Followers

Friday, 28 March 2014

Malaysia Under SIEGE ?


Seperti yang pernah MMI janjikan sebelum ini untuk menulis tentang insiden kehilangan pesawat MH370 (SINI) yang kini sudah pun memasuki episod baru.Semua dah faham yang operasi pencarian kini tertumpu kepada koridor selatan berdasarkan kepada laporan dan perkiraan oleh pakar-pakar berkenaan satelit dan sebagainya.

Malah usaha berterusan pihak kerajaan bukan sahaja konsisten tetapi turut mendapat bantuan daripada 26 buah negara-negara di dunia yang menunjukkan keprihatinan mereka terhadap insiden tersebut.

Sehingga kini terlalu banyak teori yang timbul dan bermacam-macam cerita kita dapat dengar dan baca daripada unsur mistik sehinggalah kepada mimpi.Semuanya berkisar kepada kehilangan pesawat MH370.

Dalam banyak-banyak perkara yang di tulis dan di dedahkan , isu tentang rampasan pesawat menjadi antara topik paling panas semenjak insiden ini mengambil tempat.Malah pelbagai versi di catat sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Namun yang paling MMI banggakan adalah sikap kepimpinan negara dan mereka-mereka yang saban waktu sentiasa cekal dan kental berhadapan dengan semua situasi , menunjukkan betapa profesionalnya mereka menangani insiden ini.

Kerana kecekalan dan pengurusan yang cekap inilah ianya di cemburui oleh pihak-pihak tertentu khususnya dari dalam negara kita sendiri.Tak perlu MMI sebut siapa mereka kerana cukup yakin rakyat Malaysia amat mengenali mereka yang MMI sering labelkan sebagai musibat.

Daripada pemerhatian MMI setakat ini masih belum ada mana-mana pihak yang menyebut dalam semua teori mereka tentang betapa bahayanya kedudukan Malaysia berdasarkan insiden ini.Mungkin ada yang menyebut ini satu lagi teori yang boleh menyesakkan nafas rakyat Malaysia , sabar jangan macam tu penulisan ini berdasarkan pemerhatian MMI sendiri dan ianya di tulis untuk berkongsi dengan semua.

Sedarkah kita bahawa apa yang sedang berlaku kini merupakan satu tragedi ? Walaupun ianya sering kali di sebut sebagai insiden , tetapi petunjuk demi petunjuk yang kini mula muncul satu persatu meyakinkan MMI bahawa ianya adalah satu tragedi.

Tragedi ini bukan boleh di buat main-main kerana ia melibatkan keseluruhan struktur negara Malaysia.Ianya bukan sahaja melibatkan kerajaan tetapi juga semua faktor lain tanpa mengira sama ada mereka itu penyokong kerajaan atau pun tidak.

Paling bahaya kesannya boleh menyebabkan generasi selepas kita menjadi mangsa keadaan.

MMI secara peribadi mengandaikan kehilangan pesawat MH370 kepada beberapa faktor.

Pesawat telah atau dengan sengaja di ambil alih oleh seseorang atau sekumpulan manusia dengan tujuan tertentu.Bukan berniat untuk melukakan hati mana-mana pihak tetapi teori ini di buat berdasarkan kepada alat transponder pesawat yang di laporkan di tutup. Sesiapa jua yang melakukannya sudah pasti punya tahap dan keupayaan yang menyamai kepakaran yang di miliki oleh juruterbang pesawat.Malah kedudukan yang berubah atau berpusing pada saat ianya di laporkan hilang memberikan kita satu persoalan yang masih misteri dan rasanya masih di siasat oleh mereka-mereka yang jauh lebih pakar di luar sana.

Mengapa pesawat berpusing ? Sudah semestinya dengan 2 sebab iaitu pesawat menghadapi masalah teknikal atau yang seangkatan dengannya dan juruterbang membuat keputusan untuk berpatah balik.Keduanya berpusing dengan tujuan tertentu atau arahan daripada pihak-pihak tertentu dengan matlamat tertentu.

Siapa yang memusingkan pesawat ? Dalam bab ini hanya ada 4 saspek yang mampu melakukannya.

1.Juruterbang dengan pembantu juruterbang.
2.Juruterbang.
3.Pihak ketiga yang telah berada di dalam ruang juruterbang dan kemasukannya di buat berdasarkan kepada jalinan persahabatan yang terjalin sama ada dengan juruterbang, pembantu juruterbang atau krew-krew pesawat yang lain.
4.Sistem pemanduan pesawat telah di ambil alih oleh pihak lain yang bukan dari kalangan penumpang dan krew.

MMI yakin faktor ke 4 menjadikan kita sedikit berfikir , siapa ? Jawapannya teknologi yang di milki oleh negara-negara maju melalui pembangunan keupayaan ketenteraan.Secara mudahnya penggunaan aset milik ketenteraan atau risikan negara-negara tertentu yang berupaya untuk mengemudi pesawat daripada luar pesawat.

Yang pasti ini bukan kerja buat James Bond atau mana-mana watak superhero dalam filem-filem Hollywood !

Seterusnya berkaitan dengan laluan pesawat dan operasi Search & Rescue yang telah di gerakkan sejak daripada laporan kehilangan di buat.

Sehingga ke hari ini terdapat 3 sektor besar di wujudkan oleh mereka yang pakar bagi tujuan mencari dan mengesan MH370.Laut Cina Selatan , Laut Andaman dan Lautan Hindi.

Pernahkah kita terfikir mengapa terdapat 3 kawasan atau istilahnya koridor di wujudkan ?

Ya sudah tentu ianya untuk memudahkan urusan pencarian memandangkan keluasan kawasan yang terlalu luas.Bukanlah satu tugas mudah untuk bergerak dari satu koridor ke satu koridor yang lain.Sebab itulah setiap perancangan itu memerlukan penelitian yang rapi agar usaha itu tidak menjadi sia-sia.

Kini segalanya tertumpu di lautan Hindi dan seperti banyak pihak sedia maklum lautan Hindi punya ceritanya yang tersendiri seperti kedalamannya , kesejukkannya , kesunyiannya dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Berbalik kepada teori-teori yang MMI nyatakan di atas , sehingga kini MMI sendiri pun belum dapat menganggak yang mana satukah yang benar-benar punya kaitan.Tetapi secara jujur MMI punya keyakinan juruterbang pesawat Kapten Zaharie bukanlah seperti mana yang di sebut oleh banyak pihak sebagai puncanya.

Jika ada pun beliau bersama pembantu juruterbang terlibat dalam usaha untuk menyelamatkan pesawat sekiranya ianya benar-benar punya masalah.Selain dari itu jika ada pun beliau pasti di arahkan oleh seseorang.

MMI turut mengambil kira tentang kerosakan teknikal sehingga menyebabkan pesawat menjunam ke laut dan terhempas seperti mana yang berlaku dalam insiden Air France.Namun ianya sedikit mengelirukan apabila MH370 di laporkan berpusing.

Jadi di sinilah misterinya ! 

Tatkala MMI menulis artikel ini keseluruhan operasi di tumpukan di Lautan Hindi dengan bantuan daripada negara-negara besar dunia yang punya kepakaran.MMI bukan pakar apatah lagi punya kuasa untuk meneropong bagi mendapatkan jawapan yang sebenar cuma setakat ini sudah terdapat tanda-tanda penemuan objek-objek yang memungkinkan ianya serpihan pesawat MH370.

Sebagai rakyat Malaysia , MMI mahu menghormati semua pihak dan kita sama-sama nantikan jawapan daripada pihak yang berwajib.Percayalah mereka sedang bertungkus-lumus untuk mendapatkan jawapannya.

Cuma daripada keseluruhan insiden ini MMI yakin dan pasti dengan satu perkara !

Malaysia telah di KEPUNG !!

Kepungan itu bukan bermaksud kita di ancam oleh kuasa ketenteraan yang mahu menyerang serta membunuh semua rakyat Malaysia tetapi kepungan itu terdiri daripada pelbagai perkara.

Malaysia perlu berhati-hati dengan kepungan ini kerana ia mampu menyebabkan seluruh negara lumpuh malah mungkin kita hilang kedaulatan.

Insiden kehilangan MH370 bukan sahaja berkisar kepada kehilangan pesawat dan penumpang tetapi melibatkan banyak perkara lain.

Sempadan negara amat perlu di kawal dengan sebaik-baiknya memandangkan maklumat rahsia berkenaan aset dan pertahanan negara sedikit sebanyak telah terdedah berikutan perkongsian maklumat dalam misi SAR yang di lakukan dengan negara-negara lain.

Serangan bertali arus melalui siber yang kini di lihat di donimasi oleh pihak asing juga perlu di berikan perhatian.Pelbagai maklumat yang tidak tepat serta spekulasi di lontarkan ke dalam gelanggang yang sudah pasti di sambut oleh banyak pihak bukanlah sesuatu yang boleh di buat main-main.

Ini soal "Silent Attack" dan ianya mampu meruntuhkan kedudukan ekonomi negara.Bayangkan jika itu berlaku ? Tanpa kedudukan ekonomi yang kuat Malaysia mampu ranap dan ini akan memberikan ruang yang cukup luas kepada pihak-pihak di luar sana yang selama ini menantikan masa yang sesuai.

Jangan lupa sudah ada usaha-usaha daripada pihak luar memekik dan melolong menuduh Malaysia sebagai pembunuh ! Soalnya kenapa tuduhan sebegitu di buat ? Siapa yang menyampaikan ?

Jangan lupa sudah ada pihak yang menyaman MAS dan BOEING !! Di saat usaha mencari dan mengesan sedang di lakukan untuk mencari jawapan kepada punca kehilangan pesawat MH370 , mereka bertindak menyaman bukankah ini mengambil kesempatan namanya ?

Pelbagai cerita dan spekulasi yang timbul mengaitkan dengan pelbagai teori dengan kuasa-kuasa besar dunia.Kenapa ianya di lihat menjadi-jadi sedangkan ada di antara kuasa besar itu turut terlibat dalam operasi SAR ? Perlu di ingat pada ketika ini krisis di Rusia sedang berlaku !!

Lihat juga kepada berita kedutaan Israel di tutup secara tiba-tiba di seluruh dunia ! Jangan lupa juga tentang insiden pembunuhan ahli-ahli Ikwanul Muslimin yang secara tiba-tiba berlaku serentak dengan insiden kehilangan MH370 !

Paling penting adalah gerakan oleh mereka yang mengaku rakyat Malaysia sendiri yang di lihat terkinja-kinja menuduh serta menyalahkan kerajaan walaupun mereka sendiri tahu operasi berterusan untuk mengetahui punca kejadian masih di lakukan.

MMI tidak berniat untuk menakutkan mana-mana pihak apatah lagi mereka cerita baru tetapi melihat kepada kaitan dan munculnya pelbagai versi berkaitan MH370 ini , kita harus bersedia !

Kepungan ini bukan sahaja melibatkan pendedahan aset pertahanan negara tetapi juga ruang-ruang seperti kedudukan ekonomi , tuduhan yang mampu merasuk pemikiran manusia , medan siber yang terbuka luas , gerakan yang sedang di lakukan oleh rakyat Malaysia sendiri dan banyak lagi perkara-perkara berkaitan.

Kepada rakyat Malaysia , MMI harapkan agar anda semua fikirkan tentang satu perkara !

Pada saat ini kita sebenarnya terdedah , satu kesilapan sahaja mampu menyebabkan seluruh struktur yang kini bina dan pelihara selama ini runtuh.

Sebaiknya kita bersatu di bawah nama Malaysia dan sama-sama memberikan sokongan kepada usaha kerajaan untuk mencari jawapan yang sebenar malah yang lebih penting mengesan kedudukan MH370 serta penumpang dan krewnya.

Akhirnya sekali paling bahaya apabila kita sebagai rakyat Malaysia turut sama dengan mereka di luar sana menuduh sesama sendiri.

Ya Allah Engkaulah Peliharalah Malaysia & Engkau Permudahkanlah Operasi Mencari Pesawat MH370 serta anak kapalnya.Amin.

#PRAYFORMH370

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels