Followers

Thursday 17 July 2014

Kari Kepala Ikan Terbaik JOM !!


Secara tiba-tiba terfikir pula MMI nak muat naik artikel tentang makanan ni , maklumlah bulan puasa ni hahaha bukan apa politik poltik juga sekali sekala kita ubah suai sikit ye tak ??

Oklah cita dia lagu ni , MMI ingat selepas ni nak cari satu segmen dalam jadual di blog MMI ni untuk publishkan tentang makanan yang menarik di sekitar Pulau Pinang khususnya yang diusahakan oleh orang-orang Melayu kita.

Untuk rekod ramai orang Melayu kita yang menjalankan perniagaan dan menyediakan menu yang baik-baik dan sedap-sedap.Jadi tak salah rasanya MMI tolong iklankan menu-menu mereka dan membantu promosi perniagaan mereka.

Cuma untuk merealisasikan benda tu , kepada mereka yang membaca blog MMI ni kalau ada yang menjalankan perniagaan makanan atau punya rakan yang menjalankan perniagaan makanan ampa email mai gambaq-gambaq makanan tu di mhznmissa@gmail.com boleh MMI war-warkan kepada semua.

Dengan harapan dengan sedikit usaha dari MMI ini dapat membantu perniagaan orang-orang Melayu lain.

So jangan lupa kalau nak MMI bantu hantar ja insyaallah MMI publishkan.

Ok untuk artikel ni MMI nak war-warkan tentang sebuah kedai makan bertempat di Flat Bagan Dalam di Butterworth.Menyediakan masakan kampung yang punya rasa dan mampu membuatkan kita terpejam mata menikmati juadah yang disediakan.

Seperti kedai-kedai lainnya selain daripada lauk-pauk dan ulam-ulaman kat sini ada menu special apalagi kalau bukan kari claypot !


Memang menarik dan pelanggan boleh memilih jenis ikan untuk digulaikan atau digoreng.Antara ikan yang disediakan disini adalah Jenahak, Ikan Merah, Sembilang dan lain-lain.Selain dari itu terdapat juga ikan sebelah yang digoreng ranggup untuk dimakan bersama-sama dengan kari yang ampa pesan.

Wallaweh sekali kena kompom ampa nak mai lagi..Tapi MMI nak minta maaf dekat ampa sebab lupa nama kedai tu.Tapi jangan risau ampa pi saja Flat Bagan Dalam dan pusing masuk ke sebelah bahagian belakang... kedai tu ada disitu.

Kalau tak tau juga ampa berenti kat situ tanya orang nanti depa akan tunjuk.Tak susah nak cari kedai ni.

Semalam MMI berbuka puasa kat kedai ni dengan 2 orang sahabat , punya menarik sampai lupa nak ambil gambar dan lain-lain , gambar atas tu pun kawan MMI yang ambil.Apa pun kepada peminat masakan kampung dan kari MMI cadangkan agar ampa segera mencuba dan rasai sendiri penangan kari claypot ni.

DI JAMIN tak akan menyesal !!

MMI

1 comment:

  1. Pen mutiara sedap jgk kari kepala ikan

    ReplyDelete

Labels