Bangsa Melayu ini unik dan punya keistimewaannya yang tersendiri.Tak perlu di huraikan panjang lebar cukup sekadar melihat kepada adat dan budayanya penuh dengan kesantunannya.Selain dari itu Melayu juga di kurniakan satu kelebihan oleh Allah SWT apabila Melayu sinonim dengan agama Islam.
Justeru itu maka setiap anak pewaris generasi Melayu yang lahir kemuka bumi bertuah ini sudah pasti terpelihara kesan daripada kekuatan Melayu mempertahankan Islam sebagai agama rasminya.
MMI antara sebahagian daripada jutaan penduduk dunia yang bersyukur kerana di lahirkan dalam sebuah keluarga Melayu dan di didik dengan ajaran Islam.Alhamdulillah walaupun bukanlah bertaraf ulama tetapi MMI punya kekuatan sebagai Melayu dan mampu menunaikan kewajipan sebagai orang Islam.
Namun sejak akhir-akhir ini Melayu tidak lagi seselesa dulu , Melayu hari ini perlu berhati-hati memandangkan terdapat anasir-anasir di luar sana yang sentiasa berusaha untuk memesongkan Melayu agar menjadi terbuka seterusnya meninggalkan perjuangan Melayu yang di wariskan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
Begitulah yang berlaku terhadap seorang lagi anak Melayu yang sebangsa dengan MMI.
Bagi sesetengah pihak khususnya pembangkang mungkin melihat anak muda bernama Dyana Sofya ini antara pewaris bangsa Melayu yang kini sudah membuka mata dan punya keupayaan untuk berdiri seiring dengan mereka yang mengaku paling hebat abad ini.
Mungkin benar dan kita boleh sahaja menganggap ianya satu kejayaan tetapi sekiranya di teliti berdasarkan keadaan dan suasana terkini rasanya Dyana Sofya adalah satu lagi mangsa keadaan akibat kerakusan politik pembangkang.
Dyana Sofya merupakan seorang anak Melayu kelahiran negeri Johor dan beliau kini merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah , Lim Kit Siang daripada DAP.
Mungkin pada ketika ini anak muda bernama Dyana Sofya sudah di kenali di seluruh negara gara-gara penyebaran gambar seksi melibatkan beliau dalam keadaan sedang berbikini sebelum ianya di sahkan sebagai palsu.
Malahan ianya berlaku setelah nama beliau di ura-urakan sebagai bakal calon daripada DAP yang akan bertanding di Teluk Intan dan serentak itu nama Dyana Sofya mula menjadi bualan di kalangan mereka-mereka di luar sana sama ada daripada kem pembangkang mahupun kerajaan.
Semenjak awal kemunculannya satu ketika dulu beliau tidaklah di berikan perhatian sangat , hanya di anggap sebagai satu lagi bangsa Melayu yang hilang arah serta lupa tentang sejarah yang pernah mencarik bangsanya sendiri dan tampil bersama serta menyokong parti DAP.
Malahan anak muda ini bukan sahaja di lihat menolak perjuangan UMNO tetapi juga bangsa sendiri malah lebih percayakan kepada konsep Malaysian Malaysia yang di perjuangkan oleh DAP sejak ia di tubuhkan.
Banyak pihak khususnya di media-media pro pembangkang di lihat mula memuji anak muda ini kononnya beliau begitu bersahaja dan tenang dalam mendepani isu atau istilah serangan politik yang kini sedang di halakan kepadanya.
Namun seperkara yang harus di berikan perhatian adalah selain daripada kontroversi yang tercetus , populariti secara tidak sengaja ini sebenarnya sedang di gunakan oleh DAP dan pembangkang untuk mewujudkan satu lagi ikon yang di fikirkan mampu menjadi pujaan anak-anak muda seterusnya menarik seramai mungkin anak muda kepada perjuangan songsang Pakatan Rakyat.
DAP dan pembangkang tahu bahawa ikon-ikon terdahulu seperti Adam Adli , Khalid Ismeth , Leman Raja Lawak dan beberapa orang lagi anak muda yang berjaya di rekrut oleh pembangkang sebelum ini kini sedang menghadapi zaman kegelapan mereka.
Kehadiran mereka tidak lagi mendapat perhatian seperti mana sebelumnya dan ini menjadi satu kekurangan khususnya apabila DAP sedang bergelut dalam PRK di Bukit Gelugor dan bakal berdepan pula dengan PRK Teluk Intan.
Siri kempen politik mereka serba kekurangan malahan momentum tidak lagi seperti dulu.
Kerana itu populariti yang sedang di miliki oleh Dyana Sofya perlu segera di gilap dan di hebah-hebahkan agar ianya menjadi satu lagi ikon baru yang mampu menjadi daya penarik kepada rakyat khususnya anak-anak muda untuk mendekati DAP seterusnya pembangkang.
Malah DAP kini sudah semestinya akan berusaha untuk melonjakkan nama Dyana dengan bantuan daripada penggerak-penggerak media sosialnya (RBA) supaya anak Melayu ini menjadi pencetus kepada kehadiran serta sokongan orang-orang Melayu terhadap perjuangan DAP.
Satu agenda besar yang sedang di alunkan tanpa banyak pihak menyedarinya.
Sebagai rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu , kehadiran Dyana dengan segala sokongan daripada DAP perlu di perhatikan dengan sebaik-baiknya.
Dyana merupakan salah satu anak muda berbangsa Melayu yang telah berjaya di pesongkan oleh mereka yang satu ketika dulu pernah menghalau orang Melayu dari bumi Malaysia.
Peristiwa 13 Mei 1969 bukanlah sekadar satu catatan sejarah tetapi ia penuh dengan amanat serta mesej kepada orang Melayu supaya sentiasa beringat.
Kini setelah puluhan tahun peristiwa hitam itu berlaku , DAP walaupun tidak berjaya untuk menyemai benih perjuangan Malaysian Malaysia secara menyeluruh tetapi sudah mampu menguasai jiwa dan minda anak-anak muda seperti Dyana Sofya.
Mungkin ianya kasar tetapi inilah yang mereka sedang lakukan , mengambil SAMPAH kita kemudiannya di gilap dan kini sedang cuba di agungkan supaya seluruh bangsa Melayu tunduk agar mudah untuk mereka runtuhkan EMPAYAR MELAYU ini.
kredit utaranews.com
MMI
Tepat sekali!! Sedihnya, semakin ramai yang tidak sedar erti perjuangan menyelamatkan Bangsa Melayu dan agama Islam di bumi Tanah Melayu. Rancangan cina adalah jangka panjang dan mereka akan secara systematic akan menghakis sedikit demi sedikit hingga menakluki keseluruhan Tanah Melayu dari semua segi!
ReplyDeleteSampah seperti betina sekor ni, sememangnya tidak sedar perbuatannya. Masih muda dan diambang keseronokan di junjung dan dibelai oleh pengcatur seperti kit siang. Apa yang beliau kisah tentang masa depan Bangsa Melayu? Agama Islam? Yang penting buat beliau ialah keseronokan SEKARANG.....dan itulah cara permainan DAP dalam menipu bangsa Melayu. Memberi keseronokan kepada beberapa orang seperti anwar, azmin, rafizi, nik aziz, hadi, dan lain lain termasuk betina sekor ni sehingga mereka tidak sedar bahawa di dalam kekhayalan keseronokan mereka, mereka telah MENGADAI BANGSA dan AGAMA mereka.
Bottom line.....SHE'S A BITCH!