Followers

Friday 24 January 2014

Khalid Sudah Boleh Ucap Selamat Tinggal !!


Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendedahkan dokumen sulit bagi membuktikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak terlibat dalam isu penyingkiran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) namun Menteri Besar Selangor itu terus menerima tekanan dari parti sendiri termasuk berundur.

Difahamkan, Abdul Khalid kini bukan sahaja menerima tekanan untuk meletakkan jawatan malah sudah ada desakan kuat dalam PKR supaya beliau dipecat berikutan kemelut yang berlaku.

Desakan kuat untuk memecat Abdul Khalid disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini dengan menggunakan istilah desakan ‘keras’ yang dilakukan oleh empat hingga lima orang anggota Majlis Pimpinan Parti (MPP).

Saifuddin menyatakan, desakan itu bukanlah satu usul dan MPP tidak membuat keputusan memecat Abdul Khalid seperti mana dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, semalam.

Beliau menganggap pandangan seperti itu lumrah dalam parti tetapi menyatakan ia pertama kali desakan seumpama itu dilakukan.

Difahamkan penegasan Saifuddin masih belum mampu memastikan kedudukan Abdul Khalid tidak terancam atau tidak tergugat memandangkan Menteri Besar Selangor itu berhadapan dengan tekanan cukup kuat yang memungkinkan beliau tersingkir.

Tambahan pula, perbalahan politik antara beliau dengan Azmin yang merupakan antara pemimpin paling berpengaruh dalam PKR dikatakan sudah sampai ke kemuncaknya.

Biar pun penyingkiran Azmin dari PKNS bukan dilakukan oleh Abdul Khalid namun ia tetap memberi kesan hubungan politik kedua-dua pemimpin itu.

Apatah lagi, sejak Jun 2010, Azmin dilihat pemimpin paling lantang mengkritik cara Abdul Khalid mengendalikan pentadbiran kerajaan negeri.

Terbaharu pada November lalu, apabila Azmin mengkritik keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 peratus hingga 373 peratus.

Berikutan keadaan itu dalam kalangan pemimpin dan ahli PKR khususnya di Selangor, mereka tertanya-tanya sejauh manakah Abdul Khalid mampu bertahan, tambahan pula di negeri itu, kepimpinan beliau kurang disenangi oleh pemimpin parti berkenaan termasuklah dalam kalangan wakil rakyat PKR.

Difahamkan juga kepimpinan kanan PKR tidak berpuas hati dengan Abdul Khalid yang tidak merujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan tertinggi parti sebelum membuat keputusan berhubung sesuatu isu melibatkan pengurusan kerajaan negeri sehingga ada banyak tindakan beliau dilihat ‘menyusahkan’ parti.

Walau bagaimanapun, satu sumber memberitahu, Abdul Khalid akan terus bertahan memimpin Selangor dengan sokongan padu wakil rakyat DAP dan Pas.

‘‘Atas sebab itulah dalam satu mesyuarat baru-baru ini pemimpin kanan PKR tidak mahu desakan untuk menyingkirkan Abdul Khalid bocor kepada mana-mana pihak kerana kedudukan beliau harus dibincangkan secara bersama dengan rakan sekutu PKR," kata sumber itu.

Namun sumber itu menegaskan, beliau percaya tekanan kepada Abdul Khalid dijangka memuncak menjelang pemilihan PKR pada Mei nanti memandangkan beliau dilihat pencabar terdekat kepada Azmin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

‘‘Walaupun Azmin tidak pernah membuat sebarang desakan bagi memastikan Abdul Khalid tersingkir daripada kedudukan sekarang namun penyokong beliau didakwa akan terus memainkan peranan bagi tujuan itu," kata sumber tersebut ketika dihubungi.utusan

Konspirasi teori atau cerita benar yang sedang di sembunyikan ?

Tunggu dan lihat !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels