Akibat berang dikatakan menghina Polis dan juga rasis , Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Surendran menuduh blogger BN sering melakukan fitnah jahat dan juga sering melakukan jenayah apabila menjadikan pemimpin Pakatan termasuk dirinya sebagai mangsa.
Surendran juga berikrar akan memburu blogger BN dan mengheret mereka ke mahkamah seperti yang dilakukannya terhadap blogger Papa Gomo sebelum ini.
Seolah-olah satu isyarat atau pengistiharan perang terhadap para blogger BN oleh N.Surendran akibat daripada tekanan politik yang sering kali di terimanya oleh jentera siber pro-BN.
Sebelum itu N.Surendran dilaporkan telah membuat satu laporan Polis berkaitan penyiaran satu kenyataannya dalam twitter oleh beberapa buah blog dan twitter pro-BN.
Dalam kenyataan medianya yang diadakan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi baru-baru ini , N.Surendran menegaskan bahawa dia tidak ada kena-mengena langsung dengan twitter berkenaan, sebaliknya menuduh jentera propaganda dan siber pro-BN yang mengotorkan namanya.
Tweet yang dimaksudkan bertarikh 22 Mei 2014 kononnya telah dipalsukan dengan perkataan-perkataan seperti berikut:
"Almost everyday policemen were killed in India. But in Malaysia, when a Malay police killed it bocmes a big issue."
Sebagai rakyat Malaysia , N.Surendran sememangnya berhak untuk membuat laporan Polis khususnya apabila beliau merasakan terdapat ancaman mahupun apa jua perkara berkaitan yang perlu di tangani oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan keadilan.
Itu merupakan hak seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.Malahan dalam beberapa kejadian , warga asing juga sama ada mereka itu pekerja mahupun sedang melancong turut berhak mengemukakan laporan kepada pihak Polis.
Namun dalam insiden ini terdapat beberapa keraguan tentang apa yang di dakwa oleh N.Surendran sebagai pencerobohan terhadap kenyataannya di akaun twitter.
Adakah N.Surendran ingin menyatakan bahawa terdapat jentera propaganda dan siber pro BN yang telah menggodam akaun twitter miliknya ?
MMI
No comments:
Post a Comment