Followers

Thursday 17 July 2014

Ketegasan PAS Kadang-Kadang Memalukan !!


Sudah semestinya ketegasan itu penting bagi setiap pemimpin untuk memimpin penyokongnya dan begitu juga pentingnya ketegasan itu dalam mana-mana kumpulan mahupun parti politik.PAS sejak akhir-akhir ini dilihat begitu tegas sekali terhadap ahlinya sampaikan ada yang telah dipecat dari parti.

Sebelum ini Hasan Ali antara pemimpin PAS yang dipecat dari parti ekoran daripada insiden penjualan arak di bumi Selangor.Satu perkara biasa yang kini semakin menular dalam parti yang mengaku pejuang Islam ini yang sudah menjadi barah sebenarnya.

Secara peribadi MMI melihat semua yang berlaku itu disebabkan oleh sikap PAS sendiri yang terlalu menjaga hati pemimpin daripada DAP dan PKR.Mungkin persahabatan itu lebih penting daripada hal-hal lain memandangkan PAS langsung tidak pernah memikirkan tentang maruah partinya.

Rasanya akan ada puak-puak penyokong PAS mahupun pembangkang yang kurang selesa dengan statement kat atas tu tapi itu hakikat bro .. Sebabnya PAS bukan sahaja gagal memahami denyut nadi pemimpin sendiri tetapi turut hanyut dalam nafsu untuk berkuasa sehingga meminggirkan yang sepatutnya.

Paling memeranjatkan apabila PAS mengambil keputusan untuk menghukum serta merta ahlinya yang terlibat dalam perjuangan di bumi Syria.Bukankah perjuangan itu di kategorikan oleh banyak pihak sebagai Jihad ?

MMI bukan mahu membincangkan soal jihad atau tidak perjuangan di bumi Syria tetapi kenapa PAS secara tegas terus menghukum ahli-ahlinya yang terlibat dalam perjuangan tersebut ?

Kenapa ? Bimbang dengan DAP ? 

Lebih memalukan lagi apabila ahli di akar umbi dipecat kerana berjuang di bumi Syria tetapi pemimpin yang bersedap-sedap dalam bilik di atas tilam empuk dan pemimpin yang punya skandal dengan isteri orang selain ada yang berzina dibiarkan BEBAS seBEBAS-BEBASnya.

Malah tidak keterlaluan jika MMI katakan ahli-ahli PAS turut bersubahat apabila mengangkat seorang Timbalan Presiden yang sikapnya boleh diragui.

Bukan itu sahaja , PAS membela seorang bekas pemimpin kerajaan yang pernah dijatuhkan hukuman salah guna kuasa sewaktu memikul amanah dan tanggungjawab rakyat.Selain dari punya rekod melakukan liwat terhadap bekas pembantunya.

Huh itu belum masuk lagi bab chinadoll dan lelaki sama lelaki hish sebab tu lah MMI katakan ketegasan PAS kadang-kadang memalukan !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels