Followers

Wednesday, 25 December 2013

19 Di Tahan Sempena KRISMAS !!


Keghairahan puluhan pelanggan dua kelab menyambut Krismas dengan melanggan GRO terbantut apabila diserbu Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Pekan Baru Klang, di sini, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira 10.30 malam yang diketuai Asisten Superintendan Shukri Abdullah itu, 19 GRO warga asing bersama tiga lelaki termasuk seorang warga asing berusia 18 hingga 30 tahun ditahan. 

Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, kegiatan pelacuran itu ditawarkan pada kadar RM150 hingga RM500 seorang. 


"Pasukan D7 menyerbu dua buah kelab ini secara serentak dengan kekuatan enam pegawai serta 15 anggota.

"Ketika serbuan, pelanggan sedang rancak berhibur serta ada kalangan GRO sedang melayan pelanggan yang mendapatkan khidmat mereka," katanya.

Rohan berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan dan dokumentasi.metro 

Boleh di katakan setiap kali musim perayaan pasti ada saja tangkapan seumpama ini malah ianya tidak pernah berkurangan.Apa pun MMI ucapkan tahniah kepada pasukan Polis yang bertugas kerana menjalankan tanggungjawab membanteras kegiatan tidak bermoral ini.

Sekurang-kurangnya mereka bertindak daripada sesetengahnya yang hanya pandai mengutuk dan mencerca pasukan Polis kita.

Cuma terfikir berapa ramai agaknya mereka yang sebangsa dengan MMI hanyut sempena sambutan krismas ini ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels