Followers

Tuesday 3 December 2013

SPIN Lagi !!


Panas punggung dengan kritikan pelbagai pihak berhubung isu kenaikan gaji Menteri Besar (MB), Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sehingga 373 peratus, Pakatan Rakyat hari ini mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengkaji semula kenaikan berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden di Bangunan Parlimen siang tadi.

“Amaun (elaun) harus diturunkan. Kita akan biarkan MB dan kerajaan negeri untuk putuskan. Tetapi kami rasa ianya perlu dilakukan sebelum tahun depan,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Perkembangan terbaru ini pastinya memberi tekanan kepada Khalid yang sebelum bertegas tidak akan menurunkan kadar kenaikan yang sudah diumum atas alasan ia sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kenaikan yang akan berkuatkuasa 1 Januari depan telah dibentangkan oleh Khalid di DUN Selangor pada 27 Oktober lalu dan dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN Selangor.

Keputusan menaikkan gaji itu telah mencetuskan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang diketuai oleh ADUN PKR Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang menganggap ianya terlalu tinggi.

“Saya mencadangkan kenaikkan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadarnya lebih munasabah dan memberikan penjelasan kepada rakyat keperluan kenaikkan ini.

“Kita tidak menolak keperluan untuk menaikkan gaji tetapi apa yang diputuskan oleh kerajaan negeri bagi BBC terlalu tinggi dan kita tuntut penjelasan daripada kerajaan negeri,” kata Azmin.

Sebelum ini, bagi meredakan kritikkan terhadap Khalid, Anwar mengarahkan semua ADUN PKR di Selangor menderma antara RM1,000 atau sehingga 20 peratus daripada gaji baru mereka untuk membantu pelajar miskin.

Anwar berkata walaupun Khalid telah memberi penjelasan kenapa kadar kenaikan gaji wakil rakyat negeri itu begitu tinggi, PKR tetap mengambil tindakan susulan mendesak ia dikaji semula.-bnbbc.my

Alo brader semua ni cerita caca marba , baik Khalid , Anwar dan Azmin kesemuanya berada dalam satu parti dan saf kepimpinan yang sama.Mana mungkin keputusan yang di buat oleh Khalid itu langsung tidak pernah di bincangkan bersama.

Senang cita sorang pukoi canang lagi 2 bikin ribut alih-alih semua dapat merasa yang dok tanggung rakyat !!

MMI

1 comment:

  1. Biarlah diorang naik gaji, sebab diorang berjaya tambah kerusi PR di Selangor.

    Nih Pusat do sibuk jeles tak pepasal naikkan tarif elektri.

    Macam haram

    -Penyokong BN-

    ReplyDelete

Labels