Followers

Sunday, 25 May 2014

RAYER Di Ingatkan Harga Kerana CELUPAR Itu TINGGI !!!


1.Kenyataan yang dikeluarkan oleh Reyer adalah kenyataan berbaur kebencian.

2.Dalam negara demokrasi, kita boleh berbeda pendapat dan pegangan tapi jika kita mengizinkan mana-mana pemimpin parti menggunakan perkataan yang jijik maka anggapan kepada orang yang menggunakan perkataan itu adalah tidak matang, tidak bertamadun, dan tidak menghormati orang lain.

3.Bagaimana orang lain hendak menghormatinya jika orang itu juga tidak menghormati orang lain.

4.Bagaimana mereka yang mewakili parti itu mengharapkan hendak dihormati, sedangkan orang itu tidak belajar menghormati orang lain.

5.Hal yang dilakukan Pemuda UMNO merupakan manifestasi api kemarahan yang diperlihatkan oleh pemimpin muda dalam UMNO dan tentunya rasa terhiris ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakan.

6.Saya ingin mengingatkan pemimpin parti yang berbeda, hormatilah parti lain dan jangan gunakan sebarang perkataan yang boleh menghiris perasaan mana-mana parti dan saya khuatir harga yang mahal terpaksa dibayar jika tersalah menggunakan perkataan seperti yang digunakan YB Rayer.

Bagi MMI oklah tu ada juga yang bersuara semoga suara ini menjadi mimpi ngeri buat puak-puak musibat tu.

Kepada Rayer orang Melayu tak akan lepaskan kamu...MMI sendiri dengar sewaktu insiden demo dan rempuhan ke sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini.

Jadi MMI masih menantikan apa yang orang Melayu nak buat !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels