Followers

Monday 11 November 2013

Hati-Hati Ada Kemungkinan Puak Syiah Bertukar Jadi PELAMPAU !!

Gambar Hiasan
Insiden pembunuhan seorang Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang di kediamannya semalam merupakan satu lagi gerakan yang kemungkinannya di lakukan oleh pelampau agama.Modus operandi kejadian tembakan itu sedikit sebanyak di kaitkan dengan usaha berterusan si mangsa yang mengetuai operasi gempur sarang Syiah di Keratong dan dilaporkan berjaya. Tidak sahaja sarang Syiah dimusnahkan, bahan-bahan bercetak untuk disebarkan, turut dimusnahkan.

Walaupun banyak pihak yang boleh disyaki, namun 'cap jari' Syiah dalam kes ini amat jelas. Penggempuran yang dilakukan oleh Raflie telah menyebabkan Syiah sukar bergerak dan bernafas di Pahang. Pada masa yang sama, Raflie turut memberikan masalah kepada ketua-ketua kongsi gelap Cina yang menguasai industri hiburan di seluruh Pahang menerusi operasi-operasi yang dijalankannya bersama-sama dengan PDRM.Baca Selanjutnya  

Jika melihat kepada catatan di atas tidak mustahil ianya melibatkan pelampau-pelampau agama yang kini nampaknya semakin agresif sehingga sanggup melakukan pembunuhan.

MMI bukan menuduh tetapi berdasarkan perkiraan kejadian tembakan tersebut.

Perlu diingat kejadian-kejadian yang hampir sama pernah berlaku di beberapa negara luar dan ianya sampai kepada tahap guru-guru agama dan mereka yang tidak sehaluan dengan pegangan pihak-pihak tertentu akan menjadi mangsa.


Ini di perkuatkan lagi dengan AMARAN yang telah di berikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa pasukan polis akan bertindak tegas terhadap pengikut Syiah di negara ini yang bertukar menjadi pelampau atau kumpulan militan.

Khalid berkata, polis akan menggunakan peruntukkan undang-undang sedia ada sekiranya kumpulan berkenaan terlibat dalam aktiviti yang menggugat ketenteraman awam. - UTUSAN ONLINE

MMI menyokong penuh AMARAN yang telah di berikan dan ini memberikan gambaran kepada kita bahawa pasukan polis sentiasa memantau setiap gerak laku mereka-mereka yang di kenal pasti mampu mendatangkan bahaya kepada rakyat dan negara.

Teruskan PDRM !!

Psst Pelampau ? Militan ? Huh bahaya oo ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels