Followers

Wednesday, 27 November 2013

Jangan Sampai UNDERWEAR Kita Depa LONDEH !!!

Gambar Hiasan
MMI rasa dah banyak kali kita dengar tentang isu pencerobohan Singapura terhadap negara Malaysia.Semenjak itu jugalah kita masih dengan sikap diplomasi mengharapkan pihak yang menceroboh agar sedar kesilapan mereka dan tidak lagi menceroboh.

Kadang-kadang tindakan tegas perlu juga di ambil bagi memberi pengajaran kepada pihak yang keras kepala macam ni.Lagi pun jangan baik sangatlah puak-puak yang selalu dok buat kerja tu bukannya suka dengan kita.

Kalau tidak pulau Temasek tu tak minta keluar lah ! 

Dalam tempoh 5 tahun ini, Singapura semakin kerap menunjukkan keberanian dan kurang ajarnya dengan campurtangan dalam hal-hal politik Malaysia. 

Antara persoalan lain ialah mengapakah syarikat enjin internet terbesar Google telah dipindahkan operasinya ke Singapura? Atas alasan bisnes atau alasan pengintipan? Beberapa syarikat berkaitan seperti Waze yang berasal dari Israel juga perlu diperhatikan? 

Negara Thailand antara negara yang memahami aspirasi Singapura apabila Temasek Holding berusaha untuk membeli syarikat telekomunikasi milik mantan Perdana Menteri Thaksin Sinawatra. Bukan sahaja rakyat Thai menghalau Temasek Holding, malah Thaksin turut dihalau hingga ke hari ini!

AIDC pernah mendedahkan tiga nama Diplomat asing (Singapura) yang menceroboh hal ehwal negara kita. Bagaimana mereka boleh bertindak jika tanpa maklumat eksklusif ataupun bahasa mudahnya maklumat intip. 


Apakah tindakan yang telah dibuat ke atas mereka di atas? Bagaimana mereka mendapat arahan? Arahan dan maklumat siapakah yang beri? Sudah tentu benar laporan  Edward Snowden mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Singapura boleh terus membeli air dari Malaysia, kerana kita faham sekiranya satu atau dua bekalan air Singapura yang bergantung harap air dari Malaysia dipotong, dalam tempoh dua tiga jam sahaja kilang-kilang industri di Singapura akan kerugian berjuta-juta Dollar Singapura.

Kita faham jika Singapura menjadi pelabur besar dalam Iskandar Malaysia kerana mereka (Temasek Holding) mempunyai simpanan wang dua kali ganda berbanding Khazanah Holding.

Namun, apabila Singapura mula mengintip SELUAR DALAM Malaysia, kita mesti potong mereka habis-habisan, tidak kisahlah kalau suami KSU MITI warga Singapura atau tidak kisahlah kalau Lim Guan Eng akan mempertahankannya.sumber 

Bila sebut soal intip ni teringat MMI tentang isu anak si Nuar yang baru-baru ni persoalkan tentang anggota keselamatan Malaysia di luar negara.

Apa dia ni pun pengintip juga ka ?? Rasanya pihak berwajib perlu juga intip SELUAR DALAM dia , mana tau kan !!! Baca Sini 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels