Jelas sekali apa yang telah berlaku semalam di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bukan sahaja telah membuka mata orang-orang Melayu tentang kebiadapan pemimpin DAP tetapi semangat solidariti di kalangan mereka kini sudah mula tercetus.
Jika sebelum ini agak kurang gerakan yang punya semangat solidariti seperti ini , barangkali isu makian pemimpin DAP ini mampu terus menyatukan orang-orang Melayu di Malaysia.
Semua pihak sedia maklum semalam berlaku kekecohan di depan pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang apabila sekumpulan orang-orang Melayu daripada pelbagai latar belakang telah hadir dan berkumpul menuntut supaya Adun Seri Delima RSN Rayer keluar dan membuat permohonan maaf kerana telah menggelar orang Melayu celaka dalam sidang DUN.
Serentak dengan itu , RSN Rayer hilang daripada pandangan mata kasar sehinggalah perhimpunan orang-orang Melayu itu bersurai.Rayer ternyata tidak berani bersemuka dengan mereka dan masih bersikap ego serta bongkak apabila selepas itu mengeluarkan kenyataan untuk tidak akan sesekali membuat permohonan maaf dengan alasan kenyataan itu di buat oleh beliau di dalam dewan dan hanya di tujukan kepada pemimpin UMNO sahaja.
Di sebabkan kedegilan Rayer maka di laporkan gerakan untuk terus mendesak beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang-orang Melayu akan di teruskan.
Berdasarkan sumber atas semangat solidariti maka semalam Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan akan bersama-sama dengan Pemuda UMNO Pulau Pinang dan seluruh orang Melayu tanpa mengira perbezaan fahaman politik untuk turut membuat bantahan dan akan mereka akan menghantar memorandum ke Pejabat DAP di Jalan Pudu hari pada jam 3.00 petang nanti.
Dalam masa yang sama Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan , Saudara Azam Ismail turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan Adun Seri Delima yang di sifatkannya sebagai biadap dan tindakan provokasi perkauman melampau.
Menurut sumber akan ada lagi kenyataan serta sokongan daripada pemuda-pemuda di seluruh negara untuk bersama-sama dengan pemuda di Pulau Pinang dalam usaha mereka menentang seorang pemimpin DAP yang kini bukan sahaja di anggap sebagai baidap tetapi melampau.
Malah tindakan Rayer yang masih berdegil untuk tidak membuat permohonan maaf di khuatiri bukan sahaja akan mencetuskan gelombang kebangkitan orang-orang Melayu di seluruh negara tetapi ia mampu mengundang bencana buat diri beliau sendiri.
Sebagai seorang lelaki yang mengaku pemimpin , Rayer seharusnya melihat kepada keharmonian antara kaum dan keamanan yang kini wujud di Malaysia.Rayer seharusnya menjadikan insiden ini sebagai iktibar namun mungkin inilah sikap pemimpin DAP yang sebenar.
Berani baling batu tetapi tangan di sembunyikan.
Dalam masa yang sama Rayer juga harus ingat , kemarahan orang-orang Melayu ada hadnya ibarat pepatah "Sepandai-pandai tupai melompat , Akhirnya akan jatuh ke tanah jua".sumber
Cuma pada pandangan MMI , kenapa tidak seluruh pemuda UMNO di Malaysia mengambil bahagian dan bangun mendesak pemimpin DAP paling kurang ajar ini di kawasan masing-masing seperti mana yang di mahu di lakukan oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan ?
Melayu kena ingat puak-puak musibat itu sudah tahu kelemahan kita , hangat-hangat tahi ayam semakin lama ia akan semakin hilang . Persoalannya kini terarah kepada pemuda UMNO di seluruh Malaysia , apakah cukup dengan hanya membaca dan mengikuti dari jauh ?
MMI
No comments:
Post a Comment