Followers

Friday 7 February 2014

Siapa Politik Suku Agama Suku ?? Totok PAS Baca Ni !!!


Gambar ini di rakam di salah satu pilihanraya kecil sebelum ini , dan sudah semestinya anak muda dalam gambar itu merupakan penyokong PAS berdasarkan kepada bendera dan payung yang di pegang.Boleh jadi akan ada pihak menafikan anak-anak muda itu adalah penyokong PAS kerana siapa jua boleh bertindak sedemikian.

Mudah cita tuduh UMNO punya kerjalah ! Tapi itu sudah menjadi lumrah politik hari ini bila ada sahaja perkara yang menjatuhkan air muka dan kedudukan parti PAS , sikap menuding jari dan menuduh itu akan berlaku.

Namun bukan itu yang mahu MMI ulas hari ini cuma mengambil sedikit tentang sikap anak muda terbabit.Mereka tahu bahawa PAS adalah parti yang kononnya perjuangkan Islam tetapi sikap yang di tunjukkan oleh mereka jelas bukanlah sikap seorang Islam apatah lagi dengan hiruk pikuk serta kelakuan yang di tunjukkan.

MMI yakin tidak akan ada mana-mana pemimpin PAS menegur anak-anak muda itu kerana punya kelebihan politik.Jadi itulah lumrah yang sebenarnya berterusan sehingga kini khususnya dalam isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Walaupun ada di kalangan pemimpin PAS sendiri yang tidak BERSETUJU dengan tuntutan terbabit contoh Harun Din namun kenyataan beliau langsung tidak di ambil kira memandangkan PAS seperti mana kata-kata yang sering di ungkapkan oleh Mat Sabu Timbalan Presiden parti setiap kenyataan oleh mana-mana pihak dari dalam PAS itu adalah pandangan peribadi masing-masing.

PAS hanya akan membuat keputusan setelah ianya di putuskan dalam mesyuarat.

Maka ini bermakna dalam apa jua cara sekalipun PAS sebenarnya sudah meletakkan politik suku dan agama suku kerana pandangan serta kenyataan daripada seorang pemimpin ulama seperti Harun Din pun masih tidak menjadi asas kepada pendirian parti.

Ini di buktikan apabila kebanyakkan pemimpin PAS seperti Khalid Samad , Mujahid Yusof Rawa dan lain-lain bersetuju supaya kalimah Allah di guna pakai oleh bukan Islam.

Malah menjadi penyokong kuat kepada gerakan pihak gereja dalam usaha tuntutan mereka.

Soalnya di mana pendirian PAS ?

PAS tidak perlu tunggang tungging atau cuba main silap mata dalam isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang bukan Islam di negara ini kerana pemimpin mereka sendiri sudah menegaskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif dan mutlak umat Islam.

Lagipun, penjelasan ini dibuat dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen pada 2010 oleh Ahli Parlimen PAS Baling ketika itu, Datuk Taib Azamuddin ketika mencelah perbahasan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Taib berkata, Allah dalam konteks Islam yang merujuk kepada "Allah hu Ahad Alllah hus somad" iaitu Allah Yang Esa tempat bergantung dan "Lam Yalid wa lam yu Lad" yakni Allah yang tidak beranak dan tidak diperanakkan memang tidak perlu dipertikaikan sebagai hak eksklusif dan mutlak umat Islam.

Beliau ketika itu meminta Zahid menyatakan Allah yang manakah yang dimaksudkan oleh kerajaan dilarang penggunaan namanya oleh masyarakat bukan Islam.

Menjawap soalan bekas Imam Besar Masjid Negara itu, Zahid yang kini Menteri Dalam Negeri menjelaskan, sememangnya Allah yang dinyatakan oleh Taib itu lah yang dirujuk oleh kerajaan memandangkan Islam adalah agama Persekutuan.

Sebelum itu pada 1998 Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama melarang penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam dan diikuti oleh Dewan Syura PAS.

Di sini di sertakan rakaman video sidang Parlimen berkenaan untuk rujukan semula bersama mengenai penjelasan Taib yang kini Allahyarham.


Selepas ini pemimpin-pemimpin PAS tidak perlu pura-pura keliru dan jika ada yang berbunyi lagi, itu tidak lain hanyalah untuk sokong sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.bnbbc

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels