Followers

Friday 31 May 2013

GST ~ BEBAN RAKYAT Atau BEBAN...... ?? MESTI BACA !!!


Seperti yang MMI janjikan entri ini bakal menceritakan tentang apa itu GST.Sebelum ini MMI ada bagi preview sikit tentang isu GST ni kerana kebanyakkan yang berbicara tentang GST ini sebenarnya langsung tidak memahami apa itu GST sebenarnya.Klik Sini 

Malah dalam tinjauan MMI sendiri terdapat mereka-mereka di luar sana yang hanya mendengar perbualan dan cakap-cakap dari satu meja ke satu meja sedangkan hakikatnya mereka sendiri kosong tentang perkara sebenar.

Sebagai permulaannya kita harus terlebih dahulu memahami apa itu GST !!

GST atau maksud penuhnya Goods & Services Tax atau dalam bahasa Melayunya Cukai Barangan & Perkhidmatan adalah  sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Ianya juga adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:-

Cukai terselindung

Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan.

Cukai bertindih

Cukai bertindih (double taxation) berlaku di dalam dua keadaan iaitu:-

1. Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.

Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

2. Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan.

Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna. 

Kepada yang kurang arif tentang cukai pasti agak pening dengan penjelasan di atas namun MMI sarankan agar ampa semua terus membaca sekurang-kurangnya sebagai rakyat kita dapat mengetahui sejauh mana GST ini dapat membantu rakyat dan juga negara.

Jika dikira pandangan sesetengah pihak yang mungkin pro kepada pembangkang sudah pasti akan ada yang berkata sekiranya di sebut perkataan cukai maka ianya merupakan beban maka sudah tentu beban ini akan berakhir di tangan pengguna di mana pengguna itu adalah rakyat dan sudah pasti rakyatlah yang akan menerima kesan daripada pelaksanaan GST.

Namun sejauh mana maklumat tersebut benar-benar tepat ?? Teruskan membaca...

Manfaat serta-merta

Rakyat dapat merasakan manfaat serta-merta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan menikmati harga lebih murah untuk pelbagai jenis barang.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, antaranya rakyat hanya perlu membayar GST empat peratus ketika menjamu selera di restoran makanan segera berbanding cukai perkhidmatan lebih tinggi dikenakan sekarang.

Kos perniagaan lain juga berkurangan selepas GST menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kerana restoran berkenaan tidak lagi perlu membayar cukai jualan atas pembelian meja, kerusi dan kemudahan lain. Dengan pelaksanaan GST, peniaga boleh menawarkan harga yang lebih murah hasil penjimatan daripada pembayaran cukai.

Kamariah berkata, pelaksanaan GST memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah. GST akan menurunkan IHP tetapi ini tidak bermakna IHP mesti turun selepas GST dilaksanakan kerana jatuh naik IHP turut dipengaruhi faktor lain.

Beliau memberitahu, bukan semua harga barang akan menurun selepas GST diperkenalkan dan terdapat barang tertentu yang akan mengalami kenaikan atau kekal pada harga asal.

Menurutnya, panduan pengguna akan diterbitkan supaya orang ramai mengetahui impak pelaksanaan GST kepada 350 jenis barang supaya peniaga menurunkan harga barang tersebut pada kadar yang sesuai. Harga untuk minuman berkarbonat umpamanya akan menurun selepas GST menggantikan SST dan kami mahu peniaga menyelaraskan harga secara berpatutan.

Kamariah berkata, kerajaan pada masa sama juga akan berbincang dan memujuk pasar raya besar di negara ini supaya mengekalkan harga lama jika harga barang berkenaan meningkat selepas GST diperkenalkan. Mereka meminta pasar raya menyerap perubahan harga yang disebabkan oleh pelaksanaan GST. Adalah penting supaya pasar raya besar tidak menaikkan harga kerana terdapat juga peruncit yang membeli barang secara pukal daripada mereka untuk dijual semula di tempat lain.

Kamariah berkata, pendapatan cukai kerajaan melalui GST pada kadar empat peratus adalah kurang berbanding perolehan SST lalu mendorong kerajaan mengambil langkah lain untuk menampung kekurangan yang bakal berlaku. Beliau menegaskan, dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara.

GST tidak sebabkan harga barang naik

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar jangkaan sebanyak empat peratus, tidak akan menyebabkan harga barangan naik berdasarkan imbangan (offset) penghapusan cukai jualan dan perkhidmatan.

Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain berkata, secara logiknya dengan pelaksanaan GST pengguna hanya perlu membayar cukai sebanyak empat peratus berbanding lima peratus bagi cukai perkhidmatan sebanyak lima peratus dan jualan sebanyak 10 peratus.

Pelaksanaan GST adalah bersifat progresif memandangkan jangkaan peratusan yang akan dikenakan adalah pada kadar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan sekarang. Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia. GST tidak membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.

GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

GST tidak membebankan

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan rakyat khususnya di luar bandar.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah , Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata , sebaliknya kadar empat peratus yang dijangka dikenakan itu lebih rendah berbanding cukai jualan dan perkhidmatan pada masa ini. Kabinet sudah putuskan dan ini satu langkah yang tidak membebankan rakyat kerana langkah ini telah diperincikan beberapa kali. Ia supaya tidak ada ketirisan dari segi pungutan hasil yang sepatutnya menjadi hasil kepada negara.


Cukai GST sekitar 4%

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka hanya sekitar empat peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara lima hingga 10 peratus selama ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah. Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.

Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST. Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan.

Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam. GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.

GST: Naik harga kena tindakan

Kerajaan mempunyai Akta Anti Mengaut Keuntungan Berlebihan sebelum pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikuatkuasakan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, akta itu penting bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti mengambil keuntungan berlebihan oleh para peniaga.

Akta yang akan dibentangkan itu nanti adalah salah satu cara kerajaan melindungi pengguna jika terdapat peniaga bertindak menaikkan harga (dengan kadar cukai lama SST) dan menaikkan harga sesuka hati selepas GST diperkenalkan. Husni berkata, pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

Beliau menambah, GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia. Husni menolak tanggapan ramai bahawa GST membebankan rakyat kerana pengecualian diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas

Katanya, pelaksanaan GST juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. Ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar GST.

Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran profesional. Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang buat rakyat dan kerajaan.

Kajian mendalam GST jaga kesejahteraan rakyat

Kerajaan menjalankan kajian mendalam dan komprehensif berkaitan rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi memastikan ia tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, dalam masa sama, kajian seumpama itu penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang mempunyai daya saing.

Kerajaan telah membuat kajian mendalam, matlamat kita adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan Rang Undang-Undang berhubung pengenalan GST yang telah dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

Ahmad Husni berkata, kerajaan merancang mengenakan GST pada kadar empat peratus. Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sebanyak 143 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit.

Ujar Ahmad Husni. dalam kelompok negara ASEAN, selain Malaysia, hanya Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkan GST. Kerajaan katanya, menjangka pendapatan tahunan negara akan meningkat sebanyak RM1 bilion dalam tempoh masa setahun selepas GST diperkenalkan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kajian komprehensif GST

Kerajaan telah menjalankan kajian yang agak lama dan komprehensif mengenai rancangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata, kajian itu penting bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat di samping memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara kompetitif.

Kerajaan telah membuat kajian yang mendalam...matlamat kerajaan adalah untuk menjaga kesejahteraan rakyat bukan membebankan rakyat.

Seperkara yang harus kita semua faham adalah kerajaan sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik buat rakyat malah sebagai sebuah negara yang kini sedang memacu kearah negara maju sudah semestinya rakyat adalah sebahagian daripada perkara utama yang menjadi keutamaan kerajaan.

MMI akui akan ada pro dan kontranya dalam pelaksanaan GST namun percayalah kerajaan sedang berusaha untuk menyeimbangkan kek ekonomi yang hari ini nampaknya agak berat sebelah kerana secara kasarnya kita sendiri dapat melihat siapa sebenarnya yang mendapat manafaat daripada apa yang dilaksanakan sebelum ini.

Jangan lupa tentang siapa yang menguasai ekonomi sekarang .... Melayu ? Cina ? India ?

Baca juga di SINI & SINI 


MMI.

No comments:

Post a Comment

Labels