Followers

Saturday, 7 June 2014

Dr.MAZA Setuju Pandangan Qardawi


Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidn menyifatkan isu DNA babi dalam coklat Cadburry yang menjadi polemik barru-baru adalah merupakan satu isu kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

Asri ketika dihubungi wartawan Suara TV sebentar tadi berkata ilmuwan Islam berbeza pandangan berhubung perkara ini ada yang mengatakan ianya haram dan ada mengatakan ia halal dimakan.

“Asal sesuatu makanan itu halal sehingga terbukti haram. Demikian apa-apa makanan yang dikatakan kononnya haram tapi tidak terbukti maka kekal atas hukum asalnya iaitu halal.

“Sebagai contoh ada ilmuwan Islam mengatakan baja yang mengandungi unsur babi dan digunakan untuk menyuburkan tanaman tidak di anggap sebagai haram kerana telah berubah sifat daripada binatang tersebut” katanya.


Menurutnya lagi DNA khinzir yang terdapat dalam makanan itu terdapat para ulama yang mengharuskannya atas asas proses istihalah. Ini pendapat yang dipegang oleh kebanyakan fatwa di Eropah, Dr Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain.

“Ada dua pandangan berhubung isu ini dan ia tidak begitu besar malah tiada kesepetakatan daripada sarjana Islam mengenainya.

“DNA dari segi Islam adalah halal maka dari segi umumia juga dianggap halal.

“Selagi ianya halal, maka (DNA babi di dalam coklat) dianggap halal” ujarnya lagi.sumber 

MMI

3 comments:

  1. Kalau mcm tu tak payah la para saint is cipta alat kesan DNA babi

    ReplyDelete
  2. Dlm bnyk isu aku mmg tak setuju dgn MAZA ni, tp dlm isu istihalah ni, klu Majlis Fatwa kata OK, I follow je, tp utk dimakan sendiri, bg aku tak le, was was, utk org lain terpulang.
    Klu benda tu keperluan dan tak de pilihan lain tu lainlah, terpaksa jugaklah.

    ReplyDelete
  3. Tak payah ikut pandangan ini.

    ReplyDelete

Labels