Followers

Monday, 9 June 2014

Isu Rang Undang-Undang Enakmen LPHJ Di Anggap SELESAI


Isunya sikit ja cuma yang buat ramai tu banyak sangat jadikan benda ni besar.Apa yang telah dijelaskan oleh Menteri Besar Johor ni rasanya boleh merungkai segala perkara berkaitan yang sebelum ni jadi banyak pertanyaan mereka-mereka kat luar sana.

Nah baca kat bawah ni...

Terdapat beberapa pindaan dibuat terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ), khususnya membabitkan peruntukan yang menyentuh peranan Raja yang akan dibentang esok.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pindaan dilakukan selepas pihak berkuasa negeri mengambil kira tohmahan dan reaksi pelbagai pihak selain mahu memelihara sistem Raja Perlembagaan yang diamalkan selama ini.

Khaled menegaskan ada fasal yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan Raja adalah atas nasihat Menteri Besar, terutama dari segi pelantikan.

“Paling penting, lain-lain fasal semuanya akan ditiadakan"

“Hanya itu sahaja yang akan ada disentuh pada Raja dan lain-lain fasal semua diganti dengan Pihak Berkuasa Negeri"

“Langkah ini adalah untuk menunjukkan kerajaan negeri berniat ikhlas dan tidak memberi kuasa eksekutif kepada Raja selain tidak menggugat prinsip Raja Berperlembagaan,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri ke-13, di Nusajaya, Johor Bahru, petang Ahad.

Khaled tampil dengan ucapan berkenaan selepas RUU Enakmen LPHJ dikritik hebat pelbagai pihak kerana di lihat mengheret Sultan  Johor terbabit dalam soal pentadbiran negeri, sekaligus melanggar prinsip Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

Khaled bagaimanapun berkata RUU baharu itu tidak melanggar konsep Raja Berperlembagaan kerana akan dibacakan bersama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor yang menyatakan Sultan akan bertindak atas nasihat menteri besar selain menegaskan beliau selaku menteri besar tetap memegang kuasa eksekutif.

Beliau juga amat hairan RUU yang akan dibentangkan esok itu mendapat kritikan kononnya raja akan diberi kuasa mutlak dengan raja akan mengurus perjalanan lembaga atau mempunyai kuasa eksekutif sedangkan semua peruntukan dalam rang tersebut adalah sama dengan RUU penubuhan Johor Corporation (JCorp) sebelum ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan pembentangan enakmen baharu bagi penubuhan LPHJ itu mestilah membawa kebaikan, manfaat dan melindungi kepentingan semua terutama rakyat.

Najib berkata enakmen itu juga mestilah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat sistem raja berperlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen serta amalan demokrasi negara ini.

Menurut Najib, beliau telah menegaskan perkara itu kepada Khaled setelah dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor itu mengenai cadangan kerajaan negeri membentangkan enakmen berkenaan.

“Menteri besar menjelaskan bahawa enakmen itu konsisten dengan peruntukan perlembagaan.

“Beliau juga akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan lembaga tersebut,” kata Najib.bnbbc

Komen MMI .. kadang-kadang kita jadi tukang sebar sampai perkara elok pun boleh jadi kelam-kabut ! So dengan penjelasan ini diharapkan ianya jelas dan selesai.

Daulat Tuanku !

MMI

1 comment:

  1. kalau MB dah bertanggungjawab sepenuhnya... x yahlah dok ganggu Sultan..

    ReplyDelete

Labels