Datuk Rosni Sohar (Penolong Setiausaha Wanita), Khairul Azwan Harun (Naib Ketua Pergerakan Pemuda) dan Zahida Zarik Khan (Naib Ketua Pergerakan Puteri).

Khairul Azwan Harun

Zahida Zarik Khan

Najib pada masa sama mengumumkan, tujuh lagi kerusi MT diberikan kepada menteri-menteri besar atas dasar jemputan parti.

“Mesyuarat juga mengesahkan penerusan penyandang jawatan Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan juga dikekalkan.

“Kuasa Presiden adalah untuk melantik 9 orang lagi selain daripada nama yang disebutkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT malam tadi.

Ia merupakan mesyuarat MT pertama selepas pemilihan parti berlangsung 19 Oktober lalu.

Mesyuarat tersebut turut membincangkan mengenai persiapan Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan awal bulan hadapan.

Tahniah kepada yang di lantik teruskan gerak kerja sebaik mungkin !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels