Followers

Thursday, 19 December 2013

TENDER TERBUKA Kenapa Guan Eng DIAM ?!! @dzainalabidin @rrafizal


Nampaknya kerajaan negeri pimpinan rejim DAPigs sekali lagi membisu malah langsung tidak berani buka mulut apabila isu pemberian tender yang sepatutnya di lakukan secara terbuka kini terbongkar malah di BUKTIkan ianya di lakukan secara rundingan terus.

Apakah tindakan ini mencerminkan ketelusan kerajaan negeri yang selama ini sering melalak tentang slogan CATnya ??

Dari pengamatan MMI , rejim DAPigs di Pulau Pinang cukup sinonim dengan alasan tersalah taip , tersalah kira ,tersalah catat dan macam-macam lagi TERSALAHnya.Sampaikan dalam soal parti dan pentadbiran kerajaan negeri pun alasan-alasan bodoh lagi dangkal ini di momokkan kepada rakyat.

Sesuatu yang harus rakyat FAHAM dan SEDAR adalah ungkapan tersebut sebenarnya menjadi AYAT utama kepada rejim DAPigs di Pulau Pinang untuk melakukan PEMBOHONGAN demi PEMBOHONGAN.

Bayangkan mereka sering bercakap tentang ketelusan malah sampai ke tahap menuduh kerajaan dengan pelbagai perkara seolah-olah merekalah yang jauh lebih baik.

Tetapi Guan Eng lupa rasanya mana mungkin ada ketelusan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang sekiranya peranan rakan dalam Pakatan Haprak pun mereka nafikan.Lihat saja PAS sekadar di lantik menguruskan MAINPP itupun di ikat kaki dan tangannya.

Jika dalam pentadbiran negeri mengamalkan ketelusan seperti yang di war-warkan mana mungkin sidang akhbar ini berlaku.

     

Itu bab kerajaan negeri , dalam parti DAP sendiri pun bermacam kepincangan boleh di lihat daripada isu pemilihan yang tidak beretika sehinggalah kepada pemilihan pucuk pimpinan parti.

Untuk rekod Guan Eng tetap di pilih sebagai orang nombor satu dalam parti walaupun undian meletakkan beliau di tangga ke lima.Mana ketelusan yang di war-warkan ???

Yang ada hanyalah CEKAP dalam membuat HELAH dan MENIPU semata-mata !!

Justeru itu melihat kepada sikap sombong lagi bongkak kepimpinan DAP di Pulau Pinang maka Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang melalui Ketua Pergerakannya saudara Rafizal Rahim menyelar dan mempersoalkan tentang kaedah pemberian tender Projek Membina Tebatan Banjir di sekitar Jalan Kampung, Bukit Mertajam yang jelas di lakukan tanpa melalui tender terbuka.


Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Rafizal Rahim, beberapa dokumen sulit dan rasmi milik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertarikh 15 Mac 2013 dan 20 Jun 2013 turut dilampirkan bagi menyokong kenyatan didalam blog tersebut.

Dakwanya lagi, di dalam dokumen tersebut, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mencadangkan dan bersetuju projek ini dijalankan secara rundingan terus dengan Syarikat S.P Mega Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM 6,913,896.60.

Beliau menambah dalam masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 18 Mac 2013, telah membuat kenyataan di dalam The Star Online bahawa projek ini telah dilaksanakan secara open tender atau tender terbuka dan telah diberikan kepada S.P Mega Sdn Bhd dengan nilai yang sama.

“Dalam hal ini, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang ingin meminta penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kaedah pemberian tender ini memandangkan kenyataan beliau di dalam The Star Online dan Minit Mesyuarat JawatanKuasa Perolehan ini berbeza,” kata beliau dalam satu kenyataan media kepada FMT.

Rafizal berkata rakyat memerlukan penjelasan terhadap persoalan ini apatah lagi, dengan slogan ‘ Competency, Accountability dan Transparency’ perkara sebegini perlu diketahui oleh rakyat umum.

Sehubungan dengan itu, beliau berpendapat bahawa Pemuda juga ingin mendapatkan penjelasan kenapa projek ini perlu dirunding secara terus memandangkan masih banyak kontraktor lain yang mampu melaksanakan projek ini jika dilaksanakan tender terbuka.

 “Oleh yang demikian Pergerakan Pemuda Umno Negeri memohon penjelasan yang sewajarnya daripada Ketua Menteri Pulau Pinang segera berkaitan isu di atas,” tegasnya lagi.fmt 

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels