Followers

Monday, 20 January 2014

Kena Halau Anwar MEROYAN Nak SAMAN JEPUN ?!


Apa yang berlaku di pintu masuk ke negara Jepun benar-benar meruntun jiwa dan raga ketua pembangkang Malaysia , Anwar Ibrahim.Habis jatuh segala air muka dan maruah diri kerana di perlakukan sedemikian rupa.

Tindakan pegawai - pegawai imigresen Jepun benar-benar mengejutkan malah mengusir seorang ketua pembangkang supaya pulang ke negara asal sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita betapa Anwar Ibrahim sebenarnya tidak punya apa-apa keistimewaan pun.

Sudah barang pasti pihak berkuasa Jepun punya alasan tersendiri untuk menghalang mana-mana individu daripada memasuki negara mereka dan mereka punya hak untuk melakukannya.

Kekecohan ini mula timbul apabila Anwar membuat kenyataan dalam akaun facebook miliknya tentang pengusirannya dari negara matahari terbit semalam.


Kemarahan Anwar kemudiannya menjadi-jadi sehinggakan timbul segala syak wasangka dengan cubaan mengaitkan pula kerajaan Malaysia sebagai dalangnya.

Seperkara yang harus kita ingat adalah apakah benar Anwar di USIR ?

Bukan sengaja mahu menyimpang dari jalan cerita tetapi mengenali manusia seperti Anwar , tidak ada perkara yang mustahil bagi dirinya malah rekod menunjukkan beliau selama ini pernah menipu.

Perkara kedua apakah ianya pengusiran yang di sengajakan ? 

Manalah nak tau ianya adalah satu perancangan licik oleh pihak-pihak tertentu untuk melakukan diversion supaya rakyat terlupa tentang isu mercedes Guan Eng , Hinaan terhadap PM , tuntutan kalimah ALLAH , isu tudung dan sebagainya.

Macam-macam kan ?

Ok lah itu sekadar persoalan , sekiranya pengusiran itu benar sekalipun apakah ianya masih merupakan kesalahan kerajaan Malaysia ? Kenapa begitu cepat Anwar mahu menuding jari kepada kerajaan dan menyalahkan musuh-musuh politiknya ?

Terlalu cepat Anwar berprasangka buruk terhadap banyak pihak sedangkan beliau seharusnya melihat kepada diri sendiri terlebih dahulu.

Anwar jangan ingat rakyat bodoh dan boleh termakan umpan politik murahan seperti ini , kerana isu melibatkan Anwar Ibrahim sudah pun sampai ke pengetahuan rakyat Jepun seperti mana yang di war-warkan sebelum ini.


Pelbagai andaian boleh di buat oleh mana-mana pihak sekalipun tetapi dalam soal pengusiran Anwar dari memasuki Jepun , membuktikan kepada kita bahawa negara asing pun kini sudah berhati-hati dengan pemimpin pembangkang Malaysia ini.

Cuma MMI ternanti-nanti bila agaknya Anwar Ibrahim akan menggerakkan pasukan peguamnya untuk SEGERA menyaman kerajaan JEPUN kerana telah memalukannya.

Rasanya tindakan itu jauh lebih baik untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim dari senarai orang-orang yang pernah , telah dan mungkin akan di usir lagi selepas ini.

MMI

1 comment:

  1. Tak payah, peguam2 UMNO akan suruh kerajaan Jepun tarik balik notis itu sebab tanda kebukaan kerajaan Ah Jib Kangkong.

    alfie

    ReplyDelete

Labels