Followers

Saturday, 31 May 2014

KEJUTAN ABBY Kempen Untuk BN Di Teluk Intan ?!!


Tiada sesiapa boleh menghalang  60,349 pengundi berdaftar di Teluk Intan memilih ahli parlimen mereka, Sabtu.

Pilihan amat mudah kerana PRK Teluk Intan hanya pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Pecahan pengundi pula terdiri daripada 23,301 pengundi Melayu, 25,310 pengundi Cina dan 11,490 pengundi India.

Sebahagian besar mereka tentu mengenali Mah atau Dyana sama ada melalui media, poster dan mungkin juga sempat  bertemu serta berjabat tangan dengan kedua-dua calon sepanjang tempoh berkempen.

Memang diakui, Dyana calon tunggal Melayu yang diketengahkan DAP sejak penubuhannya cukup popular.

Apatah lagi dengan kenyataan beliau akan menentang pelaksanaan hukum hudud selaras kehendak partinya.

Banyak juga kelemahan beliau ketika berkempen yang menunjukkan Dyana awal-awal lagi sudah dicucuk hidung oleh DAP.

Pernah dalam sidang media, Dyana sepatutnya menjawab soalan tetapi Lim Kit Siang yang ‘merampas’ mikrofon dan menjawab.

Bagaimanapun, Dyana nampaknya masih jadi kegilaan dan keterujaan banyak pihak terutama golongan muda yang sebaya dengan Dyana.

Barangkali juga kerana paras rupanya, ada yang tidak memikirkan soal sama ada Dyana layak atau tidak menggalas tugas sebagai wakil rakyat jika terpilih nanti.

Justeru itu, biarkanlah jika ada segelintir anak muda yang jadi pengundi pada kali ini berderet-deret mahu bergambar dengan Dyana atau meminta calon glamour itu menurunkan tandatangan di baju atau sebagainya.

Mustahil anak-anak muda ini berfikir panjang soal masa depan kerana mereka lahir di zaman segala kemudahan didepan mata.

Cuma bagi yang boleh berfikir pajang dan waras, kisah permohonan cerai pelakon Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan dengan  Muhammad Noor Farhan ada pengajarannya.

Abby yang mendirikan rumahtangga kali kedua  mendakwa antara sebab mereka mahu berpisah kerana faktor usia suaminya yang lebih muda dan tidak matang.

Pelakon itu berusia 37 tahun dan 12 tahun lebih tua daripada suaminya.

Berbanding usia Dyana 27 tahun, calon DAP itu juga dalam kategori ‘muda’ dan mungkin ‘tidak matang’ berbanding Mah,53 tahun.

Mungkin akan ada yang mengatakan ini satu lagi propa untuk back up calon BN , tak kisahlah apa pun cuma sekurang-kurangnya kita berfikir selepas PRK Teluk Intan akan ada lagi ke senyuman dekat bibir Dyana ? Atau senyuman Kit Siang atau kelibat Kit Siang di Teluk Intan ?

Sambung di artikel seterusnya..

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels