Followers

Wednesday, 4 December 2013

#PAU2013 Blogger Pembangkang Pun SAYANGkan UMNO !!!


MMI teringat satu perbualan bersama seorang saudara terdekat beberapa ketika dulu yang pernah menyatakan bahawa dalam beberapa perkara yang kita lakukan sudah pasti sebagai seorang manusia kita tidak akan dapat lari dari melakukan kesilapan atau kesalahan.

Untuk itu kita perlu sedia menerima teguran malah dalam keadaan-keadaan tertentu tidak salah kalau kita di cap meniru asalkan perkara yang di tiru itu mendatangkan kebaikan buat diri dan semua pihak.

Itulah antara ayat yang masih MMI ingat dan kebetulan dalam PAU13 kali ini berlaku sedikit apa yang MMI labelkan sebagai kesilapan.

Kesilapan yang MMI maksudkan adalah kedudukan kalimah Allah di pintu gerbang masuk ke PWTC yang sepatutnya berada di sebelah kanan.(lihat gambar di atas)

Berikutan kesilapan itu maka ramailah yang tampil menegur pihak pengurusan termasuklah blogger pro pembangkang seperti mana di printscreen atas.

Malah blogger tersebut menulis dan menegur kesilapan itu hari ini dengan melihat kepada tarikh yang tertera di gambar.

Inilah yang MMI maksudkan bahawa blogger pembangkang pun sebenarnya SAYANGKAN UMNO !!

Si penulis sanggup menghabiskan masa semata-mata untuk menegur kita dengan harapan supaya kesilapan itu di perbetulkan.

Barangkali blogger tersebut tahu dan sedar hanya UMNOlah yang sebenarnya MAMPU mengangkat martabat orang-orang Melayu dan agama Islam di Malaysia.MMI bukan sengaja mereka cerita tetapi agakkan sebab itulah MMI gunakan perkataan BARANGKALI.

Apa pun terima kasih MMI ucapkan kepada blogger terbabit malah tindakan itu barangkali menunjukkan betapa si penulis begitu prihatin dengan persidangan terbesar orang-orang Melayu dan Islam dalam parti UMNO.Malah mungkin beliau lebih percaya perjuangan UMNO daripada pembangkang sendiri.Sekali lagi agakkan MMI.

Namun ingin MMI jelaskan isu kesilapan tersebut sudah pun di selesaikan apabila pihak pengurusan ibu pejabat sudah pun mengambil tindakan segera dengan mengubah kedudukan kalimah Allah yang pada awalnya tersilap ke kedudukan yang sepatutnya.

Dan tindakan ini telah pun dilakukan dengan kadar segera semalam 3 Disember 2013 hari Selasa. 


Cuma MMI sedikit hairan kenapa agaknya si blogger terbabit mengeluarkan artikel yang MMI anggap sebagai teguran beliau pada 4 Disember sedangkan perkara tersebut sudah pun di selesaikan pada 3 Disember ??

Apakah ada niat yang tidak baik si blogger untuk menunjukkan kepada rakyat betapa UMNO itu parti yang tidak Islamik ??

Ish ish tangan MMI ni celupar pula , kita jangan sesekali menuduh orang lain tanpa kita mengetahui isi hatinya dan mungkin tindakan si blogger itu kerana CINTA dan SAYANGnya kepada parti UMNO.

Apalah MMI tuduh-tuduh orang ni !! Maaf ya tak ada niat pun mungkin sebagai manusia biasa MMI juga tak dapat lari dari melakukan kesilapan.

Jadi terima kasih sekali lagi buat si blogger kerana teguran yang baik serta membina tu !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels