Followers

Tuesday 1 April 2014

Sapa Kata Guan Eng PENIPU ??

Kerajaan baru sahaja mengumumkan kadar kutipan tol bagi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang akan berkuatkuasa pada esok pagi 1 April 2014.

Pembukaan jambatan tersebut dengan kutipan tol di berikan secara percuma kepada pengguna selama sebulan daripada tarikh ianya di rasmikan mendapat reaksi pelbagai pihak daripada rakyat yang sedar akan peranannya dan juga mereka yang lebih suka membangkang daripada melihat faedahnya.  

Walaupun ramai di kalangan penyokong Pakatan di Pulau Pinang yang mendesak supaya tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadam Shah tidak di laksanakan , kadar tol yang diumumkan oleh kerajaan tidak membebankan rakyat.Untuk rekod kadar bagi kutipan tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sekitar RM8.50 bagi kenderaan biasa hingga RM70.10 mengikut jenis.Rujuk gambarajah di bawah.


Namun kerana sikap suka membangkang dan kedangkalan pihak penyokong Pakatan Rakyat , usaha untuk mendesak pemansuhan tol tersebut telah di lakukan sehingga ke hari ini.

Tindakan ini di lihat banya pihak berbaur politik memandangkan janji kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya DAP sewaktu PRU ke 12 yang lalu masih belum di tunaikan.Adalah menjadi kewajipan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melihat semula kepada janji mereka sebelum ini terhadap rakyat di Pulau Pinang untuk memansuhkan tol Sungai Nyior memandangkan mereka sering kali mengaku sebagai pihak yang sentiasa mengamalkan pentadbiran cekap , akauntibiliti dan telus.

Penyokokong Pakatan perlu disedar bahawa sebelum mereka mendesak pemansuhan tol di jambatan Pulau Pinang seharusnya desakan itu perlu di lakukan terhadap DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk segera memansuhkan tol Sungai Nyior.

Agak menghairankan kenapa agaknya mereka-mereka ini tidak pernah malah seolah-olah lupa untuk membangkitkan persoalan tentang janji yang masih belum di tunaikan ?

Segala alasan kononnya kerajaan persekutuan terlibat sehingga pemansuhan itu tidak dapat di lakukan tidak boleh di terima sama sekali.Ini berikutan banyak kaedah yang boleh di guna pakai bagi melunaskan janji-janji yang telah di buat.

Sebagai contoh  jika di ikutkan daripada apa yang sering kerajaan negeri war-warkan kepada seluruh negara rasanya isu pemansuhan kutipan tol Sungai Nyior sudah lama dapat di selesaikan.

Ini memandangkan kerajaan negeri Pulau Pinang sering kali melaporkan mereka mencatat keuntungan pendapatan hasil daripada perbelanjaan berhemah kerajaan negeri.Jika kenyataan itu benar maka mengapa tidak keuntungan itu di salurkan kembali kepada rakyat dengan membayar kepada syarikat konsesi supaya tol tidak perlu di kutip seterusnya mengotakan janji mereka ?

Untuk rekod Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah membuat sebarang janji untuk memansuhkan tol Sungai Nyior , memandangkan ianya melibatkan perjanjian dengan syarikat konsesi.

Yang berjanji kepada rakyat adalah DAP dan mengapa sehingga kini janji tersebut masih belum di tunaikan ?

Sedarkah rakyat bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang sebenarnya telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM5.7 juta dengan pembinaan laluan alternatif sepanjang 1 kilometer diantara Taman Bagan dan juga Siram Road kononnya bagi menyelesaikan masalah tol Sungai Nyior ?


Jika melihat kepada gambarajah di atas jelas sekali pembinaan laluan alternatif yang di berikan nama sebagai "jalan rakyat" itu langsung tidak memberikan manafaat kepada rakyat.Laluan tersebut tidak langsung menjadi laluan utama memandangkan sudah terdapat lauan lain yang turut menjadi laluan utama di kawasan sekitar.

Selain daripada itu "jalan rakyat" ini juga turut tidak membantu rakyat yang kebanyakkannya menggunakan laluan daripada lebuhraya utama Utara-Selatan menuju ke Butterworth.Bagi rakyat Pulau Pinang mereka sedar dan tahu bahawa projek itu tidak ubah sekadar satu pembaziran wang rakyat yang hanya punya kepentingan politik semata-mata.

Apakah ini menunjukkan kerajaan negeri punya pengurusan yang cekap dan akauntibiliti ? 

Kepada pihak yang begitu obses dengan desakan tersebut , kembalilah merujuk kepada kerajaan negeri dan desak mereka supaya menyalurkan keuntungan yang di war-warkan selama ini kepada pemansuhan tol Sungai Nyior melalui pembayaran kepada syarikat konsesi.

Jika itu pun kerajaan negeri tidak dapat lakukan maka jangan persoalkan tentang kutipan tol di jambatan.

Rakyat sebenarnya jauh lebih bijak dan mereka tahu membezakan antara realiti dan politik !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels