Jika anda inginkan kelainan daripada pusat membeli belah yang umumnya TERLALU banyak di Malaysia ini, mungkin sesuai anda mengunjungi gua TERBESAR di dunia! Ops, lokasi gua ini bukan di Malaysia tetapi di Vietnam. Gua SON DONG adalah gua terbesar didunia pernah dijumpai.
Anehnya hanya tahun 2009 gua tersebut baru ditemui. Yang tambah menarik, gua sepanjang hampir 9KM ini mempunyai HUTAN dan SUNGAI didalamnya. Keunikan ini terjadi kerana bumbung gua tersebut telah runtuh pada suatu ketika yang lampau dan membenarkan tumbuhan serta haiwan yang tidak pernah dijumpai hidup disitu!
Pada 2009, orang British telah melakukan ekspedisi di gua ini namun "Pintu Masuk" kegua ini sangat CURAM. Demi tontonan umum dan sektor perlancongan, tali sepanjang 80 meter disediakan untuk anda memasuki gua yang curam itu.
Ada berani? Jadi jika anda sangat gemarkan aktiviti LASAK, mungkin tempat ini amat menarik untuk anda. Moralnya, Maha Agung ciptaan Allah swt.
Memang terbaik bro , ada sapa-sapa yang nak try ker ?
MMI
No comments:
Post a Comment