Cubaan beberapa agensi berita Barat melancarkan propaganda memburukkan kerajaan berkaitan tragedi MH370 terus mendapat kecaman pelbagai pihak.
Kelab Gerak 1Malaysia (KG1M) turut tidak ketinggalan menyatakan bantahan mereka dan menganggap tindakan agensi berita asing itu seperti CNN dan Fox News tidak lebih daripada mahu mempersendakan keupayaan Malaysia menangani insiden yang mendapat perhatian dunia itu.
Presidennya, Datuk Mohd Shukur Shamsuddin berkata, tuduhan melampau mengaitkan kerajaan, pihak tentera dan sentimen Muslim sebagai punca kepada tragedi menyayat hati itu tidak boleh diterima akal sama sekali.
“CNN dan Fox News sudah melampau dalam laporan berita mereka apatah lagi membuat tuduhan melulu serta tidak munasabah terhadap kerajaan dan juga mencemarkan imej Islam.
“Mereka (media asing) memang tidak senang dan cemburu dengan kemakmuran serta keamanan dikecapi Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sebab itu mereka melancarkan kempen menjijikkan untuk memalukan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Beliau membidas kedua-dua agensi media asing itu yang sememangnya tidak pernah adil membuat liputan mahupun laporan berita apabila membabitkan isu negara Islam.
“Ketika tragedi di Bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York pada 2011 lalu, CNN dan agensi berita asing tidak pernah membangkitkan kegagalan kerajaan ataupun tentera Amerika Syarikat dalam menangani tragedi itu...apatah lagi tiga pesawat merempuh bangunan di sana...hebatkan mereka?
“Sememangnya mereka mempunyai agenda jahat tersembunyi memperlekeh Malaysia yang selama ini cukup disegani terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun di dunia,” katanya.
Mohd Shukur berkata, KG1M menyokong kempen dan seruan banyak pihak yang mahu rakyat memboikot saluran agensi berita asing itu serta bersatu menentang sebarang usaha untuk menghuru-harakan negara ini.
“Tindakan boikot menonton saluran CNN dan Fox News salah satu cara kita memberi pengajaran kepada mereka.
“Rakyat dinasihatkan tidak percaya bulat-bulat semua maklumat atau berita disiarkan media asing kerana mereka sebenarnya tidak amalkan etika kewartawanan telus,” katanya.sumber
Persoalan yang harus rakyat Malaysia khususnya orang Melayu soalkan adalah kenapa ? Untuk jawapannya Baca Sini
MMI
No comments:
Post a Comment