Followers

Tuesday, 3 December 2013

PAU2013 Melayu Perlu Di PERKASAKAN !!!


PAU2013 secara rasminya bermula hari ini dan sudah semestinya seperti tahun-tahun sebelum ini seluruh perwakilan dari seluruh negara akan mula berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Paling pasti PAU2013 kali ini akan berlainan daripada sebelum-sebelumnya malah para perwakilan di harapkan dapat menggunakan "platform" ini dengan sebaik-baiknya bagi membicarakan perkara-perkara yang menyentuh tentang kebaikan bersama khususnya bagi umat Melayu dan parti UMNO.

Dalam masa yang sama kepimpinan negara yang di terajui oleh parti UMNO pasti menjadikan PAU2013 sebagai medium untuk mengajak bukan sahaja orang-orang Melayu untuk bersatu malah semua bangsa di Malaysia khusus untuk melihat Malaysia terus mencapai kejayaan.

Seperti semua pihak sedia maklum tidak ada lagi sesi pemilihan dalam PAU2013 kali ini kerana segalanya sudah pun selesai dengan proses pembaharuan yang di lakukan oleh parti UMNO dalam pemilihan yang melibatkan akar umbi.

Ini sudah tentu menjadi perkara paling baik kerana para perwakilan tidak lagi perlu memikirkan tentang siapa yang perlu di pilih sebaliknya mereka di berikan ruang yang cukup untuk memberikan penumpuan kepada agenda parti dan negara.

Kelebihan ini MMI rasakan adalah perkara asas yang perlu di fahami oleh para perwakilan justeru jadikan perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan suara orang-orang MELAYU.

Dalam suasana politik hari ini dan pelbagai cemuhan serta cercaan yang kadang-kalanya membuatkan orang-orang Melayu hilang pertimbangan , MMI yakin inilah ruang sebaik-baiknya untuk mereka yang mengaku ahli UMNO membuktikan taat setia kita kepada perjuangan mempertahankan maruah Agama , Bangsa & Negara.

Insyallah MMI akan bawakan berita-berita dan perkembangan terkini sepanjang persidangan berlangsung sedaya mampu yang boleh.

Percayalah Melayu perlu terus di martabatkan dan hanya UMNO yang mampu melakukannya.

Melayu perlu di perkasakan demi untuk melihat agama Islam terus di pertahankan .. Insyaallah dengan kekuatan dan pertahanan ini negara MAMPU kita selamatkan.

Selamat bersidang buat semua perwakilan !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels