Followers

Saturday, 22 February 2014

Wanita Cantik Ini Hampir Rebah Gara-Gara ....


Mungkin ada yang tak berapa perasan siapa wanita cantik ni , haa untuk makluman ampa dia ni adalah Perdana Menteri Thailand sejak pilihanraya yang lalu.

Kalau sebut tentang Thailand ni macam-macam kisah ada daripada yang seronok-seronok sampailah kepada bab-bab jenayah.

Huh satu keistimewaan tentang Thailand yang rasanya sukar di perolehi dari negara-negara lain.

MMI kadang-kalanya melihat juga kepada senario politik Thailand ni dan tefikir juga apa yang sebenarnya di mahukan oleh rakyatnya ?

Pernah sebelum ini MMI berbual dengan seorang rakan daripada Thailand dan beliau menceritakan apa yang sedang berlaku di negara terbabit adalah di sebabkan 2 kumpulan rakyat yang sebenarnya punya perbezaan.

Ish macam mana pula tu ? Rakyat Thailand tapi dua kumpulan yang berbeza ?

Perbezaan tersebut bukanlah kerana berlainan ideologi politik semata-mata tetapi perkara paling utama yang menyebabkan perbezaan ini adalah kerana 1 kumpulan merupakan warga Thailand yang sebenar mudah kata kaum pribumi dan 1 lagi adalah mereka yang punya sejarah atau kacukan dengan mereka-mereka dari negara lain.

Lebih kurang warga Thailand tetapi punya salasilah atau kaitan dengan warga Kemboja , Cina , Myanmar dan lain-lain.

Huh biar betul !! MMI sendiri kurang pasti bab ni tetapi inilah yang di ceritakan oleh rakan tadi.Kalau dia pun menipu maka MMI pun turut menipulah tetapi MMI catatkan di sini kerana mahu berkongsi dengan semua.

Sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi cerita !

Kalau berdasarkan daripada cerita tersebut maka bolehlah kita andaikan apa yang berlaku di Thailand kini adalah kerana masalah perpaduan dan sikap masyarakatnya sendiri.

Kalau di ikutkan dengan kerajaan sedia ada rasanya tak banyak beza dengan kerajaan-kerajaan sebelum ini namun mungkin cerita di atas benar dan itulah sebab musababnya kenapa Thailand tidak pernah aman.

Ada lagi yang lebih menarik untuk di ceritakan , kenapa hanya kerajaan sahaja yang selalu menjadi masalah sedangkan institusi raja mereka tetap kukuh dan di sanjung tinggi oleh rakyatnya ?

Haa di sinilah yang MMI rasa cerita di atas tu ada kebenarannya.

Oklah berbalik kepada tajuk kita , Yingluck Perdana Menteri Thailand di laporkan kemungkinan selepas ini tidak lagi akan menjadi pemimpin nombor satu di Thailand memandangkan kekacauan dan rusuhan yang di lihat semakin menjadi-jadi.

Parti Pheu Thai mungkin menggugurkan Yingluck Shinawatra sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya baru kelak.

Perdana menteri sementara itu berdepan dengan pelbagai masalah, sebahagian tidak boleh dirundingkan, menurut sumber parti berkenaan.

Ia termasuk dakwaan cuai berkait dengan skim subsidi padi yang mencetuskan kemarahan petani negara itu.

Sumber itu berkata, walaupun parti Pheu Thai akan bermati-matian memastikan ia menang dan mampu membentuk kerajaan baru, ia ragu peluang Yingluck untuk bertanding dalam pilihan raya berkenaan.

Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan (NACC) yang memanggil perdana menteri itu untuk menjawab tuduhan dijangka menamatkan siasatannya dalam masa dua bulan.

Sebarang pendakwaan sudah pasti memusnahkan harapan Yingluck untuk mempertahankan jawatannya.

Meskipun strategi asal Pheu Thai ialah Yingluck tidak tunduk kepada tekanan penunjuk perasaan antikerajaan supaya beliau meletak jawatan, sejauh mana perdana menteri itu boleh bertahan masih menjadi perhatian.

Tekanan terhadap beliau semakin meningkat selepas penunjuk perasaan antikerajaan kini mensasarkan perniagaan yang ada hubungan dengan keluarga Shinawatra.

Sumber itu tidak menolak kemungkinan Yingluck berdepan dengan tindakan undang-undang, daripada penunjuk perasaan dan petani.

MMI yakin dan percaya situasi di Thailand tidak akan berubah banyak walau siapa pun yang memegang tampuk pemerintahan.

Ini berdasarkan kepada sejarah politik negara tersebut dan Thailand akan kekal menjadi negara yang sentiasa bergolak.Sayang banyak tempat-tempat menarik di Thailand namun kerana kegagalan sistem pemerintahan dan sikap rakyatnya Thailand akan terus keka seperti mana Thailand hari ini.

Sesuatu yang harus di fahami oleh rakyat Malaysia kerana kita juga punya ciri-ciri yang membolehkan apa yang berlaku di Thailand berlaku di negara kita.

Ambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Thailand !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels