Followers

Friday 18 July 2014

Malaysia Komited Bawa Pihak Bertanggungjawab Ke Muka Pengadilan


Malaysia komited membawa pesalah yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ke muka pengadilan sekiranya pesawat membawa 295 penumpang itu memang benar ditembak jatuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, walaupun pihak Ukraine memberitahu pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak, kerajaan belum dapat pengesahan sebab sebenar MH17 terhempas di sempadan Rusia dan Ukraine .

Najib berkata demikian di dalam sidang media yang diadakan di Hotel Sama-sama KLIA pada jam 4 pagi tadi.

Punca sebenar kejadian jam 10 malam waktu Malaysia itu masih disiasat.

Katanya, tiada panggilan kecemasan diterima daripada pesawat malang itu yang disahkan tidak terbang dalam kawasan larangan.

Beliau menyifatkan insiden itu sebagai hari tragik untuk tahun yang yagik bagi Malaysia’.

Dalam sidang media khas di KLIA subuh tadi, Perdana Menteri berkata, penumpang pesawat itu daripada banyak negara.

MAS kini dalam proses memaklumkan kejadian MH dan menyediakan bantuan yang diperlukan kepada waris penumpang dan anak kapal.

Najib berkata, beliau juga menerima panggilan daripada Presiden Amerima Barack Obama berhubung tragedi yang menimpa MH17 dan memberi jaminan Malaysia akan sedaya upaya mendapatkan jawapan mengenai punca kejadian itu.

Mereka sependapat siasatan tidak akan disembunyikan dan pasukan antarabangsa perlu dibenarkan berada di lokasi nahas.

Berikutan itu, tiada mana-mana pihak dibenarkan mengalih serpihan dan kotak hitam pesawat berkenaan.

Turut hadir di dalam sidang media tersebut ialah  Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi.

Pertubuhan Penerbanagan Awam Antarabangsa(ICAO) juga telah mengesahkan bahawa pesawat Boeing 777-200 tidak melalui zon konflik negara berkenaan.

Dengan nada sedih beliau bersimpati dengan apa yang berlaku.

“Saya tidak dapat bayangkan apa yang dilalui ahli keluarga mangsa,” luahnya.

Pesawat tersebut membawa 295 orang penumpang dan 15 daripadanya adalah anak kapal.

Berikut adalah pecahan penumpang MH17; Belanda 143, Australia 27, Malaysia 20, Indonesi 11, Britain 6, Jerman 4, Belgium 3, Filipina 3, Kanada 1, tidak diketahui (transit kena tunggu cleareance dari airlines) 62.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pada hari berikutnya.bnbbc

Al-Fatihah buat mangsa beragama Islam dan Takziah buat mangsa bukan Islam.

MMI

1 comment:

Labels