Followers

Monday, 13 January 2014

Cabaran Sudah Di Buat SPRM Tunggu Apa Lagi ??


Lim Guan Eng hari berani mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap syarikat yang menjual kereta mewah Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218.

Menurut Lim, beliau dan syarikat tersebut akan memberi memberikan kerjasama sepenuhnya mengenai isu pembelian kereta baharu untuk kegunaan rasminya baru-baru ini.

"Kami mencabar pihak SPRM membuat sebarang siasatan kerana kerajaan negeri melaksanakan urus tadbir yang bersih dan tidak ada sebarang unsur yang perlu disembunyikan," katanya

Sebelum ini Lim mempertahankan keputusan majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk membeli Mercedes-Benz S300L sebagai kereta rasmi beliau dengan harga RM298,263.75 berbanding harga biasa iaitu RM657,218.

Rakyat mempertikaikan apa kaitan syarikat itu atau individu yang terlibat dalam menjual kereta itu kepada Guan Eng. Apakah syarikat/individu tersebut akan memperolehi kontrak lagi daripada Guan setelah mengurangkan harga kereta tersebut ?

Aisey bro , itu sahaja tak cukup kena tambah lagi cabaran tu .. rakyat nak tahu juga kenapa setelah 2 bulan camry datang pula Mercedes ?

Jangan lah bagi alasan bodoh kononnya lebih selamat bagai sebab selama ini Guan Eng adalah pemimpin yang sering melalak tentang sikap boros pemimpin UMNO dan BN.Sekarang ni nak cakap tentang unsur rasuah ja ka ?

Tak adillah gang , duit rakyat tu !! Sekarang dah pandai bermewah dah kan ? kan ? kan ?

Khalifah Umar Abdul Aziz tak punya sifat macam ni bro !!

CAT = Cekap Aku Tibai duit rakyat beli mercedes , mungkin lepas ni senang sikitlah Guan Eng nak pi ROS untuk settle isu pemilihan CEC yang tak selesai-selesai lagi tu..CEKAP la sangat !...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels