Followers

Sunday, 22 December 2013

GST Pembangkang Main Tuduh Ja !!


Dakwaan pembangkang mengenai perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan membebankan rakyat tidak berasas dan hanya sekadar bersifat menentang setiap rancangan kerajaan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar).

Beliau berkata dakwaan tersebut akan menjadi tidak relevan apabila cukai tersebut dilaksanakan pada April 2015.

"Saya melihat peranan pembangkang ini hanya menentang pembangunan dan rancangan oleh kerajaan yang mana akhirnya pembangunan ini mendatangkan manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

"Mereka (pembangkang) menentang pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lebuhraya Utara-Selatan, Putrajaya, KLCC dan sebagainya. Tapi sekarang, adakah mereka masih menetang projek-projek ini?

"Jadi apa yang penting pada saya, jika dia (pembangkang) mahu bising, bisinglah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Wakaf anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pelancaran sebuah buku oleh Pakatan Rakyat yang bertajuk "Faham GST, tolak GST" yang dikhuatiri bakal mengelirukan rakyat mengenai perlaksanaan sistem percukaian tersebut.sumber 

Sebelum itu kepada yang masih kurang faham atau memerlukan sedikit pencerahan berkaitan GST bolehlah baca artikel berkaitan di SINI 

Untuk makluman puak pembangkang ni bukan ada keja lain kira bangkang ja keja dia sampaikan GST pun depa nak spin tapi ampa kena tau juga dalam puak-puak tu membangkang mereka lagi terok perangainya.RAKUS !! Baca SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels