Fuh macam nak "story" cita "legend-legend" gitu hihihi..Tapi ampa semua jangan gelak dulu ini bukan cita "Sherlock Homes" atau "Detective Conan" ini cita tentang sekumpulan puak yang suka cakap dan tunjuk pandai.
Citanya parti DAP sekarang ni dah tinggal nama ja dan kalau di ikutkan daripada apa yang berlaku rasanya tidak ada pemimpin mahupun kepimpinan tertinggi dalam parti bila mana isu pemilihan yang banyak pusing tu sampai ke hari ini masih belum dapat di sahkan oleh ROS.
Jadi mudah kata kalau dah tak boleh nak sahkan maka parti DAP ni sebenarnya adalah parti HARAM !!
Merujuk kepada sidang media bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor beliau berkata Semua pihak tidak perlu mengiktiraf jawatan pemimpin DAP sehingga Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.
Beliau mendakwa sehingga kini DAP sebenarnya tidak mempunyai pemimpin yang sah di semua peringkat malah arahan dan keputusan yang dibuat oleh mereka juga dianggap tidak sah.
"Mereka ini dalam CEC hari ini tidak ada jawatan, jawatan yang diadakan adalah jawatan yang tidak sah.
Hanya satu kumpulan yang melantik sesama sendiri. Jadi, saya harap semua yang berkenaan atau media jangan dok kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Karpal Singh.
"...ini kerana jawatan itu tidak sah. Anda nak sebut mereka sebagai bekas...betul, tetapi sebagai pengerusi, sebagai setiausaha agung...tidak, mereka bukan lagi...patut betulkan perkara ini," katanya.
Hohoho awat jadi lagu tu ?? Ni mesti ada sesuatu yang berlaku dalam parti sebabnya sampai sekarang pun benda semacam ni tak boleh nak selesai.Canang di luar bukan main hebat alih-alih parti sendiri pun tunggang langgang.
Rasanya ni dah masuk kali kedua pemilihan CEC parti DAP bermasalah dan sebagai orang yang bertanggungjawab GUAN ENG seharusnya meletakkan jawatan atau di lucutkan jawatan daripada parti.
MEMALUKAN beb lainlah kalau puak-puak DAP ni tak tau MALU !!
Oh yaa ada orang tanya MMI , mau ka puak-puak DAP ambil tindakan dekat Guan Eng ??
MMI jawab nak pilih pemimpin UTAMA parti pun 20 orang ja yang pilih , jadi kalau nak ambil tindakan juga ahli lain tak ada hak bro .. kena di kalangan 20 orang tu lah !!
Kawan tadi tanya lagi , abis tu nak jadi lagu mana ??
MMI jawab lagu mana apa , parti anak beranak siapa BERANI lawan ????
Kawan tadi tanya lagi , jadi sekarang ni macam mana ??
MMI jawab macam mana apa , puak-puak tu bukan kira parti depa kira KUASA !!
Kawan tadi bersuara lagi , Tu dia aih !!
MMI jawab sokonglah lagi !!!
MMI
No comments:
Post a Comment