Gambar Hiasan |
Apakah cuaca sejuk yang kini sedang melanda negara Malaysia satu fenomena aneh ? Pagi tadi sewaktu
melihat paras suhu terkini di kawasan MMI adalah sekitar 22 Celcius.
Namun apakah ianya satu fenomena yang memungkin turunnya salji di kawasan sebelah Pantai Timur dan Utara Semenanjung seperti mana yang di bualkan oleh banyak pihak kini.
Merujuk kepada berita di sinar online keadaan suhu sejuk dan mendung seharian mencetuskan suasana baharu yang tidak pernah dialami masyarakat negara ini.
Tidak terkecuali di Kelantan, apabila beberapa lokasi di negeri ini mencatatkan suhu terendah dalam sejarah.
Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan dan Terengganu, Jenuwa Husin berkata, penurunan suhu dan udara yang sejuk dialami beberapa daerah di negeri ini merupakan satu rekod baharu.
Menurutnya, daerah Kuala Krai mencatatkan suhu penurunan minimum sehingga 17 darjah Celsius pada jam 7 pagi kelmarin berbanding 21.8 Celsius suhu purata.
“Penurunan suhu di Kuala Krai itu adalah yang paling minimum manakala Pasir Putih pula mencatatkan bacaan 19 darjah Celsius selain Kota Bharu dan Gong Kedak dengan purata 20 hingga 25 darjah Celsius.
“Di antara punca utama penurunan suhu itu ialah disebabkan tekanan suhu sejuk di tanah besar China yang memasuki Laut China Selatan selain daripada keadaan musim tengkujuh yang melanda kawasan Pantai Timur yang masih belum tamat,” katanya.
Menurutnya, fenomena tekanan suhu dari China itu terjadi semasa monsun timur laut dan tiupan angin kencang tersebut berlaku apabila kurangnya awan terbentuk pada waktu malam di kawasan Pantai Timur Semenanjung.
Beliau berkata, disebabkan penurunan itu penduduk di kawasan berhampiran pantai terutamanya akan mengalami suhu sejuk yang terlampau berbeza dengan keadaan biasa.
Dalam masa sama, Jenuwa berkata, amaran ketiga angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan pihak Meteorologi kepada nelayan dan orang awam bagi mengurangkan sebarang aktiviti pantai.
“Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Untuk rekod, suhu di tanah tinggi Cameron Highland purata sekitar 12 hingga 26 darjah Celsius manakala 13 -16 darjah Celsius pada waktu pagi.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di negeri ini mendapati keadaan cuaca sepanjang hari redup dan sejuk. Orang ramai dan murid-murid sekolah yang mengenakan baju sejuk di luar bangunan walaupun pada jam 11 pagi.
Seorang penduduk di Kuala Krai, Rosdi Ismail, 49, berkata, perubahan mendadak suhu sejak selepas banjir gelombang kedua begitu dirasai.
Menurutnya, kedudukan kampung berkenaan yang dikelilingi bukit menyebabkan kesannya begitu terasa.
“Setiap kali keluar rumah untuk ke tempat kerja saya akan memakai baju sejuk kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk sekarang,” katanya.
Suhu di kawasan Besut pula mencatatkan penurunan sehingga 19 darjah Celsius pagi kelmarin, menjadikan ia rekod suhu terendah yang pernah dicatatkan di daerah itu.
Jenuwa berkata, suhu itu disifatkan sebagai satu rekod kerana suhu biasa yang dicatatkan paling minimum bagi dua kawasan itu sebelum ini hanyalah sekitar 23 darjah Celsius.
Katanya, daerah lain di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman mencatatkan sedikit penurunan iaitu sekitar 21 darjah Celsius berbanding hari biasa.
Selain itu katanya, Jabatan Meteorologi turut memaklumkan, angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 kilometer sejam dengan ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
Menurut beliau, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga Sabtu ini.
“Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya telah menyatakan keadaan ini akan berlangsung sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu dan turut menafikan berita-berita tentang kejadian salji di Indonesia.
Nampaknya warga Malaysia dapatlah sekurang-kurangnya merasai sendiri cuaca sejuk dingin yang selalunya hanya boleh di rasai di puncak-puncak bukit seperti Cameron , Genting dan lain-lain.
Dan mungkin juga ianya satu rahmat buat warga Malaysia untuk sama-sama sejukkan diri masing-masing sebab sebelum ni sentiasa panas dengan isu-isu politik.
Cuma MMI rasa satu benda ja tak boleh nak sejuk sangat , sebab orang Melayu rasanya akan terus PANAS dengan sikap double standard puak-puak musibat yang suka balun Melayu.
Huh sejuknyaaaa....
MMI
itu maknanya paksi kutub utara dan selatan telah swing.Bukan swing vote,yer.Perubahan tiupan angin berkaitan suhu angin dan arah aliran air laut berubah.Ikan2 di laut semakin konfius sehingga mendarat ke pantai.GPRS ikan kian terganggu.PM masih stabil dengan tundukan ahli parlimennya.Haik2.Walaupun kedudukan agama dan bangsa tercemar.Itu bab lain.Akibat daripada perubahan cuaca yang di jangka sangat besar, bumbung rumah di serata malaysia yang akan menerima snowfall untuk tempoh masa yang terdekat.Suhu di malaysia,di katakan berada di paras beku.Di samping bebanan tindakan rasionalisasi subsidi berperingkat2.Engine keretapun boleh sejuk tanpa heater.Kos untuk pakaian sejuk,menambahkan lagi kesusahan rakyat miskin dan berpendapatan rendah.
ReplyDeleteGPS ikan ada kaitan dengan Perubahan kutub magnetik bumi
ReplyDeleteKiamat kan berlaga bintang bintang
ReplyDeletesaya di ganu siang nak mandi pon sejuk .. apatah malam .. kena bagi panas badan dulu kalau nak mandi ..
ReplyDeleteBtol la tue.. berkaitan dengan tekanan suhu dan udara.. memang bila tiba musim monsun timur laut ni, cuaca kita akan dipengaruhi oleh cuaca di China sebab kebanyakan angin bertiup dari sana..
ReplyDeleteMemang kt kelantan ni sejuk sangat.. Mak saya cakap lagi sejuk daripada Cameron Highland.. Saya pun tak dapat nak nafikan yang cuaca sangat sejuk.. Dah tengahari pun air masih lagi sejuk sampai terpaksa masak air, nak mandi air panas.. Huhuuu.. Minta2 la cepat berakhir.. Ya Allah! Tak tahan sangat..
Manusia sentiasa sukar untuk bersyukur dengan nikmat yang diberi ALLAH..dulu cuaca semakin PANAS akibat pemanasan global, bising.. sekarang semakin SEJUK, bising... nikmati sebelum ia berakhir...semua ini ujian darinya...
ReplyDeleteBetul tu
ReplyDeleteKalau panas kena buka baju malu beb .. kalau sejuk boleh pakai baju tebal2 hi3 apa pun kita sama-sama bersyukur.
ReplyDeletePuncak low's d gunung kinabalu yg hari2 normal bersuhu 0 celcius agak2 time musim suhu dingin ni mesti lagi jatuh bwh negatif...tp x pulak tunjuk dkt tv
ReplyDeleteArtikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.
ReplyDelete.