Followers

Sunday 1 December 2013

Kenapa PAS Yang Kelam Kabut ??


Yang di lantiknya Ustaz Kazim Elias , bukannya Nik Ajiz ka ! Mahfuz ka ! atau mana-mana pemimpin tegar PAS yang lain.Malah yang melantiknya adalah UMNO bukannya MIC , MCA dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional.

Paling tak boleh belah bukannya PKR dengan DAP yang lantik Ustaz Kazim !! Yang nak bising sangat tu kenapa ???

Ohh sebab katanya Ustaz Kazim ahli PAS !!

Hahahaha yang selama ni ampa dok kutuk dia tu apa dia ?? Masa di Sungai Limau siap ugut bagai , teguran dia ada ampa ambil kisah selama ni ??? 

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad (gambar) berkata sejarah membuktikan betapa teguran, pandangan dan suara ahli agama terhadap Umno tidak menjadi keutamaan oleh parti itu malah hanya dipandang sepi.

"Umno bukan impikan orang beragama. Mereka hanya memperkudakan golongan terbabit untuk berhadapan dengan hujah PAS semata-mata.  Lepas tu dibuang bagaikan sampah," katanya ketika berceramah di Markaz PAS Pongsu Seribu, di sini semalam. 

Perlantikan individu berlatarbelakangkan agama ke dalam Umno bukan bertujuan sebagai penegur atau pemandu perjalan parti Melayu itu tetapi dilihat lebih kepada sebagai 'ayam sabung' untuk melawan PAS.

Laaa yang ampa sakit hati sangat ni kenapa ?????

Mengulas perlantikan pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno semalam , Idris berkata perkara itu bukan sesuatu yang pelik malah sudah dijangka kerana Ustaz Kazim dalam ceramahnya sebelum ini banyak kali tampil dipentas ceramah anjuran UMNO dan mengkritik PAS secara terbuka.

"Sudah terang lagi bersuluh apa yang Ustaz Kazim buat.  Kita tidak payah bersusah meneka siapa dirinya, " katanya lagi.

Mengulas lanjut beliau berkata, kemasukan Ustaz Kazim ke dalam Umno itu langsung tidak memberi kesan kepada PAS sebaliknya lebih menyenangkan PAS untuk meneruskan siri dakwahnya kepada Ummah tanpa diganggu oleh 'individu yang mengakui PAS'.

Menurut beliau lagi, hakikatnya individu berlatarbelakang agama apabila menyertai Umno akan hilang serinya dan akan tenggelam dibawa arus.

Ayat yang terakhir inilah sebenarnya yang MMI paling suka..Inilah sebenarnya BUKTI bahawa PAS adalah MALAUN.

Mereka sebenarnya tergugat dengan perlantikan tersebut dan seperti yang MMI ulas sebelum ini ianya adalah sebahagian daripada agenda dan gerakan mereka untuk memastikan hanya PAS sahaja yang kekal sinonim dengan peranan ulama walaupun ulama dalam PAS hanyalah sekadar melukut di tepi gantang.

Apa pun yang berlaku fokus rakyat mesti di lencongkan kerana ia amat penting supaya UMNO terus di lihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan Bangsa !! 

Baca ulasan MMI sebelum ini di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels